Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 28, 2011


Read More...

Thursday, June 23, 2011

Video utama



Read More...

Monday, June 20, 2011

PAS pledges 100,000 members for Bersih 2.0



Read More...

Bersih 2.0 launch: The show must go on



Read More...

Sunday, June 12, 2011

Kelantan 1-2 Terengganu FINAL Piala FA 2011 | Gol Nordin Alias



Read More...

Kelantan 1-2 Terengganu FINAL Piala FA 2011 | Gol Sendiri Daudsu



Read More...

Kelantan 1-2 Terengganu FINAL Piala FA 2011 | Gol Azwan Roya



Read More...

Mana satu nak sokong Kelantan ke Terengganu

MALAM tadi tak tahu mana nak sokong Terengganu ke Kelantan. Ikut asobiyah mesti sokong Terengganu, negeri kelahiran dan keturunan mak bapak tetapi ikut perjuangan mesti sokong Kelantan.

Orang kata mana boleh campur politik, sukan. Sapa kata? Sentimen itu kena ada. Sebab negara dunia pernah pulau sukan kerana sebab tertentu. Apakah itu bukan politik campuri sukan?

Anak-anak aku sokong Terengganu walaupun dia sedar dia bukan lagi kelahiran Terengganu. Mungkin dia masih ingat keluarga berasal Terengganu pasal selalu balik Terengganu.

Aku jadi berbelah bagi lagi. Anak dah sokong Terengganu tetapi aku masih mahu sokong Kelantan pasal negeri Pas.

Aku tidak mahu sokong Terengganu pasal Ahmad Said… pasal negeri Umno.
Namun main bola bukan lahir dari keimanan. Nama je Kelantan tetapi tidak semestinya semua main bola kerana cinta Islam. Main bola untuk dakwah… tidak.

Mereka main boleh kerana dakwah hanya pemuda Pas. Pasukan negeri nak kejar piala FA yang berat tu.

Jadi takpa lah tak sokong Kelantan. Lagipun Kelantan kalah semangat juangnya. Jadi aku nak ambil kesempatan rai kemenangan Terengganu.

Ialah pasal Terengganu menang. Kalau kalah kena sokong Kelantan.

Read More...

Tuesday, June 7, 2011

Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Naib Presiden 3 PAS



Read More...

Saturday, June 4, 2011

Mohamad Sabu Timbalan Presiden Pas

Spekulasi bahawa pemidato terkenal Mohamad Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS tersebar sejak lewat malam tadi kini sudah terjawab. Pagi ini diumumkan 420 undi perwakilan muktamar PAS memilih Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal baru sesi 2011/2013.

Pengumuman senarai penuh keputusan itu dibacakan oleh Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman jam 10 pagi tadi.

Bilangan yang layak mengundi jawatan Timbalan Presiden PAS seramai 1077, bilangan yang keluar mengundi 1045, kertas undi terkumpul 1045, kertas undi rosak 1 dan kertas undi yang sah 1044.

Sementara bagi jawatan naib presiden, perwakilan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berjaya memenangi jawatan itu. Dua lagi Naib Presiden sesi lepas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub kekal di kerusi sama.

Bilangan yang layak mengundi bagi jawatan Naib Presiden adalah 1077, bilangan yang keluar mengundi 1045, kertas undi terkumpul 1045, kertas undi rosak 2 dan kertas undi yang sah 1043.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Semalam, seramai 1,077 orang pengundi yang layak telah memilih seorang timbalan presiden, tiga orang naib presiden serta 18 orang jawatankuasa pusat.

Read More...

TVSelangor09 03062011 Pemimpin Rasuah Akan Disingkir, Kata Hadi



Read More...

Wednesday, June 1, 2011

Tuan Ibrahim boleh menang selesa

Analisis pertanidngan jawatan Timbalan Presiden Pas oleh Adnan Ibrahim

SEJARAH pertandingan jawatan parti dalam pas membuktikan pencalonan tertinggi bukan penentu kepada kemenangan calon.

Umpama apa yang berlaku kepada bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Jamilah Ibrahim yang mendapat pencalonan tertinggi tetapi tewas dalam pengundian apabila beliau dicabar Fatimah Ibrahim pada 2001.

Fatimah ketika itu dikatakan hanya mendapat pencalonan sekadar untuk layak bertanding.

Ini bermakna dakwaan mengatakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu mendapat pencalonan paling tinggi bagi jawatan Naib Presiden Pas, belum tentu lagi boleh memenangi dalam pengundian perwakilan.

Mohamad juga dikatakan mendapat pencalonan tinggi kerana beliau membuat strategik awal mengumumkan bertanding bagi jawatan tersebut.

Sementara Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak membuat pengumuman awal malah membuat kenyataan supaya kawasan tidak mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.

Sebaliknya kawasan masih tetap mencalonkan beliau seolah-olah mahu Tuan Ibrahim bertanding jawatan itu. Pencalonannya juga agak hebat sehingga beliau terpaksa mengubah fikiran dan bersedia untuk bertanding timbalan.

Bayangkan dalam masa tidak umum bertanding jawatan itu Tuan Ibrahim masih lagi mendapat pencalonan, bagaimana kalau beliau umum seperti Mohamad Sabu?

Tentu pencalonan beliau melonjak mengatasi Mohamad Sabu. Bagi Nasharudin Mat Isa ia bukan masa yang sudah sesuai untuk beliau sekiranya beliau bijak membaca hasrat kawasan.

Hanya orang disekelilingnya sahaja yang mempertahan beliau. Pencalonan tinggi Mohamad Sabu itu jelas menunjukkan protes kepada beliau. Tetapi mereka tidak tahu siapa pilihan.

Apabila Mohamad Sabu umum untuk bertanding maka kawasan memberi sokongan kepada beliau untuk nyatakan sikap tidak puas hati mereka terhadap Nasharudin.

Jadi pencalonan Mohamad Sabu itu adalah pencalonan protes. Kalau berlaku pertandingan dua penjuru antara Nasharudin dan Mohamad Sabu kemungkinan peluang Mohamad sabu cerah.

Bagaimanapun keputusan akhir Ibrahim untuk bertanding akhirnya memberi ruang dan pilihan kepada mereka. Maka mudah bagi Ibrahim kerana perwakilan sedang menanti kelahiran tokoh yang boleh mewarisi masa depan iaitu kewibawaan ulama progresif lagi dinamik.

Bagaimanapun hanya perwakilan akan menjawab persoalan tersebut. Namun kenyataan kolumnis Subky Abdul Latif yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan disiar The Malaysia Insider cukup mudah untuk dibaca perwakilan.

Katanya dalam Pas ada calon yang layak untuk timbalan presiden tetapi mereka ini tidak ke depan.

“Pada saya timbalan presiden mesti ulama sebab kalau profesional nanti yang akan jadi timbalan itu akan menjadi pemangku presiden,” katanya.

“Bukan profesional ini tidak layak, semua layak (untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Husam Musa layak, Datuk Mahfuz Omar layak dan Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga layak tapi presiden parti mesti orang yang mahir al-Quran dan Hadis.

“Kalau timbalan tiada kelebihan ini dan ditakdirkan presiden tiada macam mana? Pemangku (presiden) mesti mahir al-Quran dan Hadis sebab bila ada soal yang membabitkan hukum Islam dia boleh jawab,” katanya sambil mengakui kepimpinan ulama memang tidak diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan parti.

Namun jelas beliau, secara konvensional dasar kepimpinan ulama yang menjadi tradisi parti itu harus diteruskan.

Walau apa pun ahli Pas mendoakan semoga sampai masanya lahir tokoh nombor dua dalam Pas. Peristiwa terlepasnya Prof Dr Harun Din untuk dimandatkan kepada beliau bagi jawatan itu pada 2003 menjadi kesilapan lalu yang perlu diperbetulkan sekarang.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP