Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 4, 2010

Ulama Saudi serukan jihad lawan Israel

Selepas tokoh ulama terkenal, Dr Yusof al-Qardhawi menyeru dihentikan rundingan dengan Israel dan bokot negara itu, kali ini ulama Arab pula turut menyuarakan perkara yang sama malah menekankan umat Islam perlu jihat.

Sekitar 70 orang aktivis dan ulama Islam Arab Saudi, mendesak dunia antarabangsa untuk menyelesaikan kepungan dan sekatan Yahudi terhadap umat Islam di Semenanjung Gaza dan mengutuk pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap aktivis pro-Palestin dalam konvoi armada kebebasan yang menuju ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Mereka juga menuntut dan menyeru adanya Jihad Islam untuk mengusir zionis Israel dari tanah kaum muslimin.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada pagi Khamis semalam (3 Jun) kira-kira 70 aktivis dan ulama Islam Saudi tersebut menyatakan bahawa apa yang berlaku di kapal Mavi Marmara merupakan sebuah kejahatan, ketidakadilan dan pengkhianatan, kerana para aktivis kemanusiaan datang dengan cara damai dan membawa makanan dan ubat-ubatan serta melakukan gerakan keamanan dalam sebuah perjanjian antarabangsa yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Mereka menekankan bahawa satu-satunya penyelesaian untuk menyelamatkan umat Islam dari serangan dan penghinaan adalah harus merujuk kepada Allah dan RasulNya, dan hal ini adalah yang pertama diperlukan untuk mengelakkan berlakunya penjajahan, serta menekankan pentingnya mengecam pencerobohan Israel dan memaksa mereka untuk mengangkat kepungan di Semenanjung Gaza dan wilayah lain di Palestin.

Yang menandatangi kenyataan itu masuk dalam senarai pengkhutbah paling terkenal di Arab Saudi, termasuk di antaranya adalah Syaikh Abdul Rahman al-Barrak, Syaikh Yussuf Bin Abdullah Al-Ahmad, Syaikh Sulaiman bin Hamad.

Mereka menegaskan bahawa sudah waktunya untuk meninggalkan kaedah dialog dan perundingan dan penyelesaian perdamaian, dan mengganggap orang-orang yang melakukan hal tersebut sebagai orang yang tergoda oleh rayuan Yahudi.

Dalam kenyataan para aktivis dan ulama Saudi tersebut menyatakan juga: "Kami percaya bahawa satu-satunya penyelesaian untuk menyelamatkan umat Islam dari penghinaan ini adalah kembali kepada Allah dan RasulNya serta menerapkan syariat Islam di semua lapisan masyarakat kerana Allah berfirman dalam al-Quran; "Wahai Orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, maka Allah akan menolong kamu dan meneguhkan pendirianmu.' (Surah Muhamamad: Ayat: 7). (fq / imo)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP