Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2012

Inikalila! Tukar!



Read More...

Friday, December 28, 2012

Kartun macam ni minat juga baca

Read More...

Wednesday, December 26, 2012

Samseng umno menampar, tunjuk isyarat lucah dan tolak orang tua



Read More...

Friday, December 21, 2012

Dendang Monggolia



Read More...

Monday, December 17, 2012

Uploaded videos (playlist)



Read More...

Friday, December 7, 2012

Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita Part 2



Read More...

MIC hulur tengkok utk disembelih Wacana Sinar Harian Siri 16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita



Read More...

Monday, November 12, 2012

`OKS’ penyebab OKU tidak terbela

KUALA LUMPUR: PAS mahu membangkitkan kesedaran ummah terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka dapat menikmati kehidupan seiring dengan pembangunan. Pengerusi Lajnah Kebajikan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata disebabkan ramai `OKS’ (Orang Kurang Sedar) maka OKU tidak terbela. “OKU bukan semata-mata mengharapkan bantuan tetapi kerajaan serta masyarakat perlu menyedia prasarana kepada mereka untuk OKU berdikari. “Adakan peluang pekerjaan kepada mereka mengikut kesesuaian mereka. Beri hak mereka untuk bermasyarakat seperti masjid dan kemudahan awam yang mesra OKU,” ujar ketika ditemui di Wacana Prihatin OKU dianjur Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, di sini, Sabtu lalu. Hampir 100 orang hadir dalam program yang membentangkan dua kertas kerja oleh Pensyarah UIA, Dr Maszlee Malik dan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya. Mariah berkata permasalahan dihadapi OKU merupakan tanggunjawab kepada semua pihak tidak mengira bangsa dan agama mahupun parti politik harus menitik beratkan keperluan untuk memudahkan urusan harian mereka. Ahli Parlimen Kota Raja itu akan mengketengahkan isu tersebut kepada PAS Pusat untuk dibawa berbincang supaya kerja kebajikan termasuk perkara penting selepas tarbiyah. Dianggarkan 15 peratus warga OKU di Malaysia iaitu 4 juta orang yang perlu diberi perhatian bukan hanya dari segi keperluan asas malah kemudahan semua termasuk anak mereka. Diantara masalah yang dikemukakan seperti peluang pekerjaan terhad untuk mereka walaupun diberi pelbagai latihan dan sijil kemahiran tetapi masih wujud agensi yang tidak meletakkan sebarang kepercayaan terhadap kebolehan mereka. Oleh sebab itu mereka bergangtung kepada bantuan kerajaan. Bagaimana bantuan bulanan jabatan kebajikan tidak mencukupi untuk mereka mengurus keluarga terutama perbelanjaan persekolahan anak. Perkara ini disuarakan oleh Sahmar Saad, kata sekiranya kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka pemerintah perlu menyediakan peluang peniagaan supaya OKU mampu berdikari. Kemudahan asas seperti tandas, laluan ke masjid turut menjadi masalah. Sedangkan negara maju menyedari hakikat ini dan memberi ruang keselesaan dan kemudahan kepada OKU untuk ke tempat ibadah seperti gereja. Pengerusi OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof berkata kempen OKU bangkit julung kali diadakan sangat penting agar hak istimewa OKU tidak diketepikan bagi menjamin kehidupan yang lebih baik sebagaimana orang biasa. “Kita mahu menyedarkan OKU dan rakyat semua terhadap satu perubahan supaya rakyat dan OKU ada jaminan pada masa depan. “Kempen bangkit tidak mengira parti politik. Jika Umno jemput, kita akan turut sama tetapi sekarang hanya PAS yang jemput kita,” katanya. Nor Azman Sulaiman ketika memberi penerangan turut menyentuh hadirin bagaimana beliau sebagai OKU diberi kemudahan percuma menaiki kenderaan awam tetapi anaknya dikenakan tambang. “Bila kita naik kenderaan awam kita tidak dikenakan tambang kerana kita OKU tetapi anak yang naik bersama dikenakan tambang. Tambang itu siapa yang bayar, Kita juga yang bayar. Perkara inilah yang harus difikir bersama bagi kemudahan OKU,” ujarnya.

Read More...

Friday, November 2, 2012

PAS jemput rakyat datang ke himpunan 3 Nov




Read More...

PAS jemput rakyat datang ke himpunan 3 Nov




Read More...

Tuesday, October 23, 2012

kempen bantah saman AES versi kelakar



Read More...

Monday, October 22, 2012

No turning back if Pakatan ruins Malaysia, warns PM



Read More...

MB Pahang Baca Tuntutan Memorandom Orang Asal



Read More...

MB Pahang Cabar OrangAsal Bergaduh



Read More...

Video dakwa Adnan cabar Orang Asli bergaduh dan `bodoh’ tersebar

Beberapa blog menyiarkan klip video Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob seakan mencabar Orang Asal yang menghantar memorandum bergaduh di pekarangan Wisma Persekutuan, Kuantan pada Rabu lalu. Sekumpulan orang asal yang terdiri daripada 500 orang penduduk Pahang dari Rompin, Bera, Temerloh, Cameron Highland, Maran dan tempat lain hadir di Wisma Persekutuan pada pagi itu untuk menghantar memorandum bagi pihak orang asal berkenaan dengan isu tanah. Sebelum memorandum dihantar, Adnan dilhat seolah bertengkar dengan salah seorang lelaki yang hadir, menyatakan tidak percaya kepada menteri besar itu. Bagaimanapun Adnan yang menerima memorandum itu sempat membaca tuntutan Orang Asal dihadapan himpunan itu. Sehubungan itu, Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku Adnan dan menuntut beliau memohon maaf kepada Oarang Asal terbabit.

Read More...

Thursday, October 18, 2012

Bantu orang miskin di Aceh

Tawaran terbuka kepada semua. Sila sertakan nama, alamat, email dan telefon untuk dihubungi. Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia. 564221627022 Maybank

Read More...

HD- Muslim Protest Tokyo



Read More...

Thursday, October 11, 2012

Kes NFC: Shahrizat kelu, gagal jawab soalan peguambela

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC). Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya. Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga, soal Ranjit, semalam. Apakah sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu, soal Ranjit lagi. Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah. Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian. Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya. Tidakkah Shahrizat malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suaminya mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar, soal Ranjit. Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab, “Tidak”. Bagaimanapun akhirnya beliau mengaku bahawa beliau tahu tentang projek NFC dipengerusikan suaminya. Isnin lalu, bekas Shahrizat beriya-iya menafikan beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, malah mengatakan tidak menjaga urusan kerja suaminya. Katanya beliau dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media. Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan. Kata Zuraida: “Saya rasa shahrizat tertekan.” NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham ‘preference’ dipegang kerajaan Malaysia.

Read More...

Tuesday, October 9, 2012

Seronok ada cabaran

Tidaklah hidup kita ini selari sahaja tiada gelobang. Ada kawan lama xsiasah dahulu (kenangan tu) telefon tanya pasal bara neraka. Saya kata dihujung kehidupan siasah bukan diawal namun harus ingat saya tetap suka kerana bergaul dengan mereka yang kita boleh bimbing. Sebab itu saya masih di sini walaupun Mohd Sayuti sudah keluar. Walaupun tugas saya tidak mampu untuk menulis tentang kebenaran dan keadilan, hanya mampu tulis rambu rambai tetapi saya masih mampu berdakwah dengan kawan-kawan saya. Saya suka mereka pun suka tetapi apabila sampai tahap anda disuruh tulis melagakan pas dan dap apa perasaan anda. Saya sedar dan hanya mampu seranah dalam hati bila sahabat perjuangan saya difitnah. Saya juga bersuara saya tidak suka fitnah tetapi dia kata: "kita tidak fitnah kita petik dari akhbar lain (utusan la tu geng sewaktu dengannya) cuma kita ini dikira subahat." Apakah subahat itu tidak berdosa. Saya rasa saya tidak boleh hidup bersama orang yang menghalalkan dosa. Kita umat Islam saling menyayangi. Kalau ada hujung rambut sakit hujung kaki ikut rasa sakit. Sebaliknya group ni dia tahu fitnah dan dia guna fitnah itu terhadap orang lain langsung tidak takut kepada Allah SWT. Dosa kita dengan Allah SWT senang Allah ampun ampun tetapi dosa kita dengan manusia. Kita kena jumpa manusia yang kita fitnah itu. Saya tidak kata kita tidak boleh menuduh orang lain tetapi beri peluang orang yang dituduh itu jawab. Jika tidak ia jadi fitnah. Seperti mana sahabat menuduh khalifah Umar `makan harta lebih' depan khalayak ramai. Ini adalah tuduhan dan ia akan jadi fitnah jika Umar tidak jawab. Umar memanggil anaknya, Abdullah dan Abdullah memberitahu baju yang dipakai Umar adalah sumbangan bahagiannya. Nah inilah kemulaian mereka yang ikut Islam. Boleh membuat tuduhan tetapi bagi peluang orang yang dituduh menjawab. Jika tidak ia menjadi fitnah. Bila diberi peluang tetapi yang dituduh tidak menjawab maka ada masalah lah tu. Macam najib bila orang ajak debat tapi dia tidak mahu debat kan ada hal tu.

Read More...

Monday, October 8, 2012

Biarlah gambar bercerita

Diterbitkan oleh akhbar berbahasa Cina. Khabarnya wanita dari luar negara berpangkat pegawai tentera di sambut Zahid.

Read More...

Friday, October 5, 2012

Road show dedah Petronas tidak iktiraf kedaulatan negeri

Gerakan royalti minyak Kelantan ke parlimen Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri Kelantan (Royalti) akan mengadakan road show keseluruh negara mendedahkan keengganan Petronas membayar royalti bermakna tidak mengiktiraf kedaulatan negeri. Pengerusi Royalti Nazri Deraman berkata, Najib perlu memastikan pembayaran wang royalty secara tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974. Sebelum itu, peserta konvoi Royalti yang bermula 2 Oktober lalu, meneruskan lagi perjuangan mereka dengan menyerahkan memorandum bagi menuntut penyelesaian segera Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak membayar royalty kepada kerajaan Kelantan. Mereka menyerahkan memorandum itu kepada wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin di luar bangunan Parlimen, semalam. Nazri berkata, isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit. Royalti juga turut mencadangkan Najib Razak dan Petronas agar membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300 km diwujudkan di Kelantan. Ini kerana jarak Blok PM301 yang berada di perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh iaitu ke Pantai Senok Bachok hanya 140 kilometer sahaja berbanding 300 km. Memorandum itu turut mengemukakan Sembilan justifikasi berkaitan tuntutan royalty antaranya Petronas melanggar perjanjian 9 Mei 1975, penafian hak royalty menafikan amanat Tun Razak, gas dan minyak Kelantan untuk tujuh generasi Kelantan, dan ordinan darurat dan tiga batu nautika sudah dimansuhkan.

Read More...

Thursday, October 4, 2012

Read More...

Wednesday, August 15, 2012

See Sharp Minor - Berkat Ramadhan



Read More...

Thursday, June 7, 2012

Wartawan kawan Razak baginda dedah Najib jumpa Altantuya di Paris disiar The Phnom Penh Post

KISAH Altantuya, al-Najib dan al-Razak nampak makin panas walaupun ada pihak mahu simbah air bagi hilang bara tetapi ia macam dalam sekam tak terpadam dengan mudah.

Pernah kita ingat dahulu isu kebakaran hutan tanah gambut yang menyebabkan negara dilanda jerebu. Kita perhati bukan kerja mudah pasukan bomba mahu memadamkan api di tanah tersebut. Ia `makan dalam’. Sedalam cerita tiga al itu di Paris.

The Phnom Penh Post sebuah akhbar Kemboja yang ramai kenal negeri miskin itu pun berminat bercerita tentang tiga sahabat.

Barangkali ia akan jadi lagenda lebih hebat daripada tiga abdul atau cerita yang ada kaitan geng tiga. Atau ia mungkin jadi cerita baru yang akan jadi lagenda kepada cucu-cicit kita.

Hikayat yang tersiar di akhbar negara miskin itu berbunyi begini diterjemah daripada tulisan Roger Mitton kawan kepada al-Razak, speech asal dibawah:

Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu.Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib

Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.

Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagi pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia.Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 ASEAN-Eropah.

Razak menghadiri hanya untuk seketika sahaja dan apabila saya bertanya mengapa dia telah bergegas, beliau berkata beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian pertahanan Penting.

Kemudian, ia telah didedahkan di parlimen Malaysia bahawa "komisen" bagi kontrak sub adalah 114 juta euro, atau kira-kira $ 160 juta pada masa itu.Wang itu dibayar ke dalam akaun bank KL Perimekar, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Tun Razak sejurus sebelum kontrak telah ditandatangani dan yang tidak mempunyai rekod mengendalikan pemerolehan pertahanan.Ia adalah dikatakan bahawa $ 160 juta telah berpecah antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah Malaysia.

Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis menyerbu pejabat DCNS dan merampas sebuah timbunan dokumen yang menunjukkan bayaran rasuah besar-besaran.Dan bulan lepas, selepas memeriksa dokumen, Hakim Roger Le Loire mengarahkan penyiasatan jenayah yang akan dilancarkan.Ia hampir pasti akan melibatkan sepina pemfailan untuk kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk hadir di mahkamah.

Walau bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak.Beliau jatuh cinta.Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza.

Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita - model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya "Tuya" Shaaribu.Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib.

Tuya yang berbilang bahasa, dan mati jatuh cantik, juga pintar dan cepat belajar mengenai rasuah besar bagi perjanjian sub dan sudah pasti dijangka potongan kacak untuk dirinya.Tetapi tunduk kepada "sindrom tarikan maut", dia berpaut lumus Razak, dan dia, takut bahawa indiscretions beliau boleh menjatuhkan karier, cuba untuk menamatkan urusan.

Dia tidak akan ia, dan dalam keadaan terdesak, dia bercakap dengan Najib dan polis telah dipanggil untuk memelihara anak itu.Dua agresif pegawai Cawangan Khas telah mengambil tugasan mereka secara literal dan menculik dia.Kemudian mereka dirogol, ditembak di kepala dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dari kementerian pertahanan Najib - dan langkah yang baik, dipadam masuk ke Malaysia dari rekod imigresen.Kesannya, dia terus hilang.

Tetapi terima kasih kepada tekanan berterusan daripada keluarga yang disambungkan dan Kedutaan Mongolia, jenayah itu akhirnya terbongkar dan mereka yang terlibat telah ditangkap - semua kecuali Najib, sudah tentu.Selepas perbicaraan yang panjang, yg mendebarkan dan electrifying, kedua-dua polis telah dihukum mati dan Razak telah dibebaskan.

Sekarang, bagaimanapun, dengan pelancaran penyiasatan Hakim Le Loire di Paris, ternyata beliau tidak lama lagi mungkin kembali di mahkamah.Dan PM Najib mungkin tidak terlepas dengan begitu mudah sama ada, sejak isu itu akan dibangkitkan di parlimen minggu depan dan akan memberi kesan kepada pilihan raya umum akan datang.Jika ya, kematian mengerikan Tuya tidak akan menjadi sia-sia.

Original speech:

A decision made in Paris last month means that one of this region’s most sensational episodes is going to resurface with a vengeance.

It began a dozen years ago when Malaysia’s Prime Minister Najib Razak held the defence portfolio and ordered two Scorpene submarines from the French shipbuilder, DCNS, for about US$400 million each.

The deal was brokered by Razak Baginda, who ran the Malaysian Strategic Research Institute, which was funded by Najib and designed to further his political career.

In the interest of full disclosure, let me reveal that I met Razak regularly during my posting in Kuala Lumpur in the 1990s and continue to see him each time I visit Malaysia.

When he became pointman for the Scorpene purchase, however, I had left KL and did not see him again until we met in Venice, Italy, at the 2002 ASEAN-Europe conference.

Razak attended only briefly and when I asked why he was rushing off, he said he was needed in Paris for an important defence deal.

Later, it was revealed in the Malaysian parliament that the “commission” for the sub contract was 114 million euros, or about $160 million at the time.

The money was paid into the KL bank account of Perimekar, a company set up by Razak just before the contract was signed and which had no track record of handling defence procurements.

It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia’s ruling National Front coalition.

Based on this allegation, the French police raided the offices of DCNS and seized a stack of documents indicating the payment of massive bribes.

And last month, after examining the documents, Judge Roger Le Loire ordered a criminal investigation to be launched.

It will almost certainly involve filing subpoenas for both Razak and Prime Minister Najib to appear in court.

Before considering that dramatic prospect, however, we must recall that when negotiating the contract, something amazing happened to Razak.
He fell in love.

Now although Razak, a family man with a high-profile public image, had long emulated the philandering reputation of his mentor Najib, this latest affair was completely different.

He fell hook, line and sinker for the woman – a stunningly beautiful Mongolian model named Altantuya “Tuya” Shaaribuu.

Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib.

Multilingual Tuya, as well as being drop-dead gorgeous, was also smart and quickly learned about the huge bribe for the sub deal and doubtless envisaged a handsome cut for herself.

But succumbing to “fatal attraction syndrome”, she clung relentlessly to Razak, and he, fearing that her indiscretions might bring him down, tried to end the affair.

She would not have it, and in desperation, he spoke to Najib and the police were called in to keep her away.

Two aggressive Special Branch officers took their assignment literally and kidnapped her.

Then they raped her, shot her in the head and blew up her body with C4 explosives from Najib’s defence ministry – and for good measure, erased her entry into Malaysia from immigration records.

In effect, she vanished.

But thanks to continued pressure from her well-connected family and the Mongolian Embassy, the crime was eventually uncovered and those involved arrested – all except Najib, of course.

After a long, lurid and electrifying trial, the two cops were sentenced to death and Razak was acquitted. Now, however, with the launch of Judge Le Loire’s investigation in Paris, it appears he could soon be back in court.

And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.

If so, Tuya’s gruesome death will not have been in vain.

Boleh diikuti di sini: http://www.phnompenhpost.com/index.php/2012060456559/World-news/submarine-deal-resurfaces-to-haunt-malaysias-top-man.html

Read More...

Wednesday, June 6, 2012

Busuk hati Khaled, Menteri Pengajian Tinggi

"KENAPA kau dilahirkan sebagai manusia, kan lebih baik kau dilahirkan sebagai haiwan." Ucapan seperti ini amat sesuai untuk Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin sebagai membalas hati busuk beliau.

Dalam bahas Rafizi dengan Khairy di Sinar, Shah Alam, Rafizi menyebut pendidikan percuma boleh buat sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kerana untuk berbuat demikian ia adalah bidang kuasa kerajaan pusat.

Apa punya bengong menteri yang kata ada pelajaran bila mereka kalah berhujah terutama dalam debat Rafizi vs Khairy baru-baru ini, menteri tak cerdik itu menyekat hak pelajar Unisel mendapat pinjaman PTPTN.

Ini tanda-tanda kejatuhan BN. Ia menunjukkan sikap asobiyyahnya keterlaluan. Hanya membela dan menolong puak mereka dan melakukan kezaliman keatas puak bukan mereka.

Mereka yang mengwujudkan jurang pemisahan antara orang BN dan PR. Sebelum itu mereka mengwujudkan pemisahan orang Umno dengan Pas. Orang PAs dinafikan mendapat baja subsidi. Mereka menyekat dan melengahkan gran perkapita kepada kelantan.

Semua kerja busuk ini dilakukan Umno kerana tidak puas hati mereka kalah di Kelantan. Mereka tidak puas hati rakyat sokong PAS.

Sekarang Selangor pula menjadi mangsa Umno. Umno oh Umno bila kamu mahu bertaubat. Insaflah Umno neraka menanti mereka yang membuat kejahatan dan hati busuk.

Berita berkiatan:

Khaled Nordin arah PTPTN sekat pinjaman Unisel?
Jamilah Kamarudin | June 6, 2012

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dakwaan ini jelas dibuktikan Khaled melalui laman sosial Twitter yang disiarkan kelmarin.

PETALING JAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin didakwa mengamalkan politik dendam apabila menyekat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel).

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dakwaan ini jelas dibuktikan Khaled melalui laman sosial Twitter yang disiarkan malam tadi.

“Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor Unisel) dan Pakatan,” Khaled dipetik akaun twitter miliknya.

Menurut Rafizi, kenyataan Khaled ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada beliau sendiri yang mengarahkan PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel.

“Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar.

Politik dendam
“Apakah beliau sendiri yang mengarahkan PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN)?,” soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencabar Khaled membuat penjelasan sama ada dakwaan ini benar.
Jika tidak benar, Rafizi menggesa Khaled perlu bertanggungjawab campur tangan dan memastikan tindakan yang zalim ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

“Jika benar tindakan ini perlu dikutuk dan beliau perlu meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik dendam yang tidak lagi sesuai dengan politik mutakhir,” katanya.

PTPN dilaporkan mula menghentikan pinjaman kepada pelajar semester baru Unisel sejak tiga bulan lalu.

Walaupun Pakatan Rakyat meyokong pendidikan percuma, namun beliau menegaskan sebarang perubahan dalam model pendidikan tinggi hanya boleh dilaksanakan mengikut bidang kuasa Pusat.

Disebabkan ini, beliau berkata jawatan Khaled selayaknya perlu digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dilihat lebih bersikap profesional dan matang dalam isu pendidikan.

Read More...

Tuesday, June 5, 2012

Belia world class berani bersama himpunan hijau

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menutup kebimbangan Umno terhadap Himpunan Hijau ke Putrajaya pada 1 Jun lalu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, dikatakan mendapat sambutan sehingga dihadiri 100 ribu.

Katanya, jumlah besar membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi. Sebagaimana biasa untuk mengubat rasa cemas Umno beliau mendakwa mereka yang hadir itu dibayar. Dakwaan yang sama oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin Umno dan Mahathir tahu perhimpunan anjuran parti itu mengeluarkan wang berjuta ringgit untuk mengangkut dan memberi imbuhan supaya hadir dalam program mereka. Malah menjadi perkara biasa sekiranya ada laporan terutama kakitangan kerajaan mengatakan mereka dipaksa hadir ke program Umno.

Himpunan Jutaan Belia yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei dikatakan melibatkan belanja RM15.1 juta.

Himpunan bertema ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.

Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Kerajaan mengutamakan konset K-Pop dari Korea dan menghalau kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus dijadualkan di Putrajaya Internasional Convension Centre (PICC) pada 26 Mei iaitu sehari sebelum berakhir Hari Belia Negara 2012 pada 27 Mei.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Datuk Jailani Ngah telah menghubungi dan meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar membatalkan kuliah tersebut. Kuliah tersebut kemudiannya dipindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

Jailani memberi alasan kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya kerana kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan belia yang juga diadakan di Putrajaya.

Perhimpunan itu turut mengundang malapetaka apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada 26 Mei. Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.

`Orang yang suka berak tengah jalan dia akan tuduh orang lain juga berak tengah jalan’. Itu tuduhan yang dilontar Mahathir dan Muhyiddin kepada perhimpunan hijau bagi mengatasi rasa gerun Umno terhadap kebangkitan pembangkang.

Kalau PRU ke 12 pada Mac 2008 dikatakan berlaku tsunami mengubah secara senyap landskap politik bahagian utara semenanjung tetapi kali ini ia berlaku secara spontan keterampilan rakyat menyatakan secara berterus terang mahu buat perubahan politik.

Mereka menyatakan secara lahiriah bermula 28 April dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur. Selepas itu Umno membalas dengan sambutan ulang tahunnya pada 11 Mei lalu dan mendakwa dihadiri 100 ribu orang.

Umno mengambil kesempatan diwar-warkan kononnya program Umno pada Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya yang dihadiri lebih sejuta orang.

Namun perhimpunan hijau di Kedah melenyapkan sama sekali keyakinan Umno dalam menghadapi PRU ke 13 kerana kehadiran orang PAS begitu memberangsangkan walaupun tanpa pemimpin PKR dan DAP.

PAS seolah menunjukkan kekuatan tersendiri tanpa bergantung kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetapi sambutan tetap diluar dugaan.

Mereka bukan sahaja berhimpun malah diuji dengan hujan lebat tetapi orang ramai tetap tidak berganjak dan sanggup `basah kuyup’. Kalau mereka ini dibayar rasanya separuh yang ada di stadium itu hilang kerana mencari perlindungan apabila menghadapi ujian tersebut.

PAS ternyata menunjukkan kehebatannya tersendiri kerana mampu menarik sebahagian besar dalam perhimpunan itu adalah terdiri orang muda.

Kehadiran golongan belia itu bukan untuk mendengar dan melihat K-Pop atau hiburan semata-mata tetapi diatas kesedaran politik yang tinggi. Mereka mahukan perubahan dan bebas daripada tekanan hidup.

Bagi mereka hiburan hanya mampu melenyapkan keserabutan dalam tempoh sementara tetapi ia bukan penyelesaian kepada masalah mereka `dililit’ dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mereka mahukan kebajikan sebagai rakyat terjaga, pendidikan percuma, keselamatan dan keamanan yang lebih sejahtera. Bukan hanya laungan keamanan tetapi hakikatnya rakyat sering terancam pelbagai jenayah bunuh, rompak, curi, rogol dan ragut serta tekanan politik yang menyekat kebebasan mengkritik dan menegur kerajaan serta pihak berkuasa.

Mereka mahu hidup sebagaimana di zaman Khalifah Umar bin al-Khattab yang boleh dikritik walaupun ditempat awam.

Khalifah Umar suatu hari pernah membahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik keatas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!"

Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar."

Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?"

Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."

Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman."

Lalu Umar memanggil anaknya Abdullah.

Kata Umar: “Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku."

Jawab Abdullah: “Ya!”

Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).

Tiada hukuman pun keatas orang yang tegur Umar secara terbuka dikhalayak ramai, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab.

Nabi saw sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai.

Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi.

Sekiranya Salman dan sahabat yang menegur Nabi saw itu wujud zaman sekarang dan mengkritik pemimpin secara berdepan, mungkin mereka akan di ISAkan atau disaman di mahkamah kerana membuat tuduhan membuta tuli.

Inilah pemuda baru yang begitu ramai hadir dalam perhimpunan hijau di Kedah itu. Minda mereka ternyata berbeza dengan belia yang hadir di konsert K-Pop di Putrajaya.

Sebab itu tidak hairan Muhyiddin mengingatkan jentera pilihan raya BN bahawa PRU ke-13 kali ini adalah penentu `hidup dan mati’ parti tersebut.

"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.

"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1,000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pada 3 Jun lalu.

Belia di Stadium Darul Aman Kedah adalah `world class’ meletakkan kepentingan masa depan mereka dan orang lain. Malah belia ini menjadi penyelamat belia K-Pop yang tenggelam dalam dunia keseronokan sementara serta bahan penipuan Umno.

Read More...

Sunday, June 3, 2012

Agah Fathul Bari nak debat dengan Hadi, Nik Aziz

Fathul Bari memang jenis tak sedar diri. Dia pun bukan pembuat dasar Umno. Katakan kalau kebenaran berpihak kepada dalam debat Fathul dengan Hadi atau Nik Abdul Aziz, apakah Fathul mampu mengubah dasar Umno? Tentu tidak.

Saya sebelum ini hormat juga Fathul walau pun dia jadi ulama muda Umno. Saya ada alasan kerana melihat perkembangan latar belakang beliau. Kalau beliau orang jujur apa salahnya berdebat dengan pemuda Pas dan rakyat boleh lihat kebenarannya.

Buat apa kita nak sembunyikan kebenaran. Bercakap dan berbahaslah atas kapasiti anda sebagai ulama Umno untuk mempertahankan apakah Umno selaras dengan perjuangan Islam.

Atau anda tahu Hadi dan Nik Aziz tidak melayan anda maka anda mengelak untuk berdebat dengan pemuda Pas dengan berdalih mahu debat dengan kedua pemimpin tertinggi Pas itu yang mempunyai kuasa pembuat dasar.

Berita berikutnya;

Fathul Bari Enggan Berdebat, Beri Syarat
Berita Oleh: pemudagombak

SHAH ALAM: Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) hari ini menyatakan kesediaannya mengambil bahagian dalam debat anjuran Pemuda PAS Gombak jika ia disertai oleh pucuk pimpinan parti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya juga berkata topik perbahasan, PAS vs Umno: Siapa Sesat yang dipilih oleh Pemuda Pas Gombak harus dikaji semula supaya tidak meremehkan Islam.

"Kami berbesar hati menyambut jemputan ini tetapi lebih berminat berdiskusi dengan orang-orang berperingkat tinggi dalam PAS.

"Bukan tak mahu (debat) dengan mereka (Pemuda PAS Gombak) tapi lebih berminat dengan Nik Aziz ataupun Hadi Awang," katanya ketika dihubungi MyChannel13.com.

Fathul berkata sebarang debat antara ILMU dengan individu yang tidak punya kuasa untuk membuat perubahan pada dasar PAS tidak akan membawa apa-apa makna.

“Mereka bukan golongan pembuat dasar. Kita (mahu) bercakap dengan golongan pengeluar kenyataan-kenyataan dalam PAS seperti Hadi dan Nik Aziz.

”Kata-kata mereka adalah pemutus dalam PAS. Jadi perbincangan itu patut berlaku dengan mereka. Jika tidak ia tidak akan mencapai satu penyelesaian yang baik,” katanya.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak mengundang ILMU untuk menyertai program debat itu pada 26 Jun.

Fathul juga menegaskan debat untuk menentukan parti yang mana sesat hanya akan menjurus kepada perbahasan yang sia-sia.

"Siapa sesat ? Tajuk itu awal-awal sudah membentuk satu persepsi kalau siapa yang menang pihak lawannya yang kalah bererti dia sesat,” kata beliau.

"Sewajarnya kita berbicara hal tanggungjawab kita sebagai orang-orang politik, orang-orang agama dalam politik untuk menyampaikan Islam," jelasnya.

Fathul berkata beliau bagaimanapun menyifatkan perdebatan itu sebagai medan muzakarah bagi kedua-dua pihak.

"Usaha untuk mereka bermuzakarah satu usaha yang sangat baik tapi saya kira lunakkan sedikit cara kita meminta dan memohon, untuk mencabar dan berdebat.

"Mungkin intonasi saya berlainan dengan mereka atau mereka maksudkan 'mari berdebat...' tetapi bukannya nak berdebat siapa yang sesat," kata Fathul.

Read More...

Friday, June 1, 2012

Anda penulis facebook, blog boleh didakwa dibawah Akta Keterangan (Pindaan) 2012

JIKA dahulu kita sudah di larang dan dikurung dalam erti kata fizikal tetapi sekarang, setelah dijajah secara 'maya' kita juga telah di perintah berkurung secara maya juga.

Tiada bezanya semasa kita di zaman pemerintahan british dahulu, kerajaan yang sedia ada juga sama, tetapi kita sedang 'berperang' melalui maya.Berperang untuk mencari kebebasan, kemerdekaan dan keluar dari kepompong cengkaman pihak kapitalis.

Kita dalam diam sebenarnya sudah alam dijajah dan berperang cuma kita sahaja tidak nampak akan ia, selepas tamatnya perang dingin selepas perang dunia kedua, kini kita berperang dalam erti kata dalam dunia maya. Hidup dalam keadaan 'daif minda' meskipun kehidupan mewah disekeliling. Sering disogok dan digogokkan dengan informasi dan maklumat yang hanya berdasarkan satu pihak sehingga rakyat sendiri tidak tahu mana satu kebenaran.

Sebagaimana zaman darurat yang terjadi dalam sekitar tahun 1948 hingga 1960 dahulu, semasa zaman pemberontakkan komunis.Itu di perintah berkurung secara zahir, dan kini kita dikurung menggunakan minda pula.

Setiap maklumat ditapis sehingga tinggal quark (jisim terkecil dalam atom), jika sudah ditapis dengan pelbagai pemeringkatan barulah ia di uar-uarkan ke serata negara, itu pun melalui 'senjata' yang dikawal mereka sendiri iaitu RTM, TV3, serta TV swasta lain tidak terkecuali pihak Astro yang berbayar.

Senjata rakyat hanyalah facebook, blog, twitter, dan youtube bagi mencari konklusi dalam menentukan halatuju masa depan masing-masing dalam hidup.

Mungkin kita sendiri tidak sedar, perang sudah lama, cuma kita tidak ambil tahu dan tidak mahu ambil tahu kerana bagi kita ia tidaklah sepenting merintih dan meratap di facebook dengan segala hal yang remeh sehingga jika kita dipinta memberi pendapat lidah kelu umpama digam dan distaple pada lelangit.

Sedarlah wahai orang kita, kita sekarang sudah memasuki era darurat, bukan darurat yang kita nampak seperti dikurung pada satu jangka masa tetapi sekrang kita sentiasa dipantau dalam apa jua benda yang kita lakukan, inilah darurat dalam alam millenium.

Kita tidak boleh bersuara menyatakan pendapat, itukah yang dipanggil kebebasan bersuara, kita terpaksa mengikut telunjuk itukah kebebsan.Memang lah sekarang aman dan damai, apa lagi yang kita nak bukan.Tetapi kekalutan seperti ini ia tidak memakan secara pantas tiba-tiba runtuh, tetapi ia umpama barah lebih tepat lagi umpama anai-anai dalam sebuah rumah, dengan tanpa diduga runtuhlah rumah tersebut.

Ingatlah kita sedang berada pada fasa darurat, dimana semua dihadkan, anda sedang dikurung di dunia maya meskipun bebas menlayari internet.

Jika dahulu mereka memulakan tempoh darurat dengan melarang penduduk malaya dari keluar dari rumah dalam jangka masa tertentu tetapi sekarang...

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok – 1 Jun 2012 "PENTING!"

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

- Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
- Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
- Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
- Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
- …dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

Anda fikir anda tahu Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Umpama Deklarasi Darurat Malaysia 1948-1960 Dahulu ? Anda fikir sekali lagi..

Read More...

Friday, May 25, 2012

Bertaubatlah NST, Rahim Noor tarik balik sebelum meninggal

SABDA Nabi saw dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim; “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh),” maka New Straits Time dinasihatkan bertaubat, memohon maaf dan menarik balik siaran kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor mengkafirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata demikian dalam protes di hadapan ibu pejabat New Straits Time Press (NSTP), Bangsar, Kuala Lumpur dihadiri kira-kira 200 penyokong Pas selepas solat Jumaat.

Sehubungan itu, beliau turut berkempen boikot serta menyeru syarikat menghentikan Iklan di akhbar tersebut sekiranya gagal pihak media tersebut gagal berbuat demikian sebagaimana yang dituntut iaitu menarik balik, memohon maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penyokong Pas berkumpul selepas solat Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, membantah penyiaran laporan berita menggelar Mursyidul Am Pas itu sebagai bapa kafir serta mengutuk Rahim sambil berarak satu kilometer ke NSTP.

Mereka membawa poster antaranya tertulis: "Damn You NST" dan "Boikot NST" sambil melaungkan takbir, "Hidup Islam", "Sayang Tok Guru" dan "NST Fitnah".

Mereka juga mengadakan gimik dengan memijak dan mengoyak akhbar berkenaan dalam perhimpunan selama lebih 30 minit bermula jam 2 petang.

Protes itu diketuai Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai beberapa exco Pemuda termasuk Kamaruzaman, Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Ridzwan dan Timbalannya, Mohd Sany Hamzan.

"Berita itu tidak dapat diterima oleh Pas dan umat Islam," kata Khairul Faizi dalam ucapannya sambil diiringi laungan "jahanam NST" dan "boikot NST".

Menurutnya lagi, sekiranya akhbar berkenaan enggan berbuat demikian, pihaknya mengancam untuk membakar akhbar itu dalam perhimpunan Pas pada 1 Jun ini di Kedah.

Manakala Mohd Sany dalam ucapannya pula berkata pihaknya boleh menerima dakwaan bahawa menteri besar Kelantan itu tidak pandai memerintah negeri atau negeri itu mundur dengan menjawab kembali tuduhan itu.

Beliau yang juga pengarah jabatan pilihan raya Pemuda PAS bertanya kepada penyokongnya yang hadir, bolehkah mereka menerima tuduhan Nik Aziz bapa kafir.

"Tidak," jawab penyokong yang hadir.

Sementara itu, Kamaruzaman menyifatkan laporan tersebut "sangat biadab".

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, beliau berkata, perhimpunan hari ini adalah langkah susulan selepas mereka menghantar memorandum minggu lalu, menuntut akhbar itu menarik balik laporannya dan memohon maaf.

"Tetapi kita dapat surat balas menyatakan berita itu sah, maka kita tuntut sekali lagi (hari ini) permohonan maaf dan laporan itu ditarik balik," katanya.

Kamaruzaman berkata pihaknya memberi tempoh seminggu lagi kepada NST untuk berbuat demikian, jika tidak pihaknya akan memboikot akhbar terbitan syarikat tersebut.

Sebelum itu, sejurus selesai ucapan dan doa dibacakan, Mohd Sany serta beberapa pemimpin dewan itu, bertindak memijak naskhah akhbar tersebut.

Pada mulanya, mereka mahu memijak akhbar tersebut di dalam kawasan pejabat NST, tetapi dihalang oleh anggota polis. Kira-kira 10 anggota polis berkawal di situ.

Dalam siaran 8 Mei lalu New Straits Times melaporkan kenyataan Rahim Noor mengatakan Nik Abdul Aziz sebagai father of kafir (bapa kafir).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bercadang mengemukakan saman ke atas Rahim dan New Straits Times dalam masa terdekat.

“Tuduhan yang dikeluarkan oleh Rahim sangat kurang ajar dan melampau batas. Pas menggesa beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata.

“Pas turut mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa. Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST yang tercalar kerana memutar-belit kata-kata Senator Australia, Nick Xenophon,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas mengingatkan pihak terbabit bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

Menurut beliau, tuduhan berbentuk peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan apatah lagi jika dalam kumpulan tersebut memang mempunyai ahli dalam kalangan kafir.

Sebuah portal berita melaporkan Rahim menyifatkan Mursyidul Am Pas sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah tanggungjawab agama.

Menurut laporan itu, Akhbar NST memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya “mengelirukan” rakyat.

Read More...

Wednesday, May 23, 2012

DEBAT PTPTN 220512 - Pemansuhan PTPTN & Hala tuju Pendidikan Tinggi (Pus...



Read More...

DEBAT PTPTN 220512 - Pemansuhan PTPTN & Hala tuju Pendidikan Tinggi (Pus...



Read More...

DEBAT PTPTN 220512 - Pemansuhan PTPTN & Hala tuju Pendidikan Tinggi (Pus...



Read More...

Teringat debat Nazri berkain pelikat

SAYA masih ingat debat pedana antara Salahuddin Ayub dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 16 Februari 2003. Nazri tampil dengan kain pelikat, baju Melayu dan berkupiah putih sedangkan Salahuddin penuh bergaya dengan kot.

Saya dah agak Nazri akan tampil dengan gimik. Kekuatan beliau adalah autoritinya sebagai menteri Kabinet. Memang hujah dilontarkan Salahuddin membuktikan kerajaan bertindak untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Namun begitu autoriti Nazri menguatkan hujahnya dan meyakinkan pendengar terutama golongan akademik dan mereka yang tidak memihak pada mana-mana parti politik. Satu lagi sikap Nazri ialah memperlekeh lawan. Kalau kat Parlimen lagi teruk dikutuknya pembangkang.

Kalau Nazri dengan autoriti menteri malam tadi debat anjuran Sinar antara Khairy Jamaluddin lawan Rafizi yang saling mengemukakan angka tetapi pendengar lebih yakin dengan angka diberikan Rafizi.

Ini kerana autoriti beliau sebagai akuantan dan Pengurus Besar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor serta rujukan beliau lebih meyakin daripada angka Khairy yang tidak dinyatakan dimana sandarannya.

Hujah Khairy atas kapasitinya sedangkan beliau bukan menteri Kabinet berbeza dengan keterampilan dan perbahasan Nazri walaupun beliau muncul dengan kain pelikat.

Kita juga dihidangkan debat minyak antara Anwar dengan Ahmad Shabery Chik sehingga orang Kemaman mengutuk Shabery yang dilihat gagal menandingi Anwar. Buat malu orang Kemaman.

Bagaimanapun apa yang penting malam tadi ialah kenapa pendidikan percuma tidak dapat dilaksana oleh kerajaan BN.

Sebagaimana dijelaskan Rafizi setiap tahun negara alami kerugian 28 billion kerana pemerintahan Umno.

Rafizi mampu mendedahkan penyelewengan dan rasuah Umno yang tidak dinafikan Khairy. Malah Khairy nampak terkial untuk membela NFC dan Tajudin.

Rafizi juga membanding membinaan univerisiti luar negeri dengan anggaran bajet yang dikemukakan Khairy.

Berita berkaitan:

Debat isu hapus hutang PTPTN tidak konklusif
Zulaikha Zulkifli 2:41PM Mei 23, 2012

Debat di antara pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada malam tadi jelas berkisar mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang melalui Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Namun tiada jawapan konklusif yang dapat disimpulkan daripada hujah berhubung isu yang diperdebatkan – sama ada negara benar-benar akan muflis sekiranya rancangan tersebut dijalankan.

Rafizi ketika membuka gelanggang berkata, rancangan untuk memberi biasiswa sara hidup RM5,000 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam berjumlah 450,000 orang hanya akan menelan kos RM2.32 bilion setahun.

Dengan menghapuskan RM24 bilion hutang melalui PTPTN pula, kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion untuk tempoh 15 tahun, katanya dalam program debat anjuran akhbar Sinar Harian itu.

Khairy semasa gilirannya selepas itu tangkas memberi gambaran bahawa negara akan mengalami kerugian dan muflis seperti negara Greece sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dan melaksana rancangan untuk memberi pendidikan tinggi percuma seperti itu.

Katanya, langkah untuk menghapuskan hutang pelajar daripada PTPTN itu mustahil untuk dilaksanakan dan akan menelan kos RM30 bilion, bukannya RM24 bilion seperti diuar-uarkan Rafizi.

Khairy turut merangkum kos yang perlu ditanggung sekiranya kesemua tawaran Pakatan dalam dokumen Buku Jingga dilaksanakan.

Jelasnya, subsidi yuran kepada 1.4 juta pelajar di institut pendidikan tinggi swasta, seperti dirancang Pakatan Rakyat akan menela kos sebanyak RM60 bilion.

"Nak sara hidup pada rakyat, saya kira-kira dalam RM25 bilion. Kalau nak ikutkan kena buat pinjaman – bon kerajaan – dengan bunga 3.7 peratus, untuk 10 tahun.

"Tiap-tiap tahun perlu bayar RM6 bilion. Jumlah keseluruhan yang dicadangkan Pakatan-PKR ialah sebanyak RM185 bilion. (Jumlah itu) bahagi 10, jumlahnya ialah RM18 bilion setiap tahun," katanya.

Kataya, tawaran itu mustahil untuk dilaksanakan, termasuk rancangan untuk membina 10 buah universiti baru yang akan menelan belanja sehingga RM2 bilion bagi setiap satu universiti dan menjadikan jumlah keseluruhan RM20 bilion.

Katanya, kos pengurusan untuk sesebuah universiti, seperti Universiti Sains Malaysia (USM) akan menelan belanja sehingga RM31 bilion.

Kenyataan tersebut disambut oleh Rafizi yang berkata, anggaran RM2 bilion untuk membina setiap universiti hanyalah "anggaran oleh Umno."

Katanya, kos untuk membina universiti antarabangsa di Malaysia seperti kampus Universiti Monash juga hanya menelan kos RM200 juta.

"(Timbalan menteri pengajian tinggi) Datuk Saifuddin (Abdullah) ada di depan ini boleh sahkan bahawa Universiti Monash buka kampus pada tahun 2007, dengan fakulti yang mencukupi untuk kapasiti 5,000 orang menelan belanja RM200 juta," katanya.

Saifuddin ketika ditanya dalam sidang media selepas itu bagaimanapun enggan menyebelahi mana-mana pihak.

Katanya, isu tersebut buka soal ketepatan data – jumlah kos unuk membina sesebuah kampus baru – dan beliau juga tidak mengetahui sumber data yang dikemukakan kedua-dua pihak tersebut.

Beliau juga gembira kerana isu tersebut diperdebatkan dan bukan hanya komunikasi sehala seperti ceramah.

Read More...

Punah tamadun Melaka kerana Perkasa, Umno

SAYA tidak dapat bayangkan berapa biji telur melayang hinggap ke dahi Rafizi dan moderator Dr Maszle Malek bila bertanyakan kepada Khairy yang dipersoalkan NFC melibatkan beratus ringgit tidak dihalang ke luar negeri tetapi pelajar tak bayar hutang disekat dekat airport.

Inillah akan berlaku dalam debat Khairy lawan Rafizi dianjurkan Sinar Harian, malam tadi sekiranya orang Melaka yang digelar Datuk A Samad Said sebagai negeri `Hang Samseng’ sedangkan dahulunya terkenal dengan Tamadun Melayu Melaka hadir dalam program tersebut.

Pelik juga rasanya Ketua Menteri Melaka yang tidak tahu rasa malu bila seorang tokoh Sasterawan Negara itu boleh kata; “Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng."

Gara-gara kuncu-kuncu Perkasa dan Umno yang mahu menyerang Samad dan Ambiga jika ke Melaka maka beliau dinasihatkan tidak pergi ke negeri itu.

Apa ke `haramjadah’ (meminjam kata Najib) manusia kelahiran Melaka. Orang boleh berdemokrasi secara gentleman dan baik tetapi mereka mahu berperang. Mereka inilah sebenarnya `kepala sakit’ yang merosakkan ketamadunan Melayu Melaka.

Sebagai orang Islam berakhlak. Berhujah lawan dengan hujah. Tunjukkan sikap jiwa besar yang boleh menerima pendapat. Bukan menjadi katak dibawah tempurung. Dihulur makan menganga mulut. Disuruh berfikir otak terkurung kerana sifat jumud dan taksub kepada Umno jadilah manusia buruk dan jahat yang mengubah nama baik negeri Melaka.

“Takkan Melayu hilang di dunia,” kata Hang Tuah tetapi sekarang sudah jadi “Samseng Melayu kerana Umno.”

Bagaimana seorang pemimpin di negeri yang dahulunya bertamadun boleh melahirkan rakyat yang amat geram dengan pemikiran baik. Rakyat yang tidak boleh tengok dengan manusia berusia emas masih ke sana ke mari memperjuangkan nasib negara dihancurkan Umno.

Kotor, jahat, buruknya nama baik Melaka hasil pemerintahan Umno. Ubahlah cari pemimpin yang mampu membentuk akhlak rakyat menjadi baik dan bertamadun.

Segelintir orang Melaka sekarang tidak bertamdun kerana Perkasa dan Umno. Mereka jadi jahat. Lapar mahu memukul orang tua dan orang yang buat baik. Mereka sudah jadi manusia hati batu. Hati keras yang tidak reti menilai mana baik dan mana jahat.

Siapa yang ajar? Umno. Ubahlah.

Berita berkaitan:

'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'
Abdul Rahim Sabri 12:36PM Mei 23, 2012

WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".

"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.

"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negari Hang Tuah.

"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.

Dalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.

Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.

"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.

Selepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.

Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.

Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Read More...

Tuesday, May 22, 2012

Najib makin sukar tentu tarikh PRU ke 13

SAYA mungkin bertanggapan beliau profesional dan kes Anwar dikira berprofil tinggi maka mana-mana loyar berminat sertai kumpulan peguam Anwar.

Bagaimanapun kita lihat Yusof sendiri sengaja membiarkan kehadirannya menjadi buah mulut orang ramai menimbul pelbagai persepsi dan tanggapan.

Kalau Anwar berkata sebaliknya tetapi ada juga pihak yang boleh persepsi kemungkinan ada piahk yang mengatur.

Kita tidak boleh lupa Adun Bota daripada Umno boleh keluar parti itu masuk PKR tetapi beberapa hari kemudian masuk Umno balik dan kemudiannya kerajaan pakatan rakyat Perak jatuh kepada Umno.

Baru lagi cerita pemuda Umno kawasan di Perak keluar Umno tapi hanya beberapa hari masuk balik Umno.

Namun kita lihat perkembangan ini berhati-hati dengan pandangan positif selepas Fauzi bekas pegawai polis masuk Pas.

Berita berikutnya;

Anwar: Ramai lagi di Pejabat AG akan sertai saya
Hafiz Yatim & Ahmad Fadli KC 3:07PM Mei 22, 2012

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas peguam cara negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentu mempunyai alasan kuat untuk mewakili beliau dalam kes berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Anwar berkata tindakan tersebut membawa makna besar kepadanya kerana Yusof merupakan bekas pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

"Tentu beliau ada alasan kuat dan kekuatan moral. Belum pernah dalam sejarah, ketua pendakwa selesai kes terus 'menyeberang'. Tentu ini memberi kekuatan kepada kes.

"Orang dalam kerajaan sedar bahawa kekotoran dalam kerajaan dia tidak ingin pertahan semua," kata Anwar ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar juga berkata, ramai lagi rakan Yusof di Pejabat Peguam Negara yang mempunyai sikap yang sama.

Golongan berkenaan kini "menunggu masa untuk bersama saya," kata Anwar lagi.

Mohd Yusof hari ini mewakil Anwar yang didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.

Tuduhan sama turut dibacakan ke atas dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Read More...

Gurau bapa tak bertempat



Read More...

Monday, May 21, 2012

Isu muzakarah diputar alam oleh Umno

ISU muzakarah yang diminta Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah jadi muzakarah perpaduan dijaja Umno.

Berlainan sangat perkara sebenar ditimbulkan Nik Adbul Aziz yang mahu bermuzakarah tentang isu penggunaan nama Islam pada Pas yang cuba diharamkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya beliau bersedia untuk membawa perkara tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Respon daripada situ Nik Aziz mahu bermuzakarah dengan Umno dan disambut baik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, Umno memang sudah sedia bermuzakarah dengan Pas dalam isu perpaduan.

Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara konsisten sejak daripada isu muzakarah perpaduan ditimbulkan Umno tetap berkata Pas boleh bermuzakarah dengan Umno tetapi Umno hendaklah melaksanakan pilihan raya secara adil.

Tuntutan Bersih 3.0 kena terima dahulu baru Pas boleh bermuzakarah dengan Umno.

Sebalum Nik Abdul Aziz seolah bertelagah dengan Mustafa Ali dalam isu muzakarah yang menegur Muhyiddin kerana Umno sengaja putar alam isu muzakarah yang dibawa Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz tidak memahami perangkap Umno itu bagaimana cepat membuat keputusan yang selari dengan Pas.

Inilah mainan politik Umno dalam isu muzakarah. Mereka tersepit dan cuba bergayut dengan Pas. Mahu pecah kesatuan Pakatan Rakyat yang boleh menjatuhkan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno kena ingat mereka tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk tinggal keseorangan. Apabila lepas pilihan raya umum nanti dan BN kalah maka ketika itulah Umno akan terasa dagangnya sebagaimana beliau buat terhadap sebatang kara.

Read More...

Friday, May 18, 2012

13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan

BUKU terbaru daripada penulis buku politik, S H Alattas menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.

Sudah terdapat di pasaran dan tolong dipromosikan Harakahdaily mungkin kerana tulisannya menyerang Najib dan Kak Mah BN. Ia juga menggambarkan konsep sederhana yang diperkenalkan Najib tetapi Najib hidup dalam kemewahan.

Berita berkaitan:

Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib
Muhammad Faizal, 18 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.

Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.

Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.

Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.

Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.

Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.

Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.

Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.

Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.

Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.

Read More...

Thursday, May 17, 2012

Lebuh raya Kelantan di bina secara gotong royong

JARANG kita dengar kerana selalunya gotong royong bina masjid atau yang selalu dibuat orang hatta orang Umno sekali pun iaitu `bersih kubur'.

Sebaliknya kerajaan negeri Kelantan dapat merungkai lagi konsep gotong royong hingga membina sebuah lebuh raya.

Saya teringat bekas Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu suatu ketika pernah memperlekehkan Pas di Parlimen apabila ada wakil rakyat parti itu mengatakan mahu buat lebuh raya sendiri apabila kerajaan Pusat berdolak dalih mengenai lebuh raya pantai Timur yang tidak sampai ke Kelantan.

Kononnya Pas tidak ada jurutera kepakaran untuk membina lebuh raya bertaraf `A'. Itu cerita lama dan hari ini pemimpin Pas mengambil masa agak lama untuk mengkaji bagaimana sebauh lebuh raya boleh di bina di kelantan.

Jika royalti dibenarkan kepada Kelantan mungkin ia tidak menjadi masalah. Wang bukan perkara yang utama lagi tetapi dengan hak royalti Kelantan dinafikan maka sukar bagi kerajaan negeri memberi lebuh raya yang menelan berjuta ringgit.

Kelantan bukan sebuah negeri kaya sebelum penemuan gas dan petrolium. Namun sejak carigali ia merubah segalanya. Kelantan terikut senarai negeri yang mendapat hasil tinggi seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Sebaliknya hanya disebabkan Kelantan diperintah Pas maka royalti itu tidak diberi kepada yang berhak.

Terengganu memperolehi semula royalti selepas Pas kalah di situ. Nikmat yang turut sama dikecapi Sabah dan Sarawak hingga kini.

Namun apa yang peliknya ketiga negeri yang memperolehi royalti minyak itu tetap miskin sama taraf dengan Kelantan yang dinafikan royalti.

Malah dalam kerajaan Kelantan dinafikan royalti, mereka masih mampu mengumumkan akan membina lebuh raya sendiri.

Kerajaan Pusat menganaktirikan Kelantan. Tidak bagi royalti, sekat hak rakyat Kelantan dan bantuan perkapita dilengahkan tetapi masih mampu untuk membina projek mega tersebut.

Itu pemerintahan Pas dalam masa ditindas kerajaan pusat. Bagaimana kalau kerajaan Pas Kelantan dilayan secara adil oleh kerajaan Pusat seperti negeri-negeri dibawah Umno.

Saya rasa tentu Kelantan lebih kaya daripada tiga negeri tersebut. Inilah yang sering menjadi iaguan Umno.

Kenapa? Ini kerana mereka sudah gagal mengsonglap duit untuk kepentingan peribadi mereka untuk memperkayakan poket-poket mereka.

Projek dibawah kerajaan Umno yang sepatutnya bernilai juta menjadi billion. Komisyen bertapis-tapis. Setiap wakil rakyat Umno mahukan wang. Wang itu juga boleh ditabur jadi politik wang untuk menang dalam Umno dan pilihan raya.

Cuba tidak ada wang dalam Umno? Mana mereka ini boleh hidup. Beberapa sebab Umno Kelantan masih sampai sekarang belum mampu rampas Kelantan kerana wang yang banyak masih tak cukup untuk diagih kebawah.

Barangkali yang atas tu makan besar sangat. Jadi hak bawah diberi RM20 macam tahun-tahun 80an. Orang Umno bawah pun dah sedar dan mereka pun mahu makan besar juga. "Buat apa orang atas je makan besar aku makan kecil."

Di Terengganu taburan duit cukup besar. Wang Royalti di tukar jadi wang ehsan. Duit minyak itu ditabur jadi politik wang Umno Terengganu untuk rampas kembali negeri itu apabila jatuh kepada Pas pada 1999.

Kerajaan kelantan bukan banyak duit tetapi mampu mendidik rakyat bersama membangunkan Kelantan.

Kalau dahulu rakyat berduyun-duyun menghantar simen, pasir, batu dan lain-lain untuk membina masjid tetapi sekaragn sedekah jariah mereka diperluaskan lagi kepada pembinaan jalan raya.

Sekarang rakyat Kelantan sudah memasang niat sedekah untuk bina jalan raya kepada ibu bapa mereka yang sudah meninggal. Alangkah banyaknya jariah di Kelantan.

Apabila jalan itu siap nanti setiap kereta atau kenderaan melaluinya maka tiap kali itu juga pahala bertambah kepada ibu bapa mereka yang telah meninggal.

Bertuahnya ibu bapa yang mempunyai anak baik dan mengerjakan kebaikan untuk ibu bapanya. Tiga perkara yang sampai kepada mereka yang meninggal iaitu ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan sedekah yang berkekalan.

Berita berkaitan:

Pecah tanah projek lebuh raya Kelantan 28 Mei ini
Rizal Tahir, 16 Mei 2012

KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas disisih sejak Rancangan Malaysia (RMK) Ke-5, akhirnya kerajaan Kelantan memutus membina sendiri lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.

Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.

Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.

Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.

(Gambar: Husam menunjukkan jajaran Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.)

“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.

“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.

Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.

“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.

Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.

Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.

“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.

“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk lain,” tambahnya.

Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.

Read More...

Wednesday, May 16, 2012

Aibnya kita bermenterikan ada waran berkait rasuah

BAGAIMANA pun apa yang pastinya kita sudah ada menteri yang mungkin tidak berani masuk Perancis kerana negara itu mengeluarkan waran tangkap untuk mereka jika enggan jadi saksi.

Apa malangnya rakyat Malaysia mempunyai Perdana Menteri dan menteri seperti itu. Kita pernah dengar pejuang politik tidak boleh masuk ke negeri atau negara lain kerana karisma politiknya tidak disukai pemimpin negeri atau negara itu. Itu ketokohan pejuang politik itu dan mungkin ia bimbang boleh mempengaruhi. Ini biasa kita dengar.

Sebalik yang amat sakit dan malu nak dengar bila PM atau menteri kita tidak berani masuk negara itu kerana ada waran tangkap dikait pula kes isu rasuah. Tidak malu ke rakyat kita mempunyai menteri seumpama itu.

Tebalnya muka rakyat Malaysia. Mana mahu taruk muka ni. Wahai Zahid, wahai PM ku macam mana mahu jawab satu Malaysia ni.

Peguam Perancis: Kamu salah, Zahid Hamidi
12:34PM Mei 16, 2012
Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

NONE"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Breham (kiri) mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.

Read More...

Kerajaan Islam atau taghut

SELEPAS pilihan raya rakyat akan tahu kerajaan Islam atau taghut yang memerintah sebab ia bergantung kepada aktiviti mereka di dunia sekarang kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sama juga seperti tarikh mati. Tak tahu tapi mati tetap berlaku. Lepas mati itu syurga ke neraka. Begitu juga selepas pilihan raya kerajaan Islam atau toghut.

“Tarikh pilihan raya usah fikir siang atau malam, yang penting mati esok syurga ke neraka sebab ia bergantung kepada aktiviti kita di dunia sekarang,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Jadi kata beliau rakyat negara ini hendaklah memastikan kerajaan yang ada di bumi berdasarkan syariat Islam.

Beliau berkata, Kelantan sudah 22 tahun bergerak atas dasar Islam dan mendapat sokongan padu pelbagai pihak

Sebelum itu beliau berkata, Pas sudah lama tunggu muzakarah.

Sepatutnya setiap isu yang timbul di kalangan umat Islam diselesaikan secara muzakarah bagi mendapat gambaran lebih jelas dan bukan pandangan sebelah pihak sahaja.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu muzakarah sebenarnya berlaku sejak PAS diketuai Dato’ Asri Muda lagi.

“Tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.

“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan politik.

Oleh itu beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, muzakarah merupakan fitrah manusia sejak usia kecil lagi.

“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, erti masing-masing mahu berhujah.

“Soal muzakarah memang PAS hendak lama dah dengan Umno atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.

“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya.

Read More...

Tuesday, May 15, 2012

Umno takut kerana salah

KEBERANIAN bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tampil dalam ceramah Umno mengutuk kononnya beliau pembohong bersiri menjawab dakwaan itu.

Nampak sangat reaksi Hanafiah Man ketakutan kerana salah bila berdepan dengan Nizar. Ternyata dakwaannya mengatakan Nizar bohong tidak benar.

Malah ketua Umno bahagian nasihatkan Nizar beredar dari majlis Umno kerana mereka tidak seronok nak hentam sebab Nizar di sebelah.

Atau program bertajuk mendedahkan pembohongan bersiri Nizar sudah tak jadi dedah bohong Nizar sebab mereka takut kerana salah.

Takut berhujah bila berdepan dengan musuh yang didakwanya pembohong. Kalau benar sudah tentu mereka makin berani dan beri ruang kepada Nizar menjawab.

Ketua Bahagian Umno itu menambah kalau pemimpin Umno hadir dalam program Pas tentu orang Pas marah tetapi Nizar jawab; "Pas tak marah malah mengalu-alukan mereka datang ke majlis Pas."

Memang betul, Pas suka sangat kalau orang Umno mahu pergi tempat ceramah Pas. Pendengar Pas sekarang lebih minat dengar debat Umno dan Pas daripada dengar ceramah Pas kerana orang Pas sudah matang.

Orang Pas tak mahu dengar sehala sahaja. Asyik dengar hujah orang Pas sahaja tetapi orang Pas mahu juga dengar orang Umno tetapi mereka tidak mahu dengar ceramah Umno ditempat Umno kerana banyak sangat bohong dan fitnah macam program yang Nizar hadir itu.

Jadi amat baik kalau orang Umno datang dalam program ceramah Pas dan berdebat dengan Pas. Kalau susah sangat pun Umno boleh anjurkan program debat dengan Pas.

Namun Umno sampai sekarang tidak pernah berani. Kenapa? Apakah memang benar `Umno penakut kerana salah'

Berita berkaitan:

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?

Hazayani Zakaria, 14 Mei 2012

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP