Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 29, 2011

Sheikh Seyyid Mutevelli - PK - Surah Fatiha



Read More...

*Full-HQ-Rare* Sayid Mutawalli - Al Araf - Pakistan السيد متولي - سورة ا...

Tiba-tiba teringat Sheikh Mutawalli. Lama rasanya tak dengar suara dia. Sama-sama kita dengar

Read More...

Iklan berbayar


Read More...

Wednesday, September 28, 2011

Jaminan Nik Aziz perlu dibincang dalam beberapa kesalahan hudud

Nik Aziz memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan ke atas bukan Islam.

Saya setuju sangat pendapat Nik Aziz namun begitu hukuman hudud perlu dikenakan keatas pesalah bukan Islam yang menjadikan orang Islam sebagai mangsanya.

Orang bukan Islam mencuri rumah orang Islam ia perlu dikenakan hudud kerana hudud itu untuk melindungi ummah.

Jika orang bukan Islam mencuri rumah orang Islam tetapi dia tidak dikenakan hudud maka hasrat untuk mencapai kesejahteraan ummah terutama orang Islam tidak akan tercapai.

Mengenai hukuman zina keatas orang bukan Islam yang berzina dengan orang Islam itu terpulang kepada kebijaksanaan ulama.

Ini kerana zina perkara yang tidak mendatangkan kemaslahatan kepada orang lain. Sedangkan mencuri ia memberi masalah kepada mangsa.

Jaminan Nik Aziz itu betul tetapi perlu dikaji beberapa perkara sebagaimana yang disebutkan tadi.

Berikut berita berkaitan.

Nik Aziz: ‘Saya jamin hudud tidak libatkan bukan Islam’

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Dilihat sebagai usaha berterusan mahu meyakinkan bukan Muslim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi “jaminan” undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam.

“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam,” kata Nik Aziz dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud.

Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing.

Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini.
Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan?

“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir.

Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Read More...

Tuesday, September 27, 2011

Mufti lebih suka selamat Melayu daripada Islam

MUFTI ini lebih suka dan dikatakan sangat sensitive bila berkait dengan Melayu atau perpaduan Melayu. Bila menyentuh bab ini merekalah perjuang.

Tetapi dalam soal hudud dan ada pihak akhbar dengan kartun yang mempersenda hudud, mufti ini tidak pula tampil menasihatkan orang Islam supaya jangan menghina dan mempermainkan hudud dengan gambaran yang tidak sepatutnya.

Bagaimanapun mereka ini pandai melepas diri. Bila ditanya kenapa tidak memberi sebarang kenyataan berkiatan serangan media tersebut. Mereka akan jawab “tiada wartawan tanya dia.”

Kalau isu perpaduan Melayu, tidak payah tunggu wartawan dia sendiri yang buat kenyataan untuk wartawan.

Tetapi bila isu Islam dia tunggu wartawan datang jumpa dia. Tiada kesungguhan mereka untuk membela agama Allah SWT.

Inilah antara sebab kehancuran umat Islam apabila mereka yang bertanggungjawab menjaga agama cuai. Mereka lebih kepada agenda mereka, periuk nasi mereka daripada Islam.

Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita dan ia berlaku depan mata kita apabila kita tidak berusaha menyalamatkan ummah daripada kezaliman dan berusaha mengubah kepada Islam Allah akan ganti bangsa lain menguasai kamu.

Kelalaian orang mengetahui agama Allah mengubah kepada Islam menyebabkan Iraq dijajah Amerika.

Begitu juga dengan dunia arab mula berubah kepada kelalaian orang beragama untuk mengubah kerajaan mereka kepada Islam.

Kita lebih bersyukur sekiranya “Kalau kamu melepaskan tanggungjawab ini, maka ALLAH tidak akan rugi. Bahkan kamulah yang rugi. ALLAH akan menggantikan kamu dengan kaum yang lebih baik dari kamu,yang lebih beriman, yang lebih taat dalam menjalankan perintah ALLAH dan menjaga deenNya”

Tetapi bagaimana kalau orang Islam diganti oleh bukan Islam seperti di Iraq itu. Sebab sejarah lalu perlu kita ambil iktibar untuk masa depan kita.

Allah berfirman “Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian mestilah sudi menolong mereka”

Maka memang patut orang berilmu tolong Pas bila ada pihak sama ada media atau apa sekali pun yang menyerang dan mempersenda agama.

Rasulullah SAW bersabda,
“Muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain, janganlah kamu menzaliminya, janganlah kamu mengkhianatinya, dan janganlah pula kamu serahkannya kepada sesiapa yang ingin menzaliminya” al-Hadith.

ALLAH SWT juga berfirman,
“ Sesungguhnya mu’min itu bersaudara” Surah Al-Hujurat ayat 10.

Read More...

Monday, September 26, 2011

Ayah cari anak hilang

Tolong doakan dan solat hajat kesusahan sahabat kita

Read More...

Tuesday, September 20, 2011

“Maaf, pahala anda tidak mencukupi…”

KAWAN kita dari facebook Kekanda Qazwin, menceritakan; “MAAF, Baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.''

Katanya lagi; “Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit….”

Cuba bayangkan suatu hari, satu suara berkata kepada kita,
''MAAF, Pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga.”

Idea beliau amat baik dan mengejutkan keheningan kita. Saya suka dan mahu berkongsi dengan kawan-kawan blog.

Semoga ia menginsafkan kita daripada melakukan kejahatan fitnah kepada orang lain, membunuh, rasuah, mengunggut dengan undang-undang zalim ISA, OSA, akta polis dan lain-lain serta menzalimi orang lain.

Beliau menambah; “...di sana ada gedung yang terdapat ramai bidadari, di sana juga ada azab yang sangat pedih! ...manakah tempatmu?''

''Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.'' (Al-A'laa:17)

Apa komen sahabat kita:

Lin Salsabil: perumpamaan yg bijak :)

Rustam Effendi Nd: Syukron kerana TAZKIRAHkan ana.

Norhaslina Hassan: Cantik olahan perumpamaan itu...

Jaafar Mamat Kia: شكرا

Read More...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Bekas EXCO Terengganu maut nahas

2011/09/20
MARANG: Bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu yang kini Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Awang Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, Allahyarham yang menaiki Mercedes-Benz dikatakan dalam perjalanan menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah penumpang Perodua Alza, seorang warga Yaman, Nisma Nabil Abdul Karim al-Saiban, manakala pemandu Mercedes-Benz dan enam penumpang Alza cedera.

Muhyiddin dijangka melawat jenazah Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun, pada 2 petang di rumahnya di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu.

Read More...

Monday, September 19, 2011

Sultan perlu ubah menteliti rakyat sultan = judi

SUDAH sampai masanya ketua agama mereformasikan minda rakyat selama ini yang sinonim dengan sultan = judi… disebabkan satu dua sultan hingga mencemar institusi itu sebagai ketua agama.

Maka perlu bagi sultan tampil di masjid sebagai ketua agama dan menyampaikan kuliah kepada rakyat jelata yang hauskan ilmu Islam. Ini adalah langkah terbaik untuk buang badi sultan = judi atau arak.

Dalam masa kerajaan negeri menyekat tauliah kerana bimbang menyampaikan ilmu sesat maka banyak masjid kekurangan tenaga pengajar kuliah agama.

Selain itu, rakyat mengharapkan sangat ada pihak yang menyampaikan ajaran Islam sebenar di masjid. Oleh kerana itu, ketua agamalah yang perlu dipertanggungjawabkan.

Dengan itu, mungkin tiada lagi yang akan bersungut ajaran ilmu sesat di masjid yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertauliah.

Kita tengok sultan Kelantan tampil dengan perwatakan sebagai ketua agama. Maknanya amanah yang diberikan kepada beliau dipikul secara jujur dan tawaduk.

Apakah sultan perlu kepada reformasi seperti berlaku kepada Kelantan. Memang pun rakyat mengharapkan sultan seumpama itu sebagai pembimbing rakyat.

Tetapi kalau sultan terikut dengan perangai Umno suka rasuah, maka sultan sebagai
ketua agama tidak akan mendapat tempat di hati rakyat. Samalah rakyat sudah tidak suka Umno.

Read More...

Saturday, September 17, 2011

Rakyat mahu dengar Sultan Selangor bagi kuliah

KALAU orang alian semua tak betul apa kata kita sebagai rakyat Selangor yang dahagakan ilmu di masjid dan surau, kita mahu Sultan Selangor sendiri bagi kuliah. Amacam setuju tak?

Ini bukan pendapat saya tetapi sahabat kita Muhammad Rafaei…. Rasa macam kenal kawan saya nama Rafaei juga tetapi Ahmad Rafaei.

Kata beliau teringin nak tgk SULTAN SELANGOR sendiri bg ceramah, kuliah atau mengajar agama sbb sultan adalah ketua agama islam.pemimpin islam..betul tak?

apa slhnya org politik bg ceramah? kbyknya org2 politik dr PAS ramai yg berkelulusan agama..mcm ni..minta paderi atau rusmah jelah yg bg ceramah kalau org politik berpendidikan agama dihalang..tindakan ini sgt mengecewakan..

Beliau mengulas laporan Malaysiakini Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS.

Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik.

Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik".

"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri.

"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan.

"Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan.

Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik.

Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

"Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau.

"Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah.

"Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya.

Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman.

Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan.

"Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam.

"Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya.

Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Read More...

Tuesday, September 13, 2011

Najib mengamuk Telco nak jatuhkannya

SAMA ada Telco mahu menjatuhkan PM Najib secara sengaja atau tidak sengaja. Atau tindakan untuk menjaga ketelusan serta kredibiliti syarikat terhadap pengguna.

Bagaimanapun Najib dikatakan mengamuk kerana tindakan Telco itu mengenakan caj prabayar 6 peratus terhadap pembelian kad top up.

Kenapa caj 6 peratus itu tidak dimasukkan sahaja kedalam caj panggilan supaya pengguna miskin tidak sedar. Biar mereka tiba-tiba terasa kenapa sekejap je boleh bercakap dengan top up RM10.

Namun Telco barangkali tidak berminat tipu pengguna. Jadi dikenakan caj 6 peratus setiap pembelian tambah nilai prabayar menjadikan harga bagi nilai RM10 kepada RM10.60.

60 sen itu menyebabkan rakyat mengamuk sakan. Tetapi apakah rakyat akan mengamuk kalau caj 6 peratus itu dimasukkan dalam caj penggilan atau SMS.

Kadar panggilan yang dikenakan contoh 50 seminit mungkin menjadi 53 sen seminit. 3 sen caj perkhidmatan bagi nilai RM10.

Dengan itu rakyat tidak marah kepada kerajaan kata Najib. Biar Telco menjadi mangsa serangan rakyat.

Sebaliknya bila 60 sen dikenakan penambahan setiap pembelian top up bernilai RM10 rakyat nampak dan jadi mengamuk.

Apakah rakyat tidak mengamuk jika contoh seperti tadi iaitu 50 sen naik kepada 53 sen?
Kita juga bimbang rakyat Malaysia mewarisi penyakit mudah lupa daripada pemimpin Umno hingga lupa siapa yang kenakan caj perkhidmatan itu?

Read More...

Monday, September 12, 2011

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Anak sahabat saya Anis Sofian, Ahmad Ahnaf 14, cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar.

Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri maut setelah van yang dinaiki bersama-sama enam pelajar lain dihempap pokok berdekatan Kilang Gula, Chuping di sini semalam.

PADANG BESAR - Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri maut setelah van yang dinaiki bersama-sama enam pelajar lain dihempap pokok berdekatan Kilang Gula, Chuping di sini semalam.

Mangsa ialah Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah dan Ahmad Izzat Ismail, 17, yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu turut meragut nyawa pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri.

Seorang pelajar lain, Muhammad Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar manakala lima lagi penumpang van tersebut mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros berkata, ketika kejadian van itu dalam perjalanan membawa mangsa untuk menyiapkan projek sekolah bagi subjek Kajian Tempatan.

Read More...

Mai pakat londeh Najib

PENYANGAT juga Najib ni dok tikam orang miskin. Konon tunjuk baik arah Telco tarik balik cukai 6 peratus keatas top up prabayar. Hok RM10 jadi RM10.60 rupanya dialah yang lulus cukai tu.

Malang sungguh rakyat miskin mempunyai PM Najib. Bukan dia ambil kira kehidupan orang miskin tetapi ditekan dan ditindas orang miskin.

Najib bentang cukai kerajaan 6% pra bayar

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Langkah ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.

Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.

Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.

Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.

Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.

Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.

Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.

Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.

“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.

Read More...

Sunday, September 11, 2011

Prof Zainal dan Khoo boleh tanggal

Mohamad Sabu sudah boleh rehat kerana Prof Datuk Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sudah bagi bola tanggung.

Malah kedua Prof ini dijangka tidak selamat anugerah profnya apabila mengeluarkan kenyataan yang amat mengampu Umno tetapi salah langkah.

Kenyataannya menyatakan Malaysia tidak dijajah menjadi bola tanggung yang cukup perit untuk dibalas oleh Umno hingga Najib terpaksa membuat kenyataan memberi amaran kepada mereka yang cuba nak ubah sejarah.

Beliau beri amaran supaya jangan ada mana-mana pihak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.

Sebelum itu, Prof Zainal membuat kenyataan katanya berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Hasil daripada kenyataan beliau itu, Zainal mendapat kecaman lebih 100 ribu pembaca tidak sampai dalam tempoh sehari. Hampir menyamai survey Najib tidak popular.

Kata Zainal: "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya 9 September lalu.

Sebelum itu juga Khoo turut membuat kenyataan yang sama.

Pada 6 September lalu, PAS menggesa Putrajaya agar membentuk sebuah jawatankuasa Kabinet untuk meneliti semula fakta sejarah berkaitan perjuangan kemerdekaan di sebalik kontroversi ekoran kenyataan timbalan presidennya Mohamad Sabu, bulan lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Umno telah berbohong apabila melabelkan Muhammad Indera yang turut dikenali sebagai “Mat Indera”, seorang anggota komunis - antara individu terbabit dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 — turut diperakui oleh kerajaan negeri Johor menerusi buku berjudul Pengukir Nama Johor.

“Jika beliau ikhlas, Najib boleh mengadakan sebuah jawatankuasa Kabinet untuk menulis semula sejarah kemerdekaan,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula.

Mustafa menambah, sejarah negara perlu diteliti semula memandangkan versi rasmi hanya mengiktiraf Umno sebagai pejuang kemerdekaan.

“Perjuangan mendapatkan kemerdekaan tidak bermula dengan Umno... yang menentang British ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),” katanya.

Mustafa berkata PKMM ditubuhkan pada 1945 sedangkan Umno dibentuk setahun kemudian.

Beliau bagaimanapun mengakui peranan pemimpin-pemimpin Umno dalam perjuangan kemerdekaan sambil berkata pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengambil pendekatan kerjasama dengan menjadi pegawai pentadbiran British.

“Bagaimanapun sejarah telah dilarikan apabila dikatakan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah Umno. Ia tidak betul. Jangan menafikan pejuangan lain yang dimulakan oleh PKMM,” kata Mustafa lagi.

Read More...

TVS NEWS

TVS NEWS

Read More...

Saturday, September 10, 2011

Digamit Syawal (Song Only)



Read More...

Friday, September 9, 2011

Kejam Najib

PM Najib langsung tidak mengambarkan manusia berakhlak atau profesional. Takut sangat najib dekat Anwar, kenapa?

Najib buat majlis raya kat kawasan Anwar di parlimen Permatang pauh tetapi langsung tidak jemput Anwar atau bagi salam minta laluan. Kerajaan negeri Pulau Pinang pun, PM tidak jemput.

Najib ini jenis Melayu ke apa. Orang Melayu adat bertandang ke rumah orang beri salam dan minta izin nak masuk. Kalau tidak dibaginya masuk tak leh masuk.

Bila dah bersapa dan diizinkan masuk baru masuk bukan main pakai radah tak tentu pasal jenis sendol macam babi.

Babi tak pa kerana dia babi tapi kita ni orang. Orang Melayu pulak tu yang kata ada adat. habis adat tu letak kat mana.

Mereka ini bukan sahaja masuk negeri orang dan kawasan Permatang Pauh macam perompak kat Shah Alam tu malah mengedar dakyah mengutuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

Malaysiakini melaporkan: BONGKAR! 10,000 Risalah memfitnah Kerajaan PR Pulau Pinang bakal diedar di Rumah Terbuka Malaysia.

Malaysiakini telah melaporkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.. biarpun Permatang Pauh diketahui umum sebagai kubu kuat PKR/PR yang mana Ahli Parlimennya adalah Anwar Ibrahim namun kerajaan UMNO/BN masih tidak meminggirkan rakyat yang membangkang kerajaan.


Satu pujian harus diberikan kepada Pak Menteri yang telah menyaman Din Binjai itu kerana tidak menganak tirikan rakyat Malaysia di Permatang Pauh biarpun hakikatnya beliau hanya mahu mengukur pengaruh Anwar di Permatang Pauh kini.

Dan tidak lupa juga kepada Perdana Menteri kesayangan pencacai UMNO, Najib Tun Razak biarpun suatu masa dulu dibumi Permatang Pauh ini beliau telah dihina oleh penyokong Pakatan Rakyat namun beliau masih sudi menjejakkan kakinya ke sini.

Najib mungkin tidak lupa bahawa dibumi bertuah Permatang Pauh ini suatu masa dulu ketibaannya disambut dengan nyanyian Altantuya, Najib juga pasti tidak lupa bahawa di hadapan Sunway Hotel beliau telah di curah dengan mineral water.

Dibumi Permatang Pauh ini juga tangan yang dihulur Najib untuk bersalaman tidak disambut rakyat, yang menyambut dan mencium tangannya hanyalah pencacai-pencacai UMNO.

Datanglah wahai Najib, bumi Permatang Pauh bukanlah tanah yang diharamkan buat diri anda..

Datanglah Wahai Najib.. biarpun kehadiran anda dibumi Permatang Pauh ini bakal digunakan sebagai propaganda untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang lain bahawa di Kawasan Anwar Ibrahim sendiri anda disambut meriah oleh rakyat yang kononnya dahagakan pembangunan.

Kibarkanlah bendera UMNO dan BN wahai pencacai UMNO.. kibarkan sepanjang jalan jika boleh kibarkan dari Lapangan Terbang Bayan Lepas hingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu biar bumi Permatang Pauh bertukar menjadi Biru.. aku tak kisah..

Angkutlah seramai mungkin rakyat jelata yang ada demi menjadikan suasana kelihatan amat meriah, agar sasaran 10,000 hadirin itu tercapai, angkutlah hatta dari Somalia sekalipun.. aku juga tak kisah.

Cuma apa yang aku kisahkan ialah jika hendak Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia itu usahlah disebar fitnah, usahlah disebarkan risalah yang memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Menurut seorang sahabat yang berada di pihak sana sejumlah 10,000 keping risalah yang muka depannya hampir menyamai Risalah 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat, Pakatan Rakyat Pulau Pinang bakal diedarkan pada 10,000 hadirin yang dijangka hadir ke Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia itu.

Dari apa yang diamati kandungan risalah tersebut jelas dipenuhi dengan fitnah-fitnah terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kalau nak makan, makanlah! Yang nak diedar Risalah penuh fitnah ni apa kejadah?

Read More...

Thursday, September 8, 2011

SPR selesai kira kemenangan BN, boleh guna dakwat kekal

TERDAPAT laporan mengatakan Kabinet setuju guna dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna SPR sudah selesai mengira majoriti kemenangan BN dalam pilihan raya umum depan.

Hasil usaha SPR dan KDN itu maka BN sudah jadi berani guna dakwat kekal kerana ada jaminan mereka kekal memerintah dan menawan kembali negeri yang jatuh kepada PR pada 2008 lalu.

Sebelum ini saya menulis kenapa SPR masih teragak guna dakwat kekal?

Pertama kerana SPR belum selesai mengira kemenangan majoriti BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Datuk Hishammuddin Hussein mengumumkan bahawa 2,320,034 Pendatang Tanpa Izin (Pati) telah mendaftar dalam program tersebut yang berakhir semalam.

Pendaftaran itu dilakukan melalui sistem biometrik sejak 31 Ogos lepas meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 Pati.

SPR masih mengumpul alasan tegar bagi membolehkan system biometrik digunakan dalam pilihan raya umum nanti.

Boleh jadi juga biometrik tetap digunakan walaupun gagal mengemukakan alasan kukuh. Ia akan diumumkan disaat akhir sebagaimana pembatalan dakwat kekal yang diisytihar saat akhir pilihan raya umum 2008.

Kedua BN hanya berani menggunakan dakwat kekal setelah SPR sudah selesai mengira kemenangan BN.

Sekiranya SPR berjaya mendaftarkan 2,320,034 Pati itu maka sudah pasti BN menang majoriti besar atau mengambus majoriti kemenangan PR.

2,320,034 pati itu boleh diagihkan kepada 222 kawasan parlimen maka BN dapat 10,450 pengundi tambahan yang boleh member kemenangan mudah kepada BN.

Read More...

Wednesday, September 7, 2011

Dr Asri baru tahu ramai murtad

DR Mohd Asri Zainal Abidin agak marah sehingga sanggup berkata; “Jangan hairan jika ramai orang murtad… kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama." Ketika mengulas Ahli Parlimen Shah Alam didakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kalau Dr Asri boleh memahami baguslah kerana itulah yang diperjuangkan oleh Pas selama ini. Bukan soal nak memurtadkan orang tetapi turut kata orang itu boleh murtad bila menghina undang-undang Islam. Malah setengah berpendapat agama suku politik suku.

Pas sebagai jemaah Islam menjadi tanggungjawab membetulkan fahaman salah yang memperlekehkan Islam. Pendapat politik tidak ada dalam Islam atau politik lain agama hal lain ternyata memperlekehkan ilmu Allah yang mencipta manusia.

Apakah Allah SWT tidak tahu hal politik? Hingga perkara politik tidak ada dalam Islam.
Kemarahan Asri itu makin mengiyakan apa yang diperjuangkan Pas. Cuma menunggu bila lagi para ulama mahu bersama dalam jemaah Islam yang syumul kerana Nabi berpesan umat Islam hendaklah sertai jemaah Islam. Jika tidak ada maka asingkan diri walaupun makan daun kayu.

Berita berikut:

Dr Asri kecam tindakan Jais

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

Read More...

Tuesday, September 6, 2011

Kematian Naramfaizul dipilih Allah SWT

SAYA sempat ziarah keluarga jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor yang mati tertembak di Somolia ketika membuat kerja liputan membantu mangsa kelaparan akibat perang, tengahari semalam.

Bila saya lihat ibu bapanya serta mendengar beliau bukan kali pertama membuat kerja merbahaya seumpama itu malah pernah ke Palestin, jadi saya rasa beliau seorang yang dipilih Allah SWT.

Kenapa tidak Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Kelab Putera 1Malaysia, penganjur misi kemanusiaan ke Somalia atau mana-mana ahli kelab tersebut.

Jadi kematian itu bukan kematian biasa. Ia ada makam tersendiri. Dan ia bukan mudah untuk dinikmati oleh ahli kelab seumpama itu.

Soal ada saudara Faizul untuk saman itu hak dia. Mungkin kerana kelab tersebut lalai memberikan keselamtan yang terbaik.

Ini kerana faizul mengikuti misi kemanusiaan ke Somolia bukan untuk pergi berperang. Jadi SOP mesti dititik beratkan.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

Sementara keluarga Noramfaizul menyifatkan kematian Allahyarham sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa berkhidmat untuk umat Islam sedunia.

Ibunya, Naemah Abd Majid berkata, gelaran wira negara wajar diberikan kepada anak sulung daripada enam adik-beradik itu kerana khidmatnya di Somalia berbentuk misi kemanusiaan.

“Sepatutnya (dianggap wira negara), baguslah, Noramfaizul berkhidmat untuk negara dan kerana Allah. Noramfaizul amat dedikasi terhadap tugasnya sebagai jurukamera selama ini yang sanggup mengetepikan apa sahaja hatta keluarganya untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai jurukamera.

“Walaupun (kami sekeluarga) bersedih dengan pemergiannya, kami bersyukur kerana Noramfaizul pergi dalam syahid, insya-Allah,” kata Naemah kepada pemberita.

Masih bersedih, Naemah bagaimanapun berkata beliau bersyukur dengan pemergian Noramfaizul kerana masih sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

“Saya sempat menyaksikan dan mencium wajahnya walaupun Noramfaizal sejuk kaku (di situ).

“Mak cik sayang anak dan bertambah cantik wajahnya walaupun telah dikembumikan,” katanya.

Sementara itu bapanya, Mohd Nor Mat Yasin berkata, Noramfaizul tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu.

“Beliau juga sempat menelefon kami sekeluarga pada malam raya dan memberitahu keadaannya yang baik semasa di sana,” katanya.

Noramfaizul, 39, yang terkorban ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Read More...

Sunday, September 4, 2011

Orang Umno Johor pun tak kata Mat Indera komunis

ORANG Umno Johor sekarang yang tuduh Muhammad Indera sebagai gerila komunis tetapi kalau orang Umno di Johor yang lama-lama tak berani nak tuduh Mat Indera komunis walaupun dia pekat Umno.

Saya petik daripada Marimar Aldama di facebook ketika membahaskan isu tersebut katanya "Aku orang Johor. Kampung Mak aku dekat benar dengan tempat lahir Mat Indera.

"Aku pun ada sikit2 info ttg. Mat Indera.Mak aku(umno pekat) pun tak penah cite yang arwah tu komunis.Setahu aku org. Johor jati tak pernah anggap beliau komunis.

Kita tahu tujuan baik dia.Yang buat kecoh kata Mat Indera komunis ialah Utusan Mealyu dan UMNO luar Johor.

Marilah selamatkan sejarah negara dengan mengusir org2 yang memutarbelitkan sejarah dari tampuk pemerintahan .Tukar kepada Islam.Pasti selamat.Takbir!" katanya.

Bukan Umno luar Johor sahaja Marimar Aldama. Umno Johor pun ada yang kata Mat Indera tu komunis tetapi mereka ni buta sejarah kerana diseleweng oleh Umno. Sampai karpal Singh boleh terperangaruh sejarah Umno.

Tetapi Karpal mungkin dia orang punjabi kerana mereka ni yang ramai datang ke Malaysia kerana kerja sebagai tentera british. Kalau karpal ikhlas dia kena terima hakikat sejarah.

Dan sekrang Karpal mengubah sejarah lalu dengna mengambil sebagai pengjaan lalu kepada satu sejarah yang berprinsip memperjuangkan kehidupan bebas dan tidak tunduk kepada bangsa yang mempergunakan kita untuk jajah orang lain.

Read More...

Friday, September 2, 2011

Karpal diseru tarik balik dakwaan gerila komunis

Kita faham Punjabi ramai bekerja dengan inggeris dan kerja tentera British. Dan mereka yang di Malaysia adalah beranak pinak di negara ini semasa menjadi tentera Bristish di zaman penjajah dahulu.

Sebab kita tidak hairan kalau karpal singh bertahan tentera british daripada pejuang kemerdekaan. Malah karpal tuduh mereka yang serang Bukit Kepong sebagai gerila komunis.

Kita tahu itu adalah pandangan peribadi Karpal ia bukan suara majority DAP kerana dalam parti itu ramai Cina yang turut terlibat mahu membebaskan Malaysia daripada Inggeris.

Satu lagi pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang nampak macam dilemma mengambil sederhana kepada mereka yang jadi tali barut penjajah Inggeris.

Mungkin sebab pemerintahan penjajah begitu lama di tanah Melayu maka sudah pasti ada ada orang Melayu yang bekerja sebagai tentera british.

Bila jadi tentera bersama dengan Punjabi maka bila ada perjuang kemerdekaan serang Inggeris jadi tentera ini akan pertahan tuan dia.

Dr Yusog Qhardawi menfatwakan orang Islam yang menjadi tentera Amerika dan terlibat dalam serang Inggeris tidak boleh mengelak daripada hokum membunuh orang Islam.

Jadi kepada orang Islam yang bekerja dengan tentera amerika semasa terlibat perang Iraq dikehendaki mengelak diri daripada membunh orang Islam. Mereka masih dibolehkan terlibat dalam bahagian lain seperti menyediakan makanan dan lain-lian. Maknanya elak berperang.

Sebab membunuh saudara Islam hukumnya haram. Berdosa besar. Rasulullah saw mengeajar kita tentang hijrah maka hijrah lah kita daripada bunuh orang Islam.
Diakhir zaman penuh zaman fitnah. Orang Islam ramai tetapi ia seumpma buih dilaut sekejap ada imam sekejap hilahg imam.

Nabi nasihatkan kita jika berada di zaman ini kita perlu bersama jemaah Islam. Jika tidak ada duduk di hutan walaupun terpaksa makan daun kayu.

Read More...

Thursday, September 1, 2011

Datuk Dr Hasan Ahmad ke rahmatullah

Saya ada rangka Datuk Dr Hasan Ahmad dalam senarai untuk di interviu bagi ruangan belakang siasah iaitu bicara minda.

Bagaimana pun ia pergi dari kita untuk ke alam lain. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang mendapat rahmat Allah, amin.

Saya, Adnan Ibrahim mengucapkan إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ dan takziah keatas keluarganya disamping memohon banyak bersabar.

Sementara itu Pas mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi.

“Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pimpinan dan ahli-ahli seluruhnya, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga Almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pemergian beliau sangat dirasai oleh PAS khususnya yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya.

Tambahnya, kesediaan beliau menanggung risiko yang besar apabila memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI merupakan satu jasa besar yang sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Beliau sanggup turun sendiri ke lapangan rakyat, bersuara, berhimpun dan disiasat pihak berkuasa, semata-mata untuk memastikan tidak matinya bahasa ibunda yang diperjuangkan sejak sekian lama.

“Mengenangkan jasa inilah PAS telah menganugerahkan kepada beliau sebagai 'Tokoh Pejuang Bahasa' dalam muktamar PAS beberapa tahun lalu di Putik Kelantan,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sememangnya, kata Ustaz Abdul Hadi sukar untuk dihitung jasa beliau yang sangat besar dan semestinya perjuangan beliau akan diteruskan oleh generasi seterusnya. “

"Kita mengharapkan akan tampil lebih ramai lagi tokoh akedemik dan masyarakat seumpama al-marhum yang sedia korbankan masa dan tenaga untuk bersama masyarakat. “Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang soleh yang mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.

“Begitu juga buat keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendokong perjuangan bahasa ibunda ini, kami doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP