Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 1, 2010

Warga Amerika cedera mata kiri ditembak ketika berdemontrasi kutuk Israel

Aktivis kemanusiaan bernama Emily Henochowicz, 21, dari Amerika Syarikat ketika ini berada di Hospital Hadassah di Jerusalem menjalani rawatan pembedahan mata kiri, akibat terkena peluru gas pemedih mata yang ditembak tentera Israel.

Pada demonstrasi Sabtu terakhir (31 Mei) dekat Ramallah sebagai aksi kecaman atas pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap pekerja bantuan kemanusiaan di armada kebebasan, seorang aktivis perpaduan Amerika itu ditembak di wajahnya dengan peluru gas pemedih mata, menyebabkan dirinya kemungkinan kehilangan mata.

Menurut saksi yang melihat kejadian, Emily Henochowicz ditembak tepat di wajahnya dengan peluru gas pemedih mata oleh seorang tentera Israel selama demonstrasi itu berlangsung di pos pemeriksaan Qalandiya.

Pasukan penjajah Israel menembak gas pemedih mata ke arah para demonstrasi Palestin dan antarabangsa yang tidak bersenjata, menyebabkan kepanikan di antara massa demonstrasi dan antre orang yang ada di pos pemeriksaan terbesar yang memisahkan Tebing Barat dan Israel.

"Mereka dengan jelas melihat kami," kata Soren Johanssen, seorang relawan asal Sweden yang bersama dengan Henochowicz. "Mereka dengan jelas melihat bahawa kami relawan antarabangsa dan mereka benar-benar nampak seolah-olah mereka cuba menembak kami. Mereka menembakkan peluru gas pemedih mata ke arah kami dengan segera. Satu pelurut mendarat di kedua-dua sisi Emily, dan sebahagian pecahannya tepat kena di wajahnya."

Henochowicz adalah mahasiswa seni di Kesatuan Cooper yang berlokasi di East Village, Manhattan.

Demonstrasi adalah salah satu daripada banyak yang aksi yang berlaku di Tebing Barat menanggapi kemarahan atas serangan tentera Israel terhadap armada kebebasan dan melanggar undang-undang antarabangsa Israel secara terang-terangan. Demonstrasi juga berlaku di dalam Israel, Gaza dan Yerusalem.

Dengan pertengkaran yang terjadi di Baitulmuqaddis Timur dan pemilik kedai warga Palestin di Kota Tua menutup kedai mereka untuk melakukan aksi tunjuk perasaan.

Demo ini diadakan untuk mengutuk serangan tentera Israel di kapal Mavi Marmara, salah satu daripada enam kapal armada Kebebasan, di mana tentera Israel menembak ratusan warga awam tak bersenjata di atas kapal. (Fq / imemc)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP