Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 1, 2011

Tuan Ibrahim boleh menang selesa

Analisis pertanidngan jawatan Timbalan Presiden Pas oleh Adnan Ibrahim

SEJARAH pertandingan jawatan parti dalam pas membuktikan pencalonan tertinggi bukan penentu kepada kemenangan calon.

Umpama apa yang berlaku kepada bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Jamilah Ibrahim yang mendapat pencalonan tertinggi tetapi tewas dalam pengundian apabila beliau dicabar Fatimah Ibrahim pada 2001.

Fatimah ketika itu dikatakan hanya mendapat pencalonan sekadar untuk layak bertanding.

Ini bermakna dakwaan mengatakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu mendapat pencalonan paling tinggi bagi jawatan Naib Presiden Pas, belum tentu lagi boleh memenangi dalam pengundian perwakilan.

Mohamad juga dikatakan mendapat pencalonan tinggi kerana beliau membuat strategik awal mengumumkan bertanding bagi jawatan tersebut.

Sementara Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak membuat pengumuman awal malah membuat kenyataan supaya kawasan tidak mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.

Sebaliknya kawasan masih tetap mencalonkan beliau seolah-olah mahu Tuan Ibrahim bertanding jawatan itu. Pencalonannya juga agak hebat sehingga beliau terpaksa mengubah fikiran dan bersedia untuk bertanding timbalan.

Bayangkan dalam masa tidak umum bertanding jawatan itu Tuan Ibrahim masih lagi mendapat pencalonan, bagaimana kalau beliau umum seperti Mohamad Sabu?

Tentu pencalonan beliau melonjak mengatasi Mohamad Sabu. Bagi Nasharudin Mat Isa ia bukan masa yang sudah sesuai untuk beliau sekiranya beliau bijak membaca hasrat kawasan.

Hanya orang disekelilingnya sahaja yang mempertahan beliau. Pencalonan tinggi Mohamad Sabu itu jelas menunjukkan protes kepada beliau. Tetapi mereka tidak tahu siapa pilihan.

Apabila Mohamad Sabu umum untuk bertanding maka kawasan memberi sokongan kepada beliau untuk nyatakan sikap tidak puas hati mereka terhadap Nasharudin.

Jadi pencalonan Mohamad Sabu itu adalah pencalonan protes. Kalau berlaku pertandingan dua penjuru antara Nasharudin dan Mohamad Sabu kemungkinan peluang Mohamad sabu cerah.

Bagaimanapun keputusan akhir Ibrahim untuk bertanding akhirnya memberi ruang dan pilihan kepada mereka. Maka mudah bagi Ibrahim kerana perwakilan sedang menanti kelahiran tokoh yang boleh mewarisi masa depan iaitu kewibawaan ulama progresif lagi dinamik.

Bagaimanapun hanya perwakilan akan menjawab persoalan tersebut. Namun kenyataan kolumnis Subky Abdul Latif yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan disiar The Malaysia Insider cukup mudah untuk dibaca perwakilan.

Katanya dalam Pas ada calon yang layak untuk timbalan presiden tetapi mereka ini tidak ke depan.

“Pada saya timbalan presiden mesti ulama sebab kalau profesional nanti yang akan jadi timbalan itu akan menjadi pemangku presiden,” katanya.

“Bukan profesional ini tidak layak, semua layak (untuk jawatan timbalan presiden), Datuk Husam Musa layak, Datuk Mahfuz Omar layak dan Mat Sabu (Mohamad Sabu) juga layak tapi presiden parti mesti orang yang mahir al-Quran dan Hadis.

“Kalau timbalan tiada kelebihan ini dan ditakdirkan presiden tiada macam mana? Pemangku (presiden) mesti mahir al-Quran dan Hadis sebab bila ada soal yang membabitkan hukum Islam dia boleh jawab,” katanya sambil mengakui kepimpinan ulama memang tidak diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan parti.

Namun jelas beliau, secara konvensional dasar kepimpinan ulama yang menjadi tradisi parti itu harus diteruskan.

Walau apa pun ahli Pas mendoakan semoga sampai masanya lahir tokoh nombor dua dalam Pas. Peristiwa terlepasnya Prof Dr Harun Din untuk dimandatkan kepada beliau bagi jawatan itu pada 2003 menjadi kesilapan lalu yang perlu diperbetulkan sekarang.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP