Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 21, 2010

Kapal perang AS dan Israel menuju Teluk Persi, persiapan serang Iran atau..?

Armada terdiri daripada lebih dua belas kapal perang Amerika Syarikat dan Israel telah melewati Terusan Suez menuju Laut Merah dan dilaporkan menghala ke Teluk Parsi.

Mesir membenarkan kapal melewati Terusan Suez menuju Laut Merah Jumaat lalu, UPI melaporkan pada hari Sabtu lalu.

Tujuan armada perang terbabit yang juga termasuk sebuah kapal induk, belum diketahui, tetapi beberapa orang berkata bahawa mungkin menuju Teluk Parsi.

Langkah keselamatan khas telah dilaksanakan oleh kerajaan Mesir untuk mengamankan perjalanan terhadap armada kapal AS untuk melewati laluan tersebut selama bertahun-tahun, termasuk untuk armada kapal perang yang ketika ini melintas di terusan Suez.

Semua lalu lintas komersial dan awam melalui Terusan Suez dihentikan dan pasukan keselamatan meningkatkan keselamatan penuh di kedua sisi Selat itu.

Armada tersebut dipimpin oleh kapal induk, USS Harry Truman yang membawa sebanyak 60 pesawat pengebom tempur dan 6,000 kelasi serta marin, DEBKAfile melaporkan daripada sumber tentera.

Sementara itu, Jeff Steinberg dari Executive Intelligence Review di Washington mengatakan kepada Press TV bahawa Jabatan Pertahanan AS telah memastikan kebenaran laporan itu. Beliau lebih banyak menambah bahawa langkah mereka itu harus diawasi ketat.

Parti pembangkang Mesir mengkritik sikap kerajaan Mesir kerana membiarkan kapal perang AS dan Israel melewati terusan Suez ketika meningkatnya ketegangan di Timur Tengah atas serangan Israel baru-baru ini terhadap armada kebebasan. (Fq / prtv)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP