Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 27, 2011

Cicit Tok Kenali, Bob Lokman dapat hidayah

PELAKON dan penulis lirik terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali dengan nama Bob Lokman sudah bersedia menghadapi apa jua cabaran serta halangan yang bakal dilaluinya ekoran keputusan menyertai Pas pada Sabtu lalu.

Beliau berkata demikian apabila mendapat berita kemungkinan akan digam oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak senang dengan pengisytiharan beliau menyertai Pas.

Cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali (1870 - 1933) tampil dengan mengubah gaya hidup serta prinsip yang meyakinkan apabila berkata beliau redha dan bersedia menerima ketentuan Allah swt.

Menurut beliau, kematian rakan seni secara mengejut membuatkan dirinya semakin mahu mendekati dan mentaati Allah.

“Allah yang memberikan rezeki dan Allah yang menarik semua itu, saya tidak takut atau bimbang begitu juga dengan isteri saya kerana dia redha dengan apa yang saya mahukan dalam hidup ini,” ujarnya apabila menceritakan ada teman yang mahu mengadukan hal beliau kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim apabila sah menyertai Pas.

Pada 19 Februari lalu, penulis lirik lagu ‘Isabella’ ini telah mengejutkan banyak pihak kerana telah menyerahkan borang menjadi ahli Pas kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah pada Majlis Himpunan 30 ribu pemuda Pas di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Alor Star, Kedah.

Beliau yang ditemui di sebuah restoran di ibu kota petang itu agak janggal dengan imej baru, berjanggut, berpakaian jubah, berserban dan bertongkat tidak seperti di zaman rokersnya berbaju t-shirt atau berkemeja dengan seluar jean sendat.

Tambah beliau, beliau tidak kisah kalau benar digam kerana sebelum ini beliau memang hidup senang dan dilimpahi kekayaan tetapi kekayaan itu membuatkan dirinya lupa dan lalai.

“Sebelum ini saya kaya, pendapatan 30 ribu hingga 50 ribu sebulan hasil perniagaan tetapi kekayaan itu tidak memberi ketenangan dan ketenteraman kepada saya. Kemudian saya jatuh, kejatuhan pertama menjadikan saya lupa dunia,” akuinya jujur.

Kemudian beliau kembali dilimpahi kekayaan yang berganda namun kekayaan itu membuatkan isterinya lari dan dirinya mengalami masalah tulang belakang hingga lumpuh selama lapan bulan.

“Kekayaan waktu itu tidak menjamin kebahagiaan kepada saya hingga isteri lari dan saya mengalami lumpuh. Kejatuhan kali kedua ini membuatkan semangat saya bertambah kuat dan saya lebih mendekati Allah walaupun ketika itu pendapatan saya tidak ada langsung.

“Saya tahu semua itu adalah atas kehendak Allah, ada masanya dia beri dan ada masanya dia tarik, saya redha atas apa yang berlaku. Bagaimana pun saya tetap akan berusaha mencari rezeki yang bersesuaian dengan diri saya,” katanya.

Bob anak kelahiran Kelantan Darul Naim ini juga mengakui hatinya telah lama untuk menyelami Islam secara syumul, namun kehidupan sebagai anak seni membuatkan dirinya agak terbatas ke arah tersebut.

“Saya tidak tahu bila akan mati tetapi dapat rasai umur tidak panjang kerana sudah dua kali sepatutnya mati akibat serangan jantung tetapi Allah masih memberi peluang, panjangkan umurkan saya.

“Saya mahu mati dalam Islam, tidak mahu mati dalam keadaan leka mencari wang”, ujarnya yang banyak membaca buku agama, mendengar ceramah dan mendekati golongan agama dan seterusnya menyertai jemaah kerana melalui cara itu beliau akan memperolehi apa yang dikehendaki selama ini.

Selepas apa yang berlaku ini, beliau mungkin akan meninggalkan dunia yang selama ini menjadi kegemarannya termasuklah dunia lakonan kerana baginya perjuangannya kini hanyalah untuk Allah.

Read More...

Umno Song



Read More...

Friday, February 25, 2011

Satu target silap daripada tiga pilihan raya kecil

SAYA dapat maklumat awal antara Ustaz Kamal Ashaari dengan Hasanuddin. Saya beranikan diri target Kamal kerana daripada Hasanuddin. Tuan Ibrahim mungkin tidak ada dalam kepala kerana imej.

Tetapi Pas mengambil keputusan untuk meneruskan calon yang sudah bertanding dalam pilahan raya umum lalu.

Di Merlimau mungkin berlaku kesilapan ejaan kerana Uhaizad. Sedangkan nama sebenarnya Yuhaizad tetapi ia merujuk kepada orang yang sama.

Tajuk Siasah Calon muda wakil Pas di Kerdau dan Merlimau

KUALA LUMPUR: Kamal Ashaari antara nama pemuda yang menjadi calon Pas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau sementara Uhaizad Abdullah, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Melaka turut disebut sebagai calon Pas di Dun Merlimau.

Dun Kerdau dan Merlimau dijangka akan menyaksikan pilihan raya kecil pada 6 Mac depan manakala penamaan calon pada 26 Februari.

Bagaimanapun sehingga berita ini dilaporkan ia bukan keputusan rasmi kerana terdapat dua nama tersenarai berpotensi menjadi calon Pas di Dun Kerdau iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Hasanuddin Salim bekas calon Pas pada pilihan raya umum 2008.

Begitu juga di Dun Merlimau dikatakan Naib Ketua Muslimat Pas Melaka, Kintan Man sedangkan kuat melobi untuk menjadi calon. Ketua Pemuda Pas Melaka, Kamarudin Sidek juga antara yang disebut.

Sementara itu Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan Ketua Bahagian Umno Kuala Krau, Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya.

Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal berkata banyak isu yang boleh dibela oleh calon Pas dalam pilihan kecil itu termasuk soal tanah dan air.

Menurut beliau, tanah yang diduduki penduduk kampung diwarisi secara turun temurun di Kerdau sampai sekarang masih tidak bergeran.

“Setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno berjanji mahu memberi geran kepada mereka tetapi sampai sekarang penduduk boleh dikatogerikan setinggan atau pendudukan haram,” ujarnya.

Sementara di Merlimau heboh memperkatakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam takut menyahut cabaran debatnya sendiri.

Sebelum itu, beliau mencabar Pas berdebat tetapi setelah cabaran itu disahut Perhubungan Pas Melaka, sebaliknya beliau pula diam membisu.

Read More...

Thursday, February 24, 2011

Ustaz Mansor meninggal... Innalillah....

MEMANG kalau ikut hati rasa nak balik. Lagipun mak yang call bagi tahu Ayah Dee, Ustaz Mansor meninggal tapi rasa penat tak hilang kerana kerja 48 jam berturut-turut dari Isnin dan Selasa.

Hari Rabu dapat rehat tapi rasa macam tak cukup. Jadi hanya mampu ucap takziah je la. Ikut hati memang nak pulang ingatkan banyak sejarah lalu bersama keluarga Ayah Dee Mansor.

Masa budak dulu boleh dikatakan selepas solat isyak selalu makan rumah Ayah Dee. Masa remaja ada pulak main story.

Lepas remaja Ayah Dee dan isterinya pulak tengok aku semacam. Nak buat macam mana aku selalu dengar kaset ceramah Ustaz Ghazali Hazbullah dan Tuan Guru Abdul Hadi serta yang lain itu sampingan.

Rupanya yang sampingan itu politik maka terikut aku dengan politik Pas. Perjuangan Islam.

Tapi aku mulanya minat Islam. mahu dalami Islam. Terikut dengan Tabligh. Tidak la keluar 40 hari. Cuma tiga hari. Tapi tiga hari tu kesan dia bawa aku letak sembayang lima waktu.

Pasal tu bila kawan-kawan kutuk Tabligh, aku lawan. Ala kadar la... bukan lawan prinsip. Cuma pendekatan dia je yang boleh orang lekat sembahyang.

Mungkin itu tidak kisah sangat tapi bila aku ikut sama perjuang dalam Pas habis satu kampung kata aku ikut ajaran sesat.

Ayah Dee tak adalah marah sangat kat aku tapi aku tak tahu dia kata apa kat mak aku. Tapi sejak itu aku dah ada prinsip. Orang tidak boleh permainkan aku.

Susah ke senang ke kita tetap tenang dengan apa yang kita pegang.

Namun sejak isu Anwar 1997. Aku pernah jumpa Ayah Dee bila pulang ke kampung. Dia bertanya khabar tentang Anwar.

Ayah Dee nampak macam ikut minat bila aku bercerita. Tapi aku rasa dia lebih ikut perkembangan Anwar bukan daripada cerita aku.

Kerana aku tahu anaknya Naimah yang giat dalam Abim mungkin dapat bawa perubahan pada Ayah Dee.

Lagipun tidak mustahil. Ayah Dee sebenarnya pun, dahulunya orang Pas. Cuma dia beralih angin dapat guru tahmir. Tapi lepas pencen mungkin boleh beralih angin balik.

Kepada Mohamad, Kasmani dan anak bungsu Ayah Dee, naimah atau apa dah lupa pulak nama dia.

Naimah sebuah nama story kat Siasah tapi nama anak Ayah Dee kalu tak silap lebih kurang je dengan Naimah... atau Nor Hashimah atau Hashimah. Ah! lupa...

Takziah diucap kepada keluarga Ayah Dee. Harap banyak bersabar dibawa bersolat.

Read More...

Wednesday, February 23, 2011

Pelajar Malaysia di Mesir terlalu manja atau MKN ketakutan

PELAJAR Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir terutama mereka yang mengambil pengajian Islam dilaporkan turut balik ke tanah air bila Mesir bergolak dengan penunjuk perasaan mahu menjatuhkan Presidennya, Hosni Mubarak.

Kenapa mereka ini yang belajar di Mesir, ikut manja? Tidak sanggup menghadapi mehnaj dalam perjuangan? Apakah mereka ke Mesir semata-mata mencari ilmu secara berkitab tanpa mahu mempelajari ilmu perjuangan dalam masyarakat.

Sepatutnya kesempatan itu diambil oleh penuntut untuk mempelajari dan mendalami ilmu perjuangan secara amali kerana ia sesuatu yang sukar didapati dalam universiti.

Pelajar sepatutnya menjadi orang yang berani seperti pemuda pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup keluar negeri membantu rakyat negara lain dalam kesempitan.

Mereka juga perlu ambil contoh rakyat Amerika Syarikat, Rachel Corey yang mati digilis bulldozer ketika mempertahankan tanah orang Palestin apabila diceroboh Israel.

Penuntut juga perlu menanam semangat inginkan cabaran. Sanggup menghadapi risiko dan jangan jadi penakut.

Apa lagi sebagai orang Islam, takut mati kerana sayangkan dunia tidak boleh ada dalam jiwa pejuang. Sepatutnya hati mereka cintakan syahid kerana kematian seumpama itu adalah cita-cita perjuangan.

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menfatwakan mereka yang terbunuh kerana turun berdemontrasi mendesak Mubarak berundur, sebagai mati syahid.

Beliau berdalilkan kepada hadis Nabi saw yang bermaksud; “Sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh.”

Kalangan pengajian doktor boleh menjadi seumpama Dr Jamilah Mahmood dalam NGO The Mercy, yang sanggup menggadai nyawa membantu rakyat Iraq mangsa serangan Amerika Syarikat dan rakyat Gaza, Palestin di serang Israel.

Sebaliknya kenapa mereka lari daripada medan jihad? Dakwa beberapa orang ustaz bahawa pelajar perlu balik kerana mereka sukar mendapatkan makanan dan wang belanja, jelas menunjukkan kemanjaan pelajar Malaysia.

Kerajaan Malaysia terpaksa menghabiskan wang berjuta ringgit dalam Operasi Piramid bagi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir untuk dibawa pulang ke tanah air.

Ops Piramid tersebut adalah atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan melibatkan beberapa agensi serta `peralatan' milik kerajaan, NGO dan sektor sawsta yang memakan belanja hingga berjuta-juta ringgit. Bagaimanapun difahamkan ia ditanggung oleh kerajaan.

Dikatakan keputusan serta tindakan bijak Najib dan kerja keras oleh semua pihak bagi menjayakan misi tersebut wajar mendapat penghargaan daripada semua pihak, terutama mereka yang terlibat serta keluarga masing-masing.

Namun disebalik itu, Najib sebenarnya tidak mahu pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir terpengaruh dengan kebangkitan warga Mesir yang boleh dibawa pulang ke Malaysia dan memberi impak kepada pemerintahannya.

Atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Najib sanggup mengarahkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjuta ringgit untuk membawa pulang pelajar terbabit.

Sehingga dilaporkan hanya tinggal dua ratus lebih sahaja yang masih kekal di Mesir kerana mahu menghadapi peperiksaan.

Dalam masa yang sama kerajaan Malaysia menjadikan isu kononnya pelajar ketakutan dan hendak dirogol sebagai alasan munasabah membawa pelajar pulang.

Sedangkan pada hakikatnya kerajaan tidak mahu pelajar terdedah dengan doktrin pembaharuan yang dibawa rakyat Mesir boleh meresap kepada pelajar Malaysia.

Sebagai pelajar ia mudah menerima perubahan maka sudah tentu menjadi ancaman kepada kerajaan Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled, secara tiba-tiba menyatakan akan mengkaji pengajian kedoktoran di Mesir sedangkan ia telah diterima oleh kerajaan Malaysia sejak lama lagi.

Mengapa tiba-tiba mahu mengkaji pengajian kedoktoran di Mesir? Kenapa pengajian di Mesir dihebohkan cuti sehingga setahun?

Bagaimanapun perkembangan terbaru di Mesir dikatakan kerajaan mengambil sikap mengalah.

“Kita sebenarnya tiada tempat untuk pelajar dari Mesir menyambung pengajian dalam negara terutama yang mengikuti pengajian perubatan. Lagipun untuk kursus perubatan, kosnya jauh lebih mahal di negara ini berbanding di Mesir.

“Kalau ada tempat dan kosnya murah, sudah tentu mereka belajar di sini dan tidak perlu ke Mesir menyambung pengajian. Kita juga ada memikirkan beberapa alternatif untuk membantu pelajar perubatan di Mesir jika keadaan tidak pulih dengan memindahkan mereka ke beberapa negara yang turut menawarkan pengajian sama seperti Indonesia, Slovakia, Croatia, India dan Russia.

“Kita juga memikirkan kemungkinan pelajar yang terkandas untuk sambung di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Ada juga cadangan supaya tahun pertama dan kedua tanpa kursus klinikal boleh dilakukan di negara ini, namun timbul pula isu kekurangan pensyarah.

“Nisbah pelajar dan pensyarah dalam pengajian perubatan adalah 1:4. Buat masa ini, kita tak cukup tenaga pensyarah. Lagipun jurusan perubatan subjek kritikal yang mana kualiti sangat penting kerana membabitkan kesihatan dan nyawa. Mengenai nasib pelajar persendirian, mereka juga sama dengan pelajar tajaan.

“Soalnya di sini adalah mengenai pilihan, jika mereka memilih Mesir sebagai tempat menimba ilmu, kita tidak sekat terutama dalam pengajian agama. Kita terbuka untuk pelajar agama belajar di dalam atau luar Negara,” ujar Mohamed Khaled.

Read More...

Qaradawi fatwa bunuh Muammar Gaddafi

KETUA Persatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi menyeru tentera Libya supaya menembak pemimpinnya, Muammar Gaddafi sebagai jalan menyelamatkan mereka daripada menghala senjata kepada rakyat yang menuntut pembebasan daripada penindasan pemimpin itu.

"Sesiapa dalam tentera Libya mampu menembak peluru ke arah Gaddafi maka mereka harus melakukannya," kata Qaradawi kepada saluran berita al-Jazeera yang berpusat di Qatar.

Sehubungan itu petugas di Kedutaan Libya di Malaysia membuat protes sekitar satu jam meneriak: “Game Over, Gaddafi!”

Sementara di India, Duta Kedutaan Libya, Ali al-Essawi, meletak jawatan sebagai tanda bantahan terhadap kerajaannya menggunakan kekerasan keatas para demontrasi di negeri itu.

Bagaimanapun petugas pejabat Kedutaan Libya di Malaysia, Usamah Saleh berkata duta besar dan sebahagian staf tetap kembali bekerja pada Rabu dan tiada diplomat mengundur diri dari jabatan tersebut.

Yusuf al-Qaradawi, dipandang sebagai pemimpin spiritual kumpulan pembangkang Ikhwanul Muslimin di Mesir, membuat seruan tersebut pada hari Isnin lalu melalui sebuah fatwa menentang pemimpin Libya yang telah berkuasa selama lebih daripada 40 tahun.

Libya ketika ini turut menerima tekanan daripada penunjuk perasaan pro-demokrasi yang bangkit oleh arus inspirasi revolusi rakyat di Mesir dan Tunisia, yang berjaya menggulingkan presiden kedua-dua negara tersebut.

"Membunuh Gaddafi akan menyingkirkan rakyat Libya dari dirinya," kata Qaradawi yang juga mengetuai Persatuan Antarabangsa untuk Cendekiawan Muslim. Beliau kembali ke Mesir selepas 30 tahun tidak boleh memasuki negeri itu.

Qaradawi mengatakan agar tentera Libya untuk tidak mematuhi perintah menyerang rakyat mereka sendiri, dan mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rejim Gaddafi.

Gaddafi telah mengerahkan jet pejuang untuk menembak para penunjuk perasaan bagi menghalang kebangkitan yang bakal menjadi sebuah revolusi dalam waktu terdekat.

Pasukan yang setia kepada Gaddafi juga dikatakan telah menggunakan peluru tajam terhadap para demonstran di tengah laporan yang menunjukkan adanya tentera upahan asing bersenjata di ibukota, Tripoli.

Para demonstrasi Libya, bagaimanapun, telah dilaporkan berjaya merebut beberapa kota.

Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia berkata sebanyak 400 orang setakat ini telah terbunuh selama demontrasi itu diadakan.

Ali al-Essawi menyeru masyarakat antarabangsa untuk menghentikan tindakan keras pemerintah Libya terhadap para demontrasi.

"Mereka sewenangnnya membunuh orang tidak berdosa, hal itu tidak dapat diterima. Kita harus menghentikan pertumpahan darah di Libya kerana ia merupakan tanggungjawab masyarakat antarabangsa,” katanya.

Kedutaan Besar Libya di Malaysia mengutuk tindakan `barbar’ membunuh warga awam yang berdemontrasi menentang kerajaannya.

Dalam sebuah kenyataan di keluarkan di sini, berkata kedutaan mengatakan bahawa mereka akan berdiri bersama dengan warga negara Libya.

"Kami sangat mengutuk pembunuhan, tindakan barbar criminal terhadap warga awam kami yang tak berdosa."

Read More...

Thursday, February 17, 2011

Ijtihad: Kesesuaian atau keras kepala ulama

RAMAI orang Melayu menyertai Komunis kerana terpengaruh dengan tawaran kawin dengan orang Cina. Ini pendapat Ibnu Hasyim ketika persidangan meja empat segi di restoran orang Kelantan, dekat Keramat malam tadi.

Tetamu khas diundang, editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam dengan trade mark Sanggah Tok Sago. Tarmizi! baik daftar awal-awal. Nanti kalau orang lain buat trade mark sanggah tu... terlepas la kamu.

Sambung cerita… Orang Cina putih, orang Melayu gelap. Jadi tidak munasah kalau Melayu berminat dengan tawaran itu.

Memang gelap pun (respon kepada Ahmad Jaafar yang minat komen). Gelap punya pasal sampai saya pun baru perasan kawan sorang lagi tak masuk.

Tapi kalau Ahmad Jaafar nak tahu parti baru, upload tu sampingan bila dah penat cakap politik UG.

Ya! Mungkin juga agenda Komunis untuk menarik orang Melayu menyertai Komunis maka mesti ada tawaran.

"Eh! Orang Pas sekarang suka DAP... ada tawaran amoi ke?" bisik hati.
Setakat ini tak ada lagi dengar orang Pas kawin dengan orang DAP. Tapi ada disebut Pas kawin DAP, tidur lain-lain.

Walaupun begitu Hasyim tidak menafikan kalangan mereka ini juga merupakan perjuang kental.

Menyertai Komunis atas prinsip perjuangan demi untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Masa zaman penjajah, orang Komunis inilah yang berjuang menentang orang Inggeris mahu membebaskan tanah air.

Malah bila tanah air ditawan Jepun, orang Komunis ini juga yang menentang Jepun.
British yang sudah tak terlawan dengan Jepun ambil kesempatan guna Komunis untuk halau Jepun.

Habis orang Melayu dok buat apa?

Ini sejarah perspektif Komunis. Cerita pejuang Islam tentang British itu ada, tapi kita korek kemudian.

Kali ini nak cerita komunis yang orang Melayu terhasut dengan British kononnya komunis jahat.

Dia gambarkan macam filem baik dan jahat. Hero dan kruk.

Sedangkan dalam Islam bukan soal baik atau jahat tetapi pendapat sama ada betul atau salah.

Kalau kita gambarkan komunis itu jahat maka keseluruhannya orang itu dibayangkan komunis orang jahat.

Orang Melayu dibasuh mindanya sampai begitu sekali sehingga serongnya masyarakat
kepada komunis sehingga orang Melayu takut nak jumpa komunis.

Anak-anak dilarang bergaul komunis. Jumpa komunis tangkap… ISA.

Bila ada orang Melayu jumpa komunis. “Eh! Baik je dia layan kita..”

Itulah nak gambarkan betapa teruknya otak orang Melayu dibasuh begitu sekali terhadap komunis.

Menyetuh tentang ketuhanan. Orang komunis pun ada mazhab dia.

Memang ada orang Melayu bermazhab komunis sehingga tidak percaya wujud tuhan.
Lebih kurang je dengan orang percaya ada tuhan tapi engkar.

Ada orang Melayu masuk komunis tetapi kekal sebagai orang Islam. Hanya ideologinya komunis.

Macam juga orang Melayu masuk sekular. Ideologinya sekular tapi tetap amal Islam.

Mungkin banyak lagi cerita sejarah itu kita boleh rungkai. Yang penting jangan jadi terkatup.

Macam bincang UG… ambil pendapat sebelah pihak. Maka pandangan kita sebelah pihak dan menyalahkan orang itu jahat.

Sedangkan ia adalah pendapat. Kita bincang. Boleh diterima dan ditolak.

Maka jangan kita pakai perangai tidak boleh terima pandangan orang lain. Seolah macam juga kita dok kata komunis tu jahat.

Orang Islam bila disampaikan berita kena mengkaji. Jangan terima bulat-bulat kerana mungkin saiwar. Bukan betul pun.

Kerana apa? Kerana nak naik dalam politik. Jatuhkan musuh politik.

Biasalah bergaul dengan orang politik. Penuh dengan agenda tersembunyi.

Maka perbincangan memasakkan kita bukan hanya satu pegangan pendapat.

Kalau orang itu terlalu taksud dengan mazhab Syafie, hanya satu aliran pendapat maka dia rugi. Maka payahlah dia nak bayar zakat pakai duit.

Tetapi bila fikiran terbuka maka perubahan dan dinamik yang berlaku boleh diterima berdasarkan hujah ulama masa itu.

Jadi tak gaduhlah kalau orang perempuan dalam Pas sekejap boleh bertanding sekejap tak leh bertanding.

Di Kedah qariah boleh masuk bertanding mengaji. Tapi di Kelantan, qariah tak leh masuk tanding ngaji.

Kan bertentangan tu. Tetapi ia menunjukkan kepada kita bahawa itulah pendapat ulama. Bila tidak ada nas yang kukuh maka ijtihad mereka boleh berubah mengikut kesesuaian dan keras kepada ulama.

Read More...

Sunday, February 13, 2011

Terkejut bila anak aku usia 4 tahun mahu ikut jalang

“Abu Ya nak ke mana” tanya anak aku usia empat tahun bila lihat aku bersiap mahu ke kedai.

“Nak gi jalan-jalan.” Jawab aku.

“Nak ikut nak ikut jalang,” kata anak aku. Aku terkejut tertanya dalam hati apakah dia faham apa yang diucapkan atau kombinasi pertuturan keluarga aku antara Terengganu dan Kuala Lumpur turut mempengaruhi anak aku.

Slang atau loghat Terengganu sebut jalan ada bunyi `g’ belakang macam bacaan berdengun idgham.

Aku balas balik; “Sapa nak ikut jalang. Abu ya nak gi jalan-jalan,”

“Nak ikut jalang,” balas anak aku lagi. Aku jadi nak ketawa.

Ketawa aku bertambah besar bila anak aku merayu nak ikut jalang.

Ini semua mengingatkan cerita-cerita sahabat tentang kisah mereka bersama dengan orang Terengganu semasa menunaikan ibadah haji.

Tanya mereka kepada orang Terengganu yang tinggal satu dom; “Kenapa lambat balik?”
“Tak jumpa cari jalang,” balas kawan itu.

Balas balik orang yang bertanya yang kelihatan terkejut; “Kita datang sini nak buat ibadah ke nak cari jalang?”

Sahabat satu dom yang memahami loghat Terengganu mendengar perbualan itu gelak besar.
Kedua mereka terpinga sehingga diceritakan perkara sebenar menyebabkan kedua mereka ikut ketawa,

Kah Kah Kah mahu tergelak habis satu rumah.

Read More...

Apa Allah mahu bagi tahu kita

DISEBALIK kematian wakil rakyat berpanjangan dan pilihan raya kecil berterusan sudah tentu ada sesuatu pada kejadian tersebut.

Tetapi akal kita tidak mampu meneroka apa yang mahu diberitahu Allah kepada kita. Terasa makin cetek ilmu kita. Terasa kecilnya diri kita bila kita hanya mampu melihat kematian sama Adun atau ahli Parlimen berturutan.

Najib pada awal penggal selepas pilihan raya umum ke 12, mengumumkan tidak mahu menyertai plihan raya akibat kekalahan berterusan BN kepada Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun bila BN menang berterusan sejak akhir ini, seolah BN berdoa semoga ada wakil rakyat mati dan pilihan raya kecil memberikan kemenangan kepada BN untuk menunjukkan BN sudah berubah dan kembali menarik sokongan rakyat.

Ghairah PR terhadap pilihan raya kecil cukup bersemangat seolah mahu pilihan raya kecil diadakan setiap bulan kerana sentiasa menang dalam pilihan raya kecil.

Apa lagi Pas turut mencatat pencapaian hebat bila menang di kerusi Parlimen yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum 2008. Parlimen Kuala Terengganu itu akhirnya dirampas Pas dalam pilihan raya kecil.

Pas juga dapat mengekal kemenangan pada pilihan raya kecil yang telah dimenangi pada pilihan raya umum kecuali Dun Galas.

Begitu juga PKR yang pada awal penggal cukup kemas tetapi mula lemah sejak gagal mempertahan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Namun DAP dapat mengekalkan prestasi walaupun penghujung penutup pilihan raya kecil bagi penggal ini apabila dapat menawan Parlimen Sibu.

Pening juga untuk kita analisis bila ia tidak menguntungkan Pas. Selepas Galas, Tenang, akan datang Merlimau dan mungkin Kerdas, ia memberitahu betapa lemahnya Pas. Mengharap sokongan Cina tetapi tidak mampu menarik pengundi kaum mereka.

Dalam masa orang bukan Islam tidak hirau isu negara Islam kalangan pemimpin Pas masih lagi mahu berselindung tentang negara Islam. Akhirnya undi orang Islam lari.
Umno sudah masuk kampung memberitahu tahu pengundi bahawa; “Siapa kata Pas mahu negara Islam. Lihat kenyataan Dr Zul Parlimen Kuala Selangor kata; “Pas tidak perjuangkan negara Islam.”

Nabi saw memang tidak meletakkan rasulullah pada perjanjian Hudaibiyah tetapi tetap diakui sebagai Rasulullah pada orang Islam.

Tolenrasi itu pun jangan sampai undi orang Islam lari tinggalkan Pas kerana tidak percaya Pas mahu tegakkan negara Islam. Apa lagi orang Johor banyak terdidik secara Islam terutama sekolah agamanya.

Walaupun pemahanan Islam itu masih jauh pada orang Johor tetapi mereka terdidik dengan sekolah agama itu rasa mereka lebih Islam daripada Pas.

….Wa Allahu aklam.

Read More...

Friday, February 11, 2011

Nik Aziz pun lama perintah tetapi dia tidak tamak

“Nik Aziz pun lama memerintah kenapa tidak ada orang suruh dia letak jawatan. Kenapa Taib Mahmud sahaja disuruh letak jawatan. Nik Aziz pun apa kurangnya lama memerintah,” kata kawan saya.

(Gambar rumah Nik Aziz) Mungkin sekali imbas mudah sahaja kita terikut dengan hujah tersebut. Faktor lama sehingga Taib Mahmud dijadikan sasaran penulis blog supaya meletak jawatan.

Siasah terbaru diruangan blog menyiarkan cerita Anwar Ibrahim memberi tekanan kepada Taib Mahmud supaya meletak jawatan. Dakwaan Anwar ialah kebangkitan rakyat Mesir mendedak Presidennya, Hosmi Mubarak meletak jawatan kerana sudah 30 tahun memerintah.
Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak lebih 36 tahun. Ada persamaan dengan Mubarak.

Mungkin juga Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan boleh dikaitkan persamaan tersebut.
Desakan rakyat Mesir sebenarnya bukan sahaja lama memerintah tetapi kegagalan Mubarak mengwujudkan peluang pekerjaan. Mubarak juga gagal menarik pelaburan kerana Mesir dibawah pemerintahan beliau penuh dengan rasuah.

Mesir dikenali dengan negeri budaya ilmu tetapi ketamadunan serta daya fikir tidak kearah itu. Mesir penuh dengan diktator, rasuah, penyelewengan, pemerasan golongan miskin. Ia seolah mengambarkan negeri tidak bertamadun.

Taib Mahmud mungkin tidak mewarisi sepenuhnya sifat Mubarak tetapi usia pemerintahan beliau ada persamaan. Selain itu Taib Mahmud juga mewarisi kekayaan Mubarak. Kebiasaan sifat pemimpin diktator atau pemimpin yang mengambil kesempatan dibawah pemerintahan akan mengaut dan mengumpul harta kekayaan.

Ia sudah hilang amanah. Kekayaan Taib Mahmud boleh diekses melalui internet. Harta luar negeri dan dalam negeri.

Kerana sifat ketamakan harta dan pangkat bagi melindungi harta itu menyebabkan amanah keatas kepala pemimpin seperti itu hilang.

Inilah yang membezakan Taib Mahmud dengan Nik Aziz. Ya! Memang Nik Aziz juga lama memerintah tetapi ia tidak tersentuh dengan tamak harta, rasuah dan penyelewengan.
Nik Aziz masih tinggal di rumah kayunya di Pulau Melaka. Mungkn kalau dilelang mungkin harganya mahal kerana nilai beliau seorang menteri besar. Tetapi kalau dijual dengan harga pasaran… agaknya tak sampai ratus ribu.

Beliau tidak ada rasuah. Kalau ada, sudah lama Umno dan SPRM menjatuhkan beliau. Taib Mahmud selamat walaupun rasuah kerana Umno tetap membela pemimpin BN yang rasuah.

Jadi ia bukan isu lama memerintah tetapi lama perintah terpalit dengan ketamakan mengumpul harta peribadi sehingga peluang rakyat terabai. Ini yang patut ditukar.
Tidak semestinya lama itu tidak bagus. Kalau dia perintah lama tetapi kuasanya yang ada pada dia tidak digunakan sewenangnya untuk peribadi malah cara pemerintahan tidak ada rasuah, orang ini lebih baik memerintah.

Ini kerana belum tentu orang yang ganti dia lebih baik daripada dia. Nak cari orang seumpama itu bukan senang kerana orang baik yang fikir tentang rakyat dan dosa sangat jarang ditemui.

Maka lebih baik orang baik seperti ini memerintah lebih lama sampai dia akhir hayat.

Read More...

Wednesday, February 9, 2011

Islam dan hubungan antarabangsa manusia

Islam telah mengatur prinsip dasar semua bidang kehidupan umat manusia. Termasuk dalamnya adalah konsep toleransi dan hubungannya dengan penganut agama lain.

Allah swt menciptakan manusia di muka bumi ini dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama dan etnik. Untuk itu Allah swt mengajarkan konsep toleransi dengan tujuan untuk mewujudkan perdamaian umat manusia di muka bumi ini.

Allah swt berfirman dalam surah al-An’aam ayat 108, maksudnya: “Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan.

Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Jelas bahawa perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian diantara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan.

Allah swt mengizinkan umatnya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada mereka yang menganut agama bukan Islam. Allah swt mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak orang lain.

Pengajaran paling penting adalah kita hendaklah berlaku adil terhadap sesama manusia. Atas dasar inilah agama Islam menolak sikap membeza-bezakan darjat ketinggian sesuatu kumpulan manusia di atas dasar bangsa, warna kulit, bahasa, kewarganegaraan dan seumpamanya.

Islam menetapkan bahawa menentukan darjat manusia semata-mata di atas alasan tersebut sebagai satu manifestasi jahiliyyah yang menyesatkan. Ingatlah bahawa bumi yang kita diami ini sejak dahulu hingga ke akhir tamadun kemanusiaan adalah berasal daripada keturunan yang satu.

Oleh kerana itu kita sebagai manusia adalah bersaudara dalam status sebagai manusia. Kita di tuntut untuk saling kenal-mengenali dan melenyapkan perbezaan yang ada sesama kita.

Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 13, maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”.

Penghormatan terhadap orang lain boleh dihayati menerusi sirah Nabawiyah. Perhatikanlah ketika peristiwa Piagam Madinah yang terkenal dalam sejarah Islam. Baginda telah menyeru umat Islam agar sentiasa menjaga hak keharmoniaan sesama manusia.

Ia merupakan lambang keadilan Islam terhadap umat manusia keseluruhannya. Di antara butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang suci.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan maksudnya: “Sesiapa yang menzalimi seorang kafir yang diberi janji perlindungan oleh negara Islam (mu’ahad) atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan sesuatu di luar kekeuasannya atau mengambil sesuatu yang menjadi miliknya tanpa kerelaan hatinya, maka saya adalah penentangnya di hari Kiamat nanti”. (Riwayat Abu Daud)

Read More...

Sami Yusuf Hasbi Rabbi Allah o Allah

Read More...

Sunday, February 6, 2011

Walaupun patah, pecah tetap bangkit

SELAGI ada nyawa, biar patah atau hancur badan, nyawa Mubarak yang patut jadi galang ganti.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan puteranya, Gamal Mubarak mengundurkan diri dari kedudukan mereka di parti yang berkuasa pada ketika gerakan anti-kerajaan memperhebat protes mereka.

Hosni Mubarak mengundurkan diri sebagai ketua Parti Demokratik Nasional (NDP) bersama dengan setiausaha umum parti Safwat el-Sherif pada hari Sabtu kemarin (5 Februari), DPA melaporkan. Selain itu, Gamal anaknya, juga ikut mengundurkan diri dari kedudukannya yang ada di parti.

Hossam Badrawi, anggota dari Parlimen Mesir, diharapkan akan mengambil alih sebagai setiausaha agung, media kerajaan melaporkan.

Perkembangan itu berlaku pada saat berjuta-juta orang berkumpul di Kaherah Tahrir Square untuk meneruskan aksi hari ke 12, menyeru Mubarak untuk segera turun.

Warga Mesir juga meneruskan tunjuk perasaan besar-besaran anti-kerajaan pada hari Sabtu di bandar-bandar besar negara itu. Demonstrasi besar juga diadakan di bandar lain, termasuk Alexandria dan Suez.

Demontrasi umum dilakukan yang sebahagian besar adalah aksi damai. Namun, tembakan dan pertengkaran antara demonstran dan pasukan pemerintah dilaporkan berlaku di Kaherah.

Perkembangan itu berlaku pada saat Mubarak mengadakan perbincangan dengan menteri kabinet kunci untuk mencuba dan memulakan membangkitkan semula ekonomi yang terpukul oleh aksi protes yang telah hampir dua minggu berlangsung. (fq / prtv)

Read More...

Mubarak tetap licik walaupun nak jatuh

Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengumumkan beliau akan mengundur daripada jawatan tersebut atau senang kata mahu letak jawatan dan meminta penunjuk perasaan menghentikan demontrasi tersebut.

Namun rakyat Mesir lebih cerdik. Mereka tahu licik Mubarak. Kalau benar Mubarak mahu letak jawatan. Sila lakukan sekarang. Kenapa perlu tertangguh?

Memang benar sangkaan rakyat Mesir. Rupanya pengumuman beliau mahu letak jawatan itu merupakan satu langkah licik bagi meneruskan kekuasaan pewaris rejim Firaun ini.

Ini juga peluang bagi beliau memperkemaskan kerajaan beliau serta bakal pengganti beliau. Beliau juga boleh meluluskan undang-undang bagi memastikan keluarga beliau tetap berkuasa di Mesir.

Mesir adalah dinasti beliau. Macam Firaun mewarisi kekuasaan dengan keturunan mereka. Semua kekayaan dikaut jadi hak milik peribadi.

Rakyat Mesir menderita tiada peluang pekerjaan. Gejara rasuah menyukarkan mereka berniaga dan mendapatkan pelang tertentu. Semua ini dikerongka oleh pro Mubarak.

Mereka bangkit dipimpin golongan setempat mendesak Mubarak letak jawatan. Kesedaran mereka lebih tinggi berbanding pemimpin politik. Jadi sukar bagi Mubarak mahu tipu mereka.

Dalam masa sama Israel tetap mahu mempertahankan Mubarak kerana ia sekutu rapat yang dapat tolong Israel membunuh rakyat Gaza di Palestin.

Amerika terpaksa akur dengan kehendak Israel atau menjaga kepentingannya di rantau Arab maka disuruh Mubarak buat perundingan bagi menyelesaikan masalah kebangkitan rakyat Mesir.

Amerika tetap mahu campurtangan di Mesir kerana mahu menjaga Israel. Amerika dan Israel amat bimbang jika yang naik mengganti Mubarak ialah daripada parti Ikhwan.

Mereka tidak kisah Mohamad al-Barade naik. Namun begitu prestasi dan sikap al-Barade semasa memegang jawatan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan isu nuklear seperti di Iraq dan Iran, ia tidak menguntungkan Israel.

Jadi tidak ada jalan bagi Amerika dan Israel ialah menyuruh tentera Mesir dan pasukan membunuh rakyat yang berdemontrasi.

Tentera pada awalnya mengambil sikap berkecuali kerana mahu mengambil peluang merampas Mesir daripada Mubarak. Keadaan ini juga satu hal yang perlu diperhatikan oleh rakyat kerana mereka yang penat berdemontrasi mendesak Mubarak letak jawatan tiba-tiba kekuasaan diambil oleh tentera.

Setakat ini pemimpin tentera masih pro Amerika dan sekarang mereka mula bertindak atas tekanan Amerika dan Israel.

Mereka ini juga bertindak seperti perisakan Mosad. Memunuh para demontrasi dengan berpakaian sebagai penunjuk perasaan puak pro Mubarak.

Inilah sukarnya rakyat Mesir. Bergelumang nyawa mahu menjatuhkan Mubarak tetapi hasilnya nanti belum tentu kekuasaan itu dipimpin oleh mereka yang diinginkan.

Namun begitu rakyat Mesir perlu bangkit buat perubahan daripada gejala rasuah bermaharajalela dan penipuan demokrasi. Pilihan raya di Mesir bukan sahaja tidak adil malah penuh penipuan.

Rakyat yang bukan pro Mubarak dinafikan hak mengundi. Kertas undi boleh dibawa masuk sewenang-wenangnya dalam kotak undi bagi mengekalkan kuasa Mubarak.

Hasilnya dinasti Mubarak menjadi orang terkaya dalam dunia. Inilah manusia yang penuh gila kuasa dan kekayaan. Tidak akan pernah rasa cukup dan puas.

Read More...

Moral Islam memberi cahaya Islam kepada perempuan Yahudi

Sebut saja namanya Khadija, nama yang digunakannya setelah masuk Islam. Ia seorang profesor keturunan Yahudi yang menemui cahaya Islam setelah menyaksikan kematian seorang pengarah bernama Tony Richardson akibat penyakit AIDS. Khadija mengagumi Richardson sebagai pengarah panggung drama yang profesional, brilian dan diakui kalangan seniman antarabangsa.

Kehidupan Richardson sebagai homoseks menularkannya penyakit AIDS yang membunuh beliau. Dari situlah Khadija mula memikirkan gaya hidup masyarakat Barat dan masyarakat Amerika terutama dalam masalah moral. Khadija pun mulai melirik ajaran Islam.

Khadija memulakannya dengan mempelajari sejarah Islam. Sebagai seorang Yahudi, ia masih mengingati sejarah nenek moyangnya, Yahudi Sepanyol yang hidup di tengah masyarakat Muslim dan terusir pada masa penyiasatan pada tahun 1942. Khadija mempelajari bagaimana kekhalifahan Turki Ustmani melayan para pelarian Yahudi dengan cara yang manusiawi pada masa pengusiran orang-orang Yahudi dari daratan Eropah.

"Allah membimbing saya dalam belajar dan saya belajar Islam dari banyak tokoh seperti Imam Siddiqi dari South Bay Islamic Association, Hussein Rahima dan kakak angkat saya, Maria Abidin, seorang muslim orang Amerika asli dan bekerja sebagai penulis di majalah SBIA, IQRA," kisah Khadija mengawali ceritanya sebelum menjadi seorang muslim.

Apabila membuat penyelidikan tentang Islam, Khadija mewawancarai seorang pemilik kedai daging halal di sebuah daerah di San Francisco. Di kedai itu ia bertemu dengan seorang pembeli, perempuan berjilbab yang kemudian sangat mempengaruhinya dalam memahami ajaran Islam. Khadija terkesan dengan perilaku perempuan itu yang lembut dan ramah, apalagi perempuan berjilbab itu ternyata menguasai empat bahasa asing.

"Kecerdasannya, membuat saya merasa terbebas dari sikap sombong dan memberikan kesan mendalam pada masa-masa awal saya mempelajari bagaimana Islam boleh mempengaruhi perilaku manusia," ujar Khadijah.

"Penyelidikan yang saya lakukan membuat saya tahu lebih banyak tentang Islam dari sekadar sekumpulan fakta, bahawa Islam adalah agama yang hidup. Saya belajar bagaimana kaum Muslimin melayan diri mereka sendiri dengan penuh martabat dan kebaikan sehingga boleh mengangkat mereka dari kekerasan dan perhambaan di Amerika .. . "

"Saya belajar bahawa lelaki dan perempuan Muslim bisa saling menyokong kewujudan masing-masing, tanpa harus merosakkan keduanya secara verbal maupun fizikal. Saya juga belajar bahawa busana yang pantas menunjukkan semangat spiritualitas dan mengangkat darjat mereka sebagai manusia," papar Khadija.

Keadaan itu sangat berbeza dengan apa yang dialami Khadija selama ini, sebagai perempuan yang hidup di tengah budaya masyarakat Amerika. Seperti perempuan Amerika pada umumnya, ia ibarat hidup di tengah perhambaan seksual. Sejak usia awal, Khadija belajar bahawa masyarakat AS pada umumnya menilai manusia semata-mata dari penampilan luarnya saja sehingga banyak remaja, baik perempuan maupun laki-laki yang putus asa karena merasa tidak diterima oleh teman sebayanya.

Setelah mengetahui lebih banyak tentang Islam dan bergaul dengan beberapa muslim Amerika, Khadija makin mencintai dan menghormati Islam. "Saya menyokong dan mengagumi Islam kerana Islam memberikan hak yang sama dalam masalah pendidikan untuk laki-laki dan perempuan, menghormati hak laki-laki dan perempuan dalam masyarakat dan ajaran tentang cara berbusana yang pantas serta aturan Islam tentang perkahwinan," tukas Khadija.

"Islam mengajarkan untuk menghargadi diri kita sendiri sebagai makhluk ciptaanNya yang dianugerahkan kemampuan untuk bertanggung jawab dalam hubungan kita dengan orang lain. Lewat sembahyang dan zakat, serta komitmen keimanan dan pendidikan, jika kita mengikuti jalan Islam, kita mempunyai peluang untuk mendidik anak-anak yang akan terbebas dari ancaman kekerasan dan eksploitasi, "sambungnya.

Dalam perjalanannya memeluk Islam, Khadija aktif di organisasi Amila (American Muslims Intent on Learning and Activism) dan ikut menguruskan laman organisasi itu. Khadija dengan jujur mengakui bahawa komuniti Muslim adalah komuniti yang mengagumkan. "Islam memberi petunjuk pada kita agar terhindar dari api neraka," kata Khadija.

Khadija pun bertekad bulat untuk mengucapkan dua kalimah syahadat dan menjadi seorang muslim. "Sang Pencipta dikenali dengan banyak nama. Rahmat-Nya kita rasakan dan kehadiran-Nya dimanifestasikan dengan cinta, toleransi dan kasih sayang yang hadir di tengah kehidupan masyarakat," tandas Khadija. (Ln / oi)

Read More...

Friday, February 4, 2011

Demo di Kedutaan Amerika petang tadi

Dianggarkan lebih 2,000 orang berdemontrasi di Kedutaan Amerika Syarikat petang tadi selepas solat Jumaat.

Para demontran bermula di Masjid Syakirin KLCC. Sebelum itu imam masjid mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat.

Orang ramai mula berkumpul di bekalang masjid. Kedengaran suara Mohamad Sabu, Dr Syed Azman. Saya nampak dari atas Arutselvan pun ada sama. Tak ketinggalan geng dia Dr Mohd Nasir dan kumpulan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Saya tak sempat nak fokus PSM kerana masih kat atas masjid.

Orang ramai mula berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Pada awal saya jangka kehadiran tidak ramai pasal orang balik kampung cuti. Tapi ia ternyata meleset. Orang masih ghairah mahu demo walaupun cuti. Tok Arab Mesir pun ada sama. Ikut sekaki.

Kami kat kedutaan Amerika seru Amerika supaya mereka menggesa Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan serta merta.

Biasanya kalau ada campurtangan Amerika kerajaan tu tak tahan lama mesti jatuh bila Amerika suruh berundur. Tetapi Amerika tetap pertahan Mubarak kerana mahu jaga kepentingan Israel.

Biar rakyat Mesir mati kerana menuntut kerajaan baru tetapi hak Israel kena jaga. Itu Amerika.

Rakyat Mesir berdemontrasi secara aman menuntut Mubarak letak jawatan kerana gagal mengatasi masalah sosial ekonomi di Mesir.

Sebaliknya demontrasi aman itu dikasari. Malah para demontrasi dibunuh dan dipukul. Apa jenis rejim terlalu zalim.

Pilihan raya Mesir tidak boleh dipercayai. Penuh dengan penipuan. Bukan sahaja tidak adil tetapi peti undi dikontrol rejim dan kertas undi dari luar boleh bawa masuk ke dalam peti undi berkepal-kepal. Inilah pemerintahan Mubarak yang mahu kekalkan kuasanya. Orang yang dia rasa bagi undi kat dia boleh mengundi. Orang yang tak sokong dia disekat daripada mengundi.



Mai turun demo sekali. Dok atas watpa. Tak bersemangat atas tu. Bawah lagi hangat.

Pendemo paling kecil. Nasib baik tak panas. Cuaca mendung je.



Tak puas demo dah nak balik. Badan belum berpeluh. Suara belum hilang. Kali ni demo mai tengok saja je

Cikgu Azmi Hamid ni tak habis dengan kain pelikat. Ikut tradisi Melayu ke Arab Yaman.

Read More...

Thursday, February 3, 2011

Maher Zain - Palestine Will Be Free | ماهر زين - فلسطين سوف تتحرر

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP