Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 3, 2010

Perisik Israel rosakan dua kapal Armada Kebebasan

Cerita pencerobohan Zionis terhdap Armada Kebebasan yang belayar menuju Semenanjung Gaza bermula dari awal lagi iaitu sebelum kegasan pembunuhan 19 peserta konvoi pada 31 Mei.

Ini berlaku apabila perisikan Israel berjaya merosakkan dua kapal yang menyertai konvoi pelayaran itu.

Terdapat fakta baru mendedahkan daripada lapan yang bergabung dalam Armada Kebebasan, dua antaranya gagal berangkat kerana sayap perisikan Zionis berjaya memusnahkan dua kapal tersebut menjelang pelayaran.

Kedua kapal tersebut milik "Free Gaza Movement" yang gagal berlayar menjelang keberangkatan armada kebebasan. Hal ini membuat kedua kapal tersebut tidak boleh menyusul bergabung dengan 6 kapal armada kebebasan lain.

Para penumpang yang ada di atas kedua kapal itu terpaksa dipindahkan ke kapal lain. Akhirnya armada kebebasan belayar dengan enam kapal bukan lapan kapal seperti dijadualkan untuk belayar bersama-sama.

Tidak ada penjelasan apa yang dirosakkan oleh sayap itelijen Zionis pada kedua-dua kapal tersebut.

Dalam perkembangan lebih lanjut yang patut mendapat perhatian, Timbalan Menteri Pertahanan Israel Matan Vilnai, secara implisit, menyatakan bahawa pasukan Israel telah mensabotaj beberapa kapal yang dijadual ikut serta dalam armada kebebasan ke Semenanjung Gaza.

Hal itu disampaikan Vilnai dalam kenyataan kepada radio Zionis, Selasa pagi. Dalam kenyataan tersebut Vilnai juga menilai bahawa rampasan kapal armada kebebasan secara terus adalah satu-satunya pilihan bagi pasukan Israel. Dia menyatakan semuanya sudah dilakukan kajian terhadap semua pilihan lain. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP