Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 5, 2010

Cahvez: Israel laknat, teroris dan pembunuh

Presiden Venezuela, Hugo Chavez melayangkan kritikan pedas terhadap Israel menyusul serangan berdarah pasukan Israel terhadap relawan kemanusiaan di Armada Kebebasan.

Ia menyebut Israel "terlaknat kau wahai negara Israel" dan ia mengecam tindakan kejahatan Israel di perairan antarabangsa.

Di akhir perayaan tahunan terakhir pada Rabu lalu (2 Jun) yang dilapor TV Venezuela secara rasmi bahawa Chavez menyatakan; "Terlaknat kau wahai Israel, terlaknat kau, pengganas dan pembunuh".

Ia menambah dengan yel-yel "hidup bangsa Palestin".

Chavez juga mengkritik respon daripada pihak Amerika Syarikat sehingga dunia merasa perlu resah terhadap apa yang berlaku.

"Seakan semua dibenarkan jika berkaitan dengan Israel" tegasnya.

Chavez juga menegaskan, Amerikalah yang menjaga keganasan.

"Kerajaan Amerika Barack Obama mengecam semua tindakan keganasan kecuali bila berkaitan dengan salah satu daripada sekutunya. Mereka menuduh kami memelihara keganasan sementara mereka sendiri juga memelihara pengganas." Kritiknya. (Bn-bsyr)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP