Kapal pembawa bantuan ke Gaza dikuasai Israel dan dipaksa berlabuh di Ashdod
Enam daripada lapan kapal Freedom Flotilla, termasuk Mavi Marmara, diarah berlabuh di Pelabuhan Ashdod yang dikuasai Israel.
Status kapal tersebut seluruhnya berada dalam kawalan tentera Israel sejak mereka menyerang konvoi Freedom Flotilla menjelang subuh Isnin awal hari terakhir ke Gaza.
Kerajaan Israel menahan dan memenjarakan para aktivis yang ikut dalam rombongan misi kemanusiaan tersebut jika mereka tidak mahu dideportasi ke negara asalnya. Sekurang-kurangnya 600 orang aktivis berada di atas kapal yang ditahan Israel tersebut.
Menurut stesen tv Al-Jazeera, hingga malam ini belum jelas, apakah para aktivis yang memilih untuk pulang akan langsung dibawa ke lapangan terbang udara di Tel Aviv malam ini juga (waktu tempatan) atau menunggu esok hari.
Isu Lambakan Premis, Penempatan Warga Asing Tidak Selesai Jika Rakyat Tidak
Sama-Sama Bangkit Pertahankan Hak Kita !
-
Susulan begitu banyak pendedahan yang telah saya buat tentang isu warga
asing mutakhir ini, maka puak-puak terbabit mula tidak senang duduk dan
kepanasan...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment