Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 26, 2010

Wanita Yahudi masuk Islam diancam bunuh

Tali Fahima, seorang perempuan Yahudi Israel pada mulanya dikenali sebagai seorang tentera, lalu menjadi pejuang kiri yang mengkritik dasar pemerintan negaranya.

Beliau juga menjadi aktivis kemanusiaan dan akhirnya menyatakan diri masuk Islam.

Namun sebaik masuk masuk Islam beliau tidak serta merta membuat kaum yang dilaknat Allah Yahudi menjadi rela akan keislamannya.

Ancaman demi ancaman terpaksa Fakhima terima atas konsekuensi keIslamannya tersebut.

Fahima yang mengumumkan secara terbuka keislamannya dan dilapor oleh banyak media antarabangsa sehingga membuat mata masyarakat dunia terbelalak.

Terlebih lagi, sebelum masuk Islam, Fahima dikenali sebagai aktivis sayap kiri yang vokal mengecam dasar imperialis negerinya.

Dalam wawancaranya dengan stesen televisyen Rusia berbahasa Arab Rusiya al-Yaum (24 / 6), Fahima menyatakan beliau mendapat banyak ancaman pasca kenyataan keislamannya.

Ancaman tersebut datang baik dari kerajaan Israel atau dari golongan sayap konservatif Yahudi-Israel.

"Namun Alhamdulillah, Allah telah menggariskan suratan takdir untuk saya. Dan jika memang Dia akan takdirkan saya mati syahid, maka saya berucap Alhamdulillah, hal itu lebih baik dari sesuatu apapun," kata Fahima.

Dalam kunjungannya ke Baitulmuqaddis beberapa hari lalu, Fahima mendapatkan ancaman dan serangan serius daripada beberapa pihak konservatif Yahudi.

Fahima tercatat mulai memeluk Islam secara sembunyi sejak dua tahun lalu di penjara Israel. Ia dimasukkan ke penjara kerana sikapnya yang vokal mengecam dasar pemerintahannya dan membela hak rakyat Palestin.

Yang lebih mengejutkan lagi, salah satu inspirasi keislaman Fahima adalah ketokohan Syaikh Raid Shalah, yang juga salah satu tokoh terkemuka perjuangan Palestin ketika ini. (Rya / rt)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP