Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 13, 2011

Terkejut bila anak aku usia 4 tahun mahu ikut jalang

“Abu Ya nak ke mana” tanya anak aku usia empat tahun bila lihat aku bersiap mahu ke kedai.

“Nak gi jalan-jalan.” Jawab aku.

“Nak ikut nak ikut jalang,” kata anak aku. Aku terkejut tertanya dalam hati apakah dia faham apa yang diucapkan atau kombinasi pertuturan keluarga aku antara Terengganu dan Kuala Lumpur turut mempengaruhi anak aku.

Slang atau loghat Terengganu sebut jalan ada bunyi `g’ belakang macam bacaan berdengun idgham.

Aku balas balik; “Sapa nak ikut jalang. Abu ya nak gi jalan-jalan,”

“Nak ikut jalang,” balas anak aku lagi. Aku jadi nak ketawa.

Ketawa aku bertambah besar bila anak aku merayu nak ikut jalang.

Ini semua mengingatkan cerita-cerita sahabat tentang kisah mereka bersama dengan orang Terengganu semasa menunaikan ibadah haji.

Tanya mereka kepada orang Terengganu yang tinggal satu dom; “Kenapa lambat balik?”
“Tak jumpa cari jalang,” balas kawan itu.

Balas balik orang yang bertanya yang kelihatan terkejut; “Kita datang sini nak buat ibadah ke nak cari jalang?”

Sahabat satu dom yang memahami loghat Terengganu mendengar perbualan itu gelak besar.
Kedua mereka terpinga sehingga diceritakan perkara sebenar menyebabkan kedua mereka ikut ketawa,

Kah Kah Kah mahu tergelak habis satu rumah.

1 comments:

sheikh teluk intan February 13, 2011 at 4:11 PM  

As salam Nan,

Seronok baca n3 ini. Tahniah, dah rajin update blog. Semakin mengancam isinya.

Tahniah sekali lagi dan teruskan menulis.

Saya akan cuba menulis, tetapi kesihatan masih tak mengisinkan.

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP