Israel dikabarkan akan segera mengusir ratusan aktivis yang ditangkap di enam armada kapal bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan Selasa malam tadi.
Dalam menghadapi kritikan dunia sepanjang hari Isnin terakhir, pegawai Israel berkata 680 aktivis yang ditahan akan dibebaskan.
"Disepakati bahawa tahanan akan dideportasi," kata Nir Hefez, demikian juru bicara Netanyahu, dalam sebuah kenyataan bertulis kepada wartawan. Netanyahu mengambil keputusan itu setelah perundingan dengan Menteri peringkat atas.
Para aktivis dari Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika Utara ditahan di sekitar pelabuhan Israel di Asdod pada Isnin malam.
120 orang sudah diarah keluar melalui sempadan Jordan. Jabatan Dalam Negeri Israel mengatakan 682 aktivis lain akan segera dideportasi, sementara yang lain dipenjara kerana mereka menentang perintah, atau di hosputal kerana masih dirawat kerana cedera.
Israel memberikan butiran sebagai berikut negara dan jumlah aktivis yang terlibat, tidak termasuk sembilan orang yang mati dan cedera parah dalam serangan hari Isnin lalu:
Australia 3; Azerbaijan 2; Itali 6; Indonesia 12; Ireland 9; Algeria 28; Amerika Syarikat 11; Bulgaria 2; Bosnia 1; Bahrain 4; Belgium 5; Jerman 11, Afrika Selatan 1, Belanda 2; Inggeris 31; Greek 38; jordan 30; Kuwait 15; Lubnan 3; Mauritania 3; Malaysia 11; Mesir 3; Makedonia 3; Maghribi 7, Norway 3; New Zealand 1; Syria 3; Serbia 1; Oman 1; Pakistan 3, Republik Czech 4; Perancis 9; Kosovo 1; Kanada 1; Sweden 11; Turki 380; Yaman 4.
Belum ada keterangan tentang aktivis Indonesia. (Sa / hrtz)
Isu Lambakan Premis, Penempatan Warga Asing Tidak Selesai Jika Rakyat Tidak
Sama-Sama Bangkit Pertahankan Hak Kita !
-
Susulan begitu banyak pendedahan yang telah saya buat tentang isu warga
asing mutakhir ini, maka puak-puak terbabit mula tidak senang duduk dan
kepanasan...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment