Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 31, 2011

Dr Asri mahu hidup cara Elton John ka

SETELAH saya tulis tidak bersetuju dengan Dr Asri sering mengulas sesuatu perkara mengaitkan Taliban. Melabel pihak lain dengan Taliban. Benci sangat Asri dengan Taliban.

Kali ini saya mahu komen antara dua pendapat Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz dengan Dr Asri. Mana pihak yang meletakkan Islam sebagai universal dan mana pihak yang meletakkan Islam terkatup pada orang Islam sahaja.

Saya rasa Dr Asri tidak faham apa yang dibantah oleh Shahril dan pemuda Pas. Pada asasnya pemuda Pas membantah budaya seseorang penyanyi terutama penyanyi luar negeri.

Pas pernah bantah konsert Inul kerana gaya lengoknya keterlaluan. Maknanya di sini bukan penyanyi Barat sahaja.

Pas juga pernah bantah konsert Gwen Stefani.

Kenapa? Ini kerana Gwen Stefani pembawa symbol seks Amerika.

Elton John pula seorang pengamal seks sejenis. Kahwin dengan kaum sejenis.

Budaya yang tidak boleh diterima Islam dan fitrah suci manusia sejagat serta mereka yang beragama.

Penentangan bukan atas konsert atau hiburan yang didahagai oleh bukan Islam tetapi amalan kehidupan mereka bertentangan dengan naluri manusia sejagat.

Jika kita merestui kedatangan mereka ke sini, ini bermakna kita mengiktiraf kehidupan mereka.

Saya rasa pemuda Pas boleh bertolak ansur sekiranya konsert untuk bukan Islam tidak dibawa oleh mereka yang bercanggah dengan nilai mulia sejagat.

Mereka tahu hak orang bukan Islam untuk mendapat hiburan. Sudah tentu hiburan orang bukan Islam berlainan daripada hiburan orang Islam.

Berhiburlah hingga runtuh pentas sekalipun tetapi selagi ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat, pemuda Pas tak halang.

Sebaliknya kita harus tentang dan tentangan kita sebagai orang Islam ialah menyatakan kemarahan kita kepada kerajaan yang boleh meluluskan kemasukkan golongan seperti Elton John ke nagara ini.

Tentangan dan teguran kita ini menunjukkan kita universal. Ini kerana agama kita yang syumul merangkumi semua ummah bukan kepada umat Islam sahaja.

Jadi pandangan Dr Asri supaya pemuda Pas tidak bantah kerana itu hiburan untuk bukan Islam dan pemuda Pas kena larang orang Islam daripada menghadiri konsert itu pada asasnya boleh diterima tetapi Asri kena tahu Elton John dan kehidupannya?

Konsert itu pada asasnya boleh diterima untuk hak orang-orang bukan Islam menikmatinya tetapi budaya dan cara hidup Elton John sebenarnya tidak boleh diterima oleh kehidupan nilai murni sejagat.

Umat Islam adalah penyelamat dunia daripada manusia yang membuat kerosakan di muka bumi. Kahwin sejenis adalah manusia perosak muka bumi sejak nabi Lut lagi.

Nabi Lut diutuskan untuk menyelamatkan dunia daripada makhluk jenis perosak itu. Allah menjadikan lelaki dan wanita untuk berpasangan tetapi mereka melawan sunnah Allah. Maka Allah SWT utuskan Lut.

Dan perjuangan pemuda Pas Pahang adalah perjuangan Nabi Lut. Apa barang wahai Dr Asri.

Berita berikutnya:

Asri: Saya tak kata PAS Taliban, tapi ‘jangan tiru Taliban’

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan.

“Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri (gambar) sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu.

“Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka,” kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford.

Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.

“Ada pilihan yang lebih baik,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia.

Read More...

Dr Asri hentilah melebel Taliban

PENDAPAT Dr Asri bukan boleh kita setuju semua. Itu pendapat dia kita hormat. Bagaimana pun pendapat pemuda Pas Pahang pun kita kena hormat juga.

Tetapi satu perkara yang saya tak suka Dr Asri bila selalu membanding pendapat orang lain sebagai Taliban dengan maksud ganas kononnya.

Saya ingatkan Dr Asri jangan pandang serong dengan Taliban kerana mereka adalah penyelamat negara Afghanistan daripada Rusia dan kuncunya.

Dr Asri buat apa… hanya sekadar cakap! tetapi Taliban yang kamu nak tuduh ganas sebagaimana Amerika dan negara barat tu sudah banyak jasa pada Islam.

Kamu Asri jangan jadi macam puak syiah dok kutuk Muawiyah, sedangkan debu tapak kuda Muawiyah lebih mulia daripada kamu.

Kita pun kena faham keilmuan Islam orang Taliban kerana sesuai keadaan dan masa mereka.

Kalau kamu mahu mengubah mereka kononnya kepada Islam moderat, kamu dirikan pusat ilmu di sana.

Asri… hentilah kutuk pihak lain!

Berita berkaitan:

Elton John: PAS jangan tiru Taliban, kata Asri

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.

Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.

Krisis kecelaruan

Sementara itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pahang menuntut kerajaan negeri memberikan perhatian yang serius terhadap bantahan orang ramai tanpa mengira parti atau pertubuhan terhadap konsert Elton John yang dijadualkan pada 22 November ini di Genting Highlands.

Yang Dipertuanya, Rushdan Abdul Halim berkata, ini kerana ia akan memberi kesan kepada sosio budaya masyarakat setempat terutama remaja Melayu Muslim.

“Seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ia akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Rushdan, gesaan itu dibuat kepada kerajaan negeri kerana konsert tersebut akan diadakan di Genting Highlands yang berada dalam negeri Pahang yang sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa wewenang untuk menghalanginya daripada berlaku.

Cara hidup songsang

“Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurut beliau, kebebasan beragama kepada yang bukan Islam dalam perlembagaan adalah berkaitan dengan upacara atau amalan agama bukan Islam tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenepikan semua nilai agama.

141010 pas student protest gay adam lambert concert 4 bannerBeliau berkata, Isma menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang sebanyak dua kali yang mana kali pertama diadakan oleh artis antarabangsa Adam Lambert pada tahun lalu.

“Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia,” katanya.

Read More...

Friday, October 28, 2011

Kenapa anda tidak boikot akhir piala Malaysia

SAYA teringat iklan di TV menyatakan sukan tidak bermakna jika tiada penonton. Sebaliknya SU FAM suruh penonton pulau perlawanan akhir antara Terengganu lawan Negeri Sembilan kalau tidak setuju harga tiket rm50.

FAM sudah cabar kita supaya pulau tetapi kenapa kita tidak boikot sahaja semoga perlawan akhir itu tidak jadi dan ditangguh sehingga harga tiket terpaksa turun.

Kuasa ditangan anda. Anda sebagai rakyat, pengguna dan penonton mempunyai kuasa kerana sudah tentu perlawanan akhir itu terpaksa ditangguhkan kerana tiada penonton.

Apakah FAM akan meneruskan perlawanan akhir itu sekiranya penonton memboikot. Sudah tentu perlawanan itu tidak akan dilangsungkan kerana sukan tidak bermakna sekiranya tiada penonton.

Apa faedah main bola kalau tidak ada orang tengok. Malah FAM akan menanggung kerugian besar kerana pengajaran penonton terhadap kesombongan FAM.

Perlawanan tanpa penonton sudah banyak berlaku kerana hukuman dan ia berlangsung tanpa ceria dan sepi.

Persoalannya apakah anda guna kuasa itu? Atau anda tidak sedar kuasa itu? Atau anda tidak sabar menyaksikan perlawanan akhir itu.

Kerana itulah antara sebab BN masih terus berkuasa.

Read More...

Thursday, October 27, 2011

Fitnah lucah blog Umno makin menjadi-jadi

DUNIA blog Malaysia belum habis dengan cerita tidak bertamadun. Selepas berpenat mencari bahan seks lucah untuk memusnahkan karier politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim blog pro Umno kali ini menjadikan bahan yang sama untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Namun hal ini lebih malang apabila anak Setiausaha Agung DAP itu yang tidak ada kena mengena dengan politiknya turut menjadi mangsa fitnah politik.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak menasihatkan pemimpin Melayu supaya jangan sampai kuasa politik mereka ditolak oleh orang Melayu sendiri atas kesilapan berlandaskan ketamakkan kuasa.

“Orang Melayu harus diyakini bahawa politik lucah dan porno bukanlah falsafah perjuangan pemimpin Melayu di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang, 25 Oktober lalu.

Beliau berkata, orang Melayu juga sudah muak dan letih dengan permainan politik begini.

“Sebagai sebuah NGO Melayu bertapak di Pulau Pinang dan berkecuali, kami dukacita dan rasa terhina sekiranya benar isu tersebut dimainkan oleh pemimpin politik Melayu.

“Bagaimana soal ekonomi Melayu dapat dipertingkatkan jika sesama pemimpin Melayu gemar bermain politik?

“Jika benar pemimpin Melayu jadi dalang terhadap fitnah terhadap pemimpin Cina, (ini) bakal menjadi liabiliti politik yang (hanya akan) merugikan orang Melayu,” katanya mengulas dakwaan penulis blog pro-Umno terhadap anak remaja Guan Eng.

Blog Dr Mim (novandri.blogspot.com) menuduh pelajar sekolah berusia 16 tahun itu mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Heng Ee.

Blog binatang

Blog pro-kerajaan, Rakyat Malaysia (hambali1.blogspot.com) namun seorang yang relevan meminta blog pro-Umno berkredibiliti, bukan bersifat `binatang’.

Beliau bertanya benarkah blogger pro-Umno sengaja mahu ‘membunuh karakter’ Lim Guan Eng apabila membawa cerita anak lelakinya ‘meraba tetek’ seseorang pelajar?

Lapornya, pemblog pro-Umno, seperti Papa Gomo (papagomo.com) dan blog ketua Umno Bukit Gelugor, Dr Novandri Hasan Basri (Dr Mim) didakwa memfitnah anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Sedangkan 'bukti' diketengahkan tidak sedemikian.

Apa buktinya?

Bukti 1: Semalam Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.

“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Malah kata Goh, gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Bukti 2 : Semalam DAP seperti dilaporkan Malaysiakini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Jadi?

Kenalah cari bukti agar blog Pro-Umno yang setengahnya 'makan upah' tidak seperti ‘binatang’, serta punya kredibiliti.

“Kalau blog berkenaan tidak dapat buktikan, 'mampuslah' kita!” kata Rakyat Malaysia.

Fitnah wanita

Fitnah menggunakan wanita bukan baru dan berlaku zaman para Nabi lagi. Ia menjadi senjata ampuh untuk menjatuhkan musuh dan pemimpin sebagaimana yang berlaku keatas Nabi Yusof as.

Dari Abu Said al-Khudri ra dari Nabi saw bersabda: “Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita.” (Hadis riwayat Muslim) (At-Taghaabun 14-15).

Minda Sejagat.Net (mindasejagat.net) berkata dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam al-Quran dan Hadis.

Bahkan surah Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai turutan pertama banyak dicintai manusia dan pada ketika yang sama menjadi fitnah paling berbahaya untuk manusia.

Rasulullah saw bersabda; “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita.” (Bukhari dan Muslim).

Ada banyak cerita masa lalu baik yang terjadi di masa Bani Israil mahupun di zaman Rasululullah saw berkait wanita yang dijadikan objek fitnah.

Kisah seorang rahib yang membakar jari tangannya untuk mengingatkan diri dari azab neraka ketika berhadapan dengan wanita.

Kisah penjual minyak wangi yang mengotori dirinya dengan kekotoran agar wanita yang menggodanya lari.

Nabi Yusof difitnah

Cerita nabi Yusuf as yang diabadikan al-Quran. Itu kisah mereka yang selamat dari fitnah wanita.

Sedangkan kisah mereka menjadi korban fitnah wanita hasil daripada perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab lebih banyak lagi.

Ini adalah persitiwa lalu hasil daripada perbuatan manusia tidak bertamdun. Allah SWT mewahyukan kisah lama supaya menjadi peringatan kepada ummah sekarang dan akan datang supaya peristiwa kotor itu tidak berulang.

Namun manusia lalai daripada peringatan Allah kerana tidak membaca al-Quran dan mereka membacanya tidak memahami apa yang Allah SWT sampaikan.

Ederan Salindah (edaransalindah.com) mengingatkan ummah dengan maksud ayat daripada surah al-Hujurat; “…dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain…”

Dan maksud ayat 11, surah al-Qalam; “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).”

Sekiranya dapat disabitkan pihak melakukan kesalahan fitnah, ia boleh dikenakan hukuman qazaf atau takzir mengikut jenis kesalahannya.

Katanya Allah SWT memberi peringatan dalam surah al-Hujurat, ayat 6; “Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Himpun gagal Pas disalahkan

Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober lalu diadakan di Stadium Shah Alam menunjukkan kegagalan pihak penganjur apabila tidak sampai 10 peratus hadir daripada jangkaan 100 ribu orang.

Ameno World (amenoworld.blogspot.com) pula mempertikai laporan media yang menyalahkan Pas apabila himpun itu gagal.

“PAS buat apa pun salah. Pergi salah. Tak pergi pun salah. Sokong salah. Tak sokong pun salah. Awang Selamat tak boleh macam neh. Dia tak boleh salahkan PAS dalam semua hal. Dia tak boleh menuduh PAS sebagai punca kegagalan Himpun.

Katanya, PAS tiada kaitan dengan Himpun dan tidak melarang ahlinya menyertai Himpun tetapi PAS tegaskan ahlinya tidak akan menyertai himpuan atas label politik.

“Tapi ahli pas masih boleh menyertai himpun atas kapasiti orang Islam. Ko nak pergi, ko pergi. Ko tak nak pergi ko punya pasal. Larang? Tak pernah. Jadi, kat sini tang mana pas bersalah pula,” soalnya.

Sebaliknya kata beliau kenapa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin tidak hadir di program itu sedang beliau membuat lawatan ke Selangor

“Kenapa dia tak hadir himpun? Kenapa tak persoalkan ketua sendiri tapi sibuk pasal orang lain?

“Mana pergi menteri agama Malaysia yang nama Jamil Khir? Mana ustazah cantik yang nama Mashitah? Setiap satu negeri ada mufti, mana pergi semua mufti negeri? Dan mana pergi 3 juta ahli Umno?

Ikatan Muslimin Malaysia (ismaweb.net) pula mendakwa himpun berjaya menzahirkan sikap sebenar sesetengah pihak terhadap isu survival Islam di negara ini.

Penegasan Artikel 11 (4) berhubung ‘kebenaran untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama (lain) di kalangan orang Islam’, ia seolah-olah telah dikesampingkan.

Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui iltizam kesemua pembentang untuk tidak menzahirkan atau mempromosikan agenda parti atau badan masing-masing.

Seruan kesatuan umat dalam mendaulatkan Islam bertali arus di celah laungan takbir dari mulut semua pembentang.

Ramai yang terharu dengan munajat Datuk Dr. Hassan Ali, yang sanggup hadir bagi menzahirkan keperihatinannya sebagai hamba Allah dan ‘meninggalkan’ jawatan Exco Selangor dan pimpinan Pas Pusat.

Keadaan ini telah memberi isyarat penting kepada ahli politik, di sana telah ada aliran ketiga yang akan memimpin cara fikir dan tindakan umat ini.

Arus ini akan berkembang dan bakal menjadi pengimbang bagi mengatasi keserabutan perebutan kuasa politik yang telah membarah.

Read More...

Sombongnya SU FAM

APAKAH kerana awal bulan FAM mahu kaut duit penonton? Kenapa tidak harus bertolak ansur untuk memajukan sukan negara? Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Kalau RM30 tetapi stadium melimpah FAM untung juga daripada RM50 penonton hanya separuh. Tak nak niaga macam 1Malaysia ka... 1Malaysia dia belajar dari Mydin. Orang sedang berusaha menurunkan harga tapi FAM menaikkan harga.

Read More...

Tuesday, October 25, 2011

Gambar terbaik tahun ini

KITA bagi tahu kat Prof Dr Redzuan Tee Abdullah inilah hasil pemerintahan Pas lebih 20 tahun di Kelantan.

Tapi apa yang Umno hasilkan setelah lebih 50 tahun perintah Malaysia. Yang jelasnya rakyat, pemimpin dan sultan semakin menterialistik, takut pada Islam terutama hudud dan pelbagai lagi yang tak baik.

PAS sekurangnya berjaya menyedarkan orang bukan Islam tentang Islam. Ini fakta... wahai Redzuan Tee yang beliau tidak sempat kaji kerana kebencian dengan pihak tertentu terutama kepada DAP.

MCA dan Gerakan yang bersama Umno lebih 60 tahun tidak pula menjadi isu kepada Redzuan.

KOmen tentang gambar;

Kalau anak aku berusia 4 tahun lihat dia akan kata; "Hebat kan!". Yah!.. hebat seorang yang bergelar sultan dan kita tidak pernah tengok seorang sultan duduk di kerusi set kayu paten lama.

Kita sangat berharap Sultan Kelantan membuat perubahan daripada manusia menyembah manusia, manusia takut manusia kepada menyembah dan hanya takut kepada Allah Taala.

Tetapi bukan soal duduk kerusi kayu sangat tapi reformasi perhambaan manusia yang boleh membawa syirik kepada Allah.

Muhammad saw diutuskan untuk menghapuskan penyembahan manusia kepada manusia, takut kepada manusia lebih daripada takut Allah SWT.

Bagaimana pemimpin sekarang menjadikan menterialistik untuk menundukkan manusia supaya mengikutinya walaupun haram.

Ini boleh menyebabkan syirik dan ingat dosa syirik tidak diampun Allah SWT.

Ada pemimpin menyekat rezeki orang malah ada yang kata aku boleh sekat periuk nasi kamu dan aku boleh meneruskan periuk kamu berasap sama macam Firaun kata aku boleh menghidupkan si anu dan aku boleh mematikan si anu.

Firaun kata dia pun ada kuasa tuhan cuma orang sekat rezeki tu tak lagi kata aku pun ada kuasa tuhan tapi perbuatan dia sudah ambil kuasa tuhan.

Read More...

Najib diminta turun jengok Komuter KTMB

Saya memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sudi turun padang menjengok dan menilai kesulitan serta kesusahan pengguna Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KL Sentral terutama laluan Batu Caves – Pelabuhan Klang.

Ini kerana perkhidmatan Komuter semakin teruk, setiap hari rosak, tiada penghawa dingin, bersesak-sesak waktu puncak pukul 6.30 hingga 9.00 pagi dan (4.00 pm - 7.00 pm) malah Komuter tidak cukup dan tidak menepati waktu. Sering tertangguh 30 minit hingga satu jam.

Kita tahu Najib sanggup turun padang sebaik menerima aduan rakyat dan melihat kesusahan serta kesengsaraan rakyat mengguna perkhidmatan awam.

Kita akui perkhidmtan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorail memberi perkhidmatan yang cekap kepada pengguna maka ia bukan satu keperluan penting untuk Perdana Menteri turun mengejut melihat sendiri perkhidmatan itu.

Dan apa yang penting bagi Najib sekarang ialah `turun padang’ secara mengejut melihat sendiri servis Komuter terutama waktu puncak.

Pengguna letih dengan sikap pengurusan KTMB yang tidak komited dan tidak prihatin dengan setiap aduan.

Tiada tindakan diambil untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pelabuhan Klang - Batu Caves yang banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan dan sistem air-con tidak berfungsi.

Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 6.30 am, 7.00 am dibatalkan di Stesen Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak-sesak dan berpeluh untuk ke pejabat pada waktu puncak sebelah pagi.

Kedua, sudah berminggu ketibaan Komuter jam 4.30 pm, 5.00 pm, 5.30 pm dan 6.15 pm dibatalkan di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah. Akhirnya mereka terpaksa bersesak dan berpeluh kerana kekurangan trans.

Alasan mudah yang diberi pihak pengurusan KTMB ialah kekurangan Komuter disebabkan sering berlaku kerosakkan trans dan tiada alat ganti.

Bagi kami sebagai pengguna alasan ini tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus pengangkutan awam yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyat.

KTMB patut mengambil kira slogan kerajaan ‘rakyat didahulukan…’

Mat Jebat
Kuala Lumpur.

Read More...

Monday, October 24, 2011

Himpun: Saya mohon pandangan berbeza

PADA 22 Oktober, umat Islam hadir ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes murtad dilaporkan di Malaysia.

Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini.

Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam Himpun ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa Himpun? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam?

Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai, mencela penganutnya yang menganut Islam?

Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan hadir ke Himpun hanyalah mereka yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak yang masih hanyut, jauh di belakang.

Target mad'u terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini.

Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati orang Islam. Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad?

Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilaii Islami dihentikan? Berapa konsert hiburan yang berjaya dibatalkan?

Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah al-Quran saban tahun?

Dan, benarkah kita percaya, dengan Himpun, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea Himpun, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan Himpun, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia.

Pandangan saya, Himpun hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

Nukilan Mohamad Izzat Ghazali, UIAM.

Read More...

Sunday, October 23, 2011

Selepas cincin berlian 24 juta, beg tangan pulak...

MEMANG betul Rosmah Mansor isteri Najib ada gaya Imelda Marcos isteri kepada bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos. Imelda tumbang kerana kemewahan.

Wanita yang baru tumbang dengan kemewahan iaitu, wanita cantik kelahiran Tunisia bernama Leila Trabelsi. Isteri kepada Zine el-Abidine Ben Ali, Presiden Tunisia. Dia ni Imelda Marcos dunia Arab.

Imelda telah jadi lambang kemewahan isteri pemimpin yang tumbang. Maka tidak hairan beliau sebagai ion kepada mana-mana yang mahu kut contoh kemewahan.

Berita berkaitan:

Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap

DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.

Dalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.

"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.

"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.

Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu.

Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam.

najib razak and rosmah mansor 1"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh ‘netizens’, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"

Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.

Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).

Read More...

Wednesday, October 19, 2011

Himpunan lebih kurang agenda penjajah

PERJUANGAN menyelamat akidah umat Islam bukan baru dan ini telah diperjuangkan oleh Pas lebih 60 tahun.

Pas menyelamatkan akidah umat Islam daripada perbuatan dan percakapan yang boleh membawa kepada murtad iaitu dengan berkata politik suku agama suku, politik tidak bercampur dengan agama.

Malah setengah pemimpin negara mempersenda hukum hudud. Jatuh penghinaan terhadap Islam agama yang dianutinya. Silap haribulan merosakkan akidah, murtad atau riddah.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang membawa masalah ini dalam buku mukaddimah akidah muslim. Sebaliknya teguran beliau itu di spin kononnya Abdul Hadi kata orang Umno kafir.

Setengahnya pula mengamalkan budaya politik suku agama suku. Amalan yang memperlekehkan ilmu tuhan seolah Allah tidak tahu apa itu politik.

Sedangkan bila kita sembahyang kita baca sesungguhnya sembahyangku, hidupku, matiku kerana Allah Taala.

Kita kena faham penjajah gagal menukar agama orang Islam kepada Kristian kerana kepercayaan kuat orang Islam terhadap Islam.

Tetapi orang Islam tidak sedar bahawa penjajah berjaya menyucuk jarum halus dalam kehidupan orang Islam iaitu tidak mencampuri urusan dunia dalam kehidupan mereka.

Islam disempit hanya membincangkan soal ibadah. Tidak langsung membincangkan soal politik, soal kehidupan, soal berniaga, soal siapa yang memerintah dan lain-lain.

Sedangkan Nabi Muhammad saw diutuskan memerintah negara. Muhammad saw mengambil tahu hal yang berlaku atas dunia. Hal yang berkaitan kehidupan, hal makan, minum, bekerja, berniaga, kahwin dan lain-lain.

Kita bimbang kerja penjajah ini diteruskan oleh setengah pemimpin dan orang Umno. Mereka bukan mahu menukarkan agama orang Islam tetapi menjalankan kegiatan seperti penjajah apabila gagal menarik orang Pas supaya tukar kepada Umno.

Apa yang mereka perjuangkan hanya bimbang orang Islam tukar kepada Kristian sedangkan ramai umat Islam rosak akidah dalam soal lain kerana tidak mengambil berat hal Islam dan umat Islam mereka tidak hirau.

Kita masih ingat dalam era 80an, bagaimana Pas keseorangan memperjuangkan prebet bill rang undang-undang jenayah Islam. Tiada sokongan gerakan Islam lain dan NGO. Pas keseorangan.

Sebelum itu, Pas bawa kepada perdana menteri mnasa itu Dr Mahathir untuk melaksanakan enekmen jenayah Islam tetapi ditolak oleh Mahathir malah mengunggut Kelantan jika teruskan hasrat laksanakan enekmen itu. Sekali lagi Pas tidak mendapat sokongan mereka.

Kenapa? Apakah Pas tiada duit untuk tabur kepada mereka. Apakah jujur dan ikhlas perjuangan mereka. Kena tabor duit baru boleh bergerak.

Dan sekarang mereka rasa mereka senang maka mereka boleh bergerak atas konon perjuangan akidah.

Read More...

Pas boleh baca Himpunan Sejuta Umat

ANDA sebagai orang awam umat Islam boleh pergi ke Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam kerana anda tidak perlu usul motif atau agenda disebalik perhimpunan tersebut.

Pas mengambil keputusan tidak terlibat himpunan itu mungkin memahami disebalik program itu. Pas sudah 60 tahun berpolitik dan ia semakin matang. Maka itu hak Pas.

Bagaimanapun setakat ini kita tidak dengar pula Umno sertai perhimpunan itu. Begitu juga dengan parti politik lain sama ada PKR atau lainnya.

Memang pada wajah Cikgu Azmi Hamid terbayang keikhlasan tetapi beliau bukan orang politik yang penuh dengan agenda terselindung.

Cikgu Azmi orang ikhlas dan beliau orang NGO. Beliau memahami kedudukan orang Islam dimurtad. Perasaan siapa tidak tersentuh. Malah inilah yang diperjuangkan Pas selama ini pun. Umno pula lena diulik kemewahan.

Jiwa beliau sensitive maka beliau tampil dengan keikhlasan untuk menyelamatkan akidah umat Islam. Itu hak Cikgu Azmi. Hak dan perjuangannya hanya Allah Taala yang mampu membalas.

Cuma apa yang saya mahu beritahu ialah program tersebut ada kesinambungan politik pihak tertentu setelah usaha pertama gagal.

Ada pihak tertentu. Hingga yang cerdik pelajaran habis darjah pun boleh diulik.
Sebab itu kata orang, pengalaman pun penting bukan sahaja ilmu. Ada pengalaman tetapi tidak ada ilmu pun tidak jadi juga.

Pengalaman itu mematangkan kita menilai sama ada orang telah menggunakan kita atu tidak. Sama ada kita berbaik dengan pihak musuh, kita yang bawa musuh atau musuh bawa kita.

Saya orang perjuangan dan merasai serba sedikit tentang politik walaupun saya tidak minat politik. Tetapi saya perlu memahami politik supaya perjuangan Islam terus relevan serta memahami semasa.

Jika tidak, kita jadi macam cikgu Azmi dan pandangan beliau yang sentiasa lurus. Maka dengan mudah dipermainkan oleh agenda politik pihak tertentu.

Read More...

Monday, October 17, 2011

Umno guna polis dan SPR untuk jual negara

KAJANG, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak Polis jangan terlibat dengan konspirasi melindungi penyelewengan pemberian Kad Pengenalan Biru kepada warga asing hanya semata-mata menurut arahan Umno-BN.

Desakan itu berhubung alasan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, 240 warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort bertujuan mengikuti kursus keusahawanan.

Saidah Hairan menghubungi Balai Polis Sepang untuk mendapatkan respon daripada Superintendan Imran, bagaimanapun beliau bercuti kerana isterinya menjalani pembedahan.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, tidak munasabah alasan itu kerana warga asing yang datang ke Malaysia tidak dibenarkan berniaga.

Beliau memaklumkan pada peringkat awal pemandu bas diarahkan menurunkan warga asing di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat akhir mereka menerima arahan ke Astana Dugang Country Resort.

"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir dari jabatan kerajaan ke resort di Kajang," katanya.

Beliau mempertikaikan warga asing diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dengan menaiki bas persiaran serta resort.

Katanya perjanjian dengan pemandu bas perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober, warga asing tersebut tiba di Putrajaya jam 6 pagi hari yang sama.

Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan tegas beliau, Pemuda PAS ingin tahu kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya dijalankan selama lima jam sahaja.

"Kenapa tidak dijalankan kursus keusahawaan di Johor Baharu," soalnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi menanangi masalah itu, Pemuda PAS Pusat menubuhkan `Skuad Khas' di seluruh negara untuk membuat pemantuan dan tindakan agresif.

"Kita yakin perkara ini sudah lama dijalankan dan sejak akhir-akhir ini ramai yang terlibat memberi maklumat kepada kita," katanya.

Sementera itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yang mengetahui awal maklumat tersebut berkata, sumber dalaman yang membawa warga asing itu mendedahkan mereka dari Indonesia dan Kampucha akan diberi Kad Pengenalan (Mykad).

Katanya, enam buah bas persiaran datang dari RnR Kulai (Johor) pada jam 12 tengahmalam dan berkumpul di RnR Pagoh seterusnya berhenti solat subuh di masjid Putrajaya.

Beliau dimaklumkan ketika bas berhenti di masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menemui ketua rombongan bas dan mengarahkan mereka ke resort di kawasan berhampiran setelah menyedari operasi jahat mereka dikesan.

Mazlan berkata, sumber tersebut memberitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar perbualan mereka yang mendakwa akan mendapat Mykad.

"Sumber itu memberitahu saya kerena mereka tidak mahu bersuhabat dalam operasi jahat ini, kebetulan pula polis yang berada di kawasan resort mengarahkan pemandu bas pulang dan jangan terlibat dengan kes ini," katanya.

Sehubungan itu, lebih 200 warga asing dari Indonesia dan Kampucha ditempatkan di Astana Dugang Country Resort, bermula sekitar jam 11 pagi, rabu 12 oktober.

"Saya difahamkan ini trip ke10 untuk operasi ini, modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tegasnya.

Sekitar jam 1.30 petang, sebuah kereta Mazda hitam PAT 2470 dari kawasan resort terpaksa berpatah balik dan melalui jalan belakang resort kerana dihalang Pemuda PAS untuk keluar ke jalan utama.

Wakil Harakah yang berada di situ mendapati kereta tersebut penuh dan dipandu laju sehingga jentera PAS yang mengejar menggunakan motor tidak dapat mengesan kereta tersebut.

Sementera itu, exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa yang mengekori bas dari Putrajaya berjaya masuk ke kawasan resort dan mendapati warga asing dari Indonesia dan Kampucha berada dalam resort.

"Saya tanya tujuan mereka datang ke resort, mereka menjawab untuk kursus," katanya ketika ditemui di hadapan resort.

Bagaimanapun beliau terpaksa keluar kerana kehadirannya tidak disenangi oleh `ketua' rombongan.

Setelah beliau keluar pagar resort itu dikunci manakala talian telefon bimbit yang tertera di pagar ketika dihubungi oleh jentera PAS, mereka menjawab, "salah nombor'.

Persoalannya, jika warga asing tersebut mengikuti kursus kenapa kereta Mazda PAT 2470 berpatah balik begitu juga dengan pagar resort di kunci setelah exco Pemuda PAS keluar dari kawasan itu?

Lebih musykil kenapa nombor telefon yang tertera di pagar resort 013-6410309 dan 013-4693966 ketika dihubungi menjawab, `salah nombor'?

caption gambar:
1. Mazda hitam PAT 2470 berpatah balik setelah melihat Pemuda PAS menghalang perjalanan mereka.
2. Angsana resort
3.Mazlan Aliman dan Adrham Musa yang berada di hadapan resort
4.nombor telefon yang tertera pada kain rentang di pagar resort

Read More...

Pemuda Umno ajar mat rempit jadi jahat

TERBONGKAR akhirnya... Anuar Manap, Ketua Pemuda UMNO Sekijang merangkap Pengerusi Majlis Belia Felda memang terlibat dalam menggunakan Mat Rempit untuk membuat kacau semasa ceramah Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mohd Sabu di Tahang Rimau, Segamat (10 Oktober 2011).

Dari maklumat diperolehi oleh kumpulan facebook Kami Boikot Buletin Utama bahawa pada malam tersebut KP Umno Sekijang ini telah membayar sebanyak RM500 kpd sebuah stesen minyak (lokasi biarlah rahsia) untuk harga minyak petrol yang di naiki oleh Mat2 Rempit tersebut sebanyak 50 buah semuanya..

Berikut adalah komen rakan facebook:

Pak Belang Putih sukakan ini.

Melayang Layang Karat Pas apa nak jd depa nh..
31 minit yang lalu · Suka

Pak Belang Putih ini ke org yg nak jadi pemipin ramja?
30 minit yang lalu · Suka

Melayang Layang Karat Pas xlayak langsung. Nk ja aku putaq kpala dia nu

Read More...

Thursday, October 13, 2011

Lagi sindikit Umno jual negara kepada asing

SUHAIZAN Kayat melaporkan melalui pendedahan rakan facebook beliau, katanya; “Assalam… buat pengetahuan saudara, saya telah mendapat pengakuan dari seorang peniaga yang memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM7,500.00 seorang untuk membolehkan pekerjanya iaitu warga indon untuk mendapatkan Maykad atau orang lama panggil IC.

“Pekerja beliau yang telah mendapat IC seramai lima orang pada hari Rabu (28 Sept 2011) bertempat di Janda baik iaitu kem BTN.

“Pada hari itu, sebanyak 11 buah bas membawa seramai 500 orang warga asing termasuk pekerjanya telah diberi kad pengenalan.

“Terkedu saya mendengar pengakuan beliau.. cuma apa yang sempat saya katakan kepada beliau ialah dia telah khianat kepada agama dan Negara.”

Suhaizan mungkin perlu siasat kebenaran laporan ini.

Kita cukup sedih Umno bersungguh-sungguh mahu jual negara kepada warga asing.
Kita sebagai warga amat kecewa perbuatan Umno yang membelakangkan suara rakyat warga negara semata-mata kerana Umno tamak kuasa.

Pihak asing, mereka sekadar cari rezeki di sini. Apakah patut mereka diberi hak menentukan kuasa mengurus negara.

Kita yang hidup dan mati di sini kenapa perlu berkongsi dengan pihak asing untuk menentukan pihak yang beramanah menerajui negara.

Ekonomi, takbir negara, pembangunan, sosial dan lain-lain itu hak kita. Kita yang tentukan. Bukan kita harus tentukan bersama pihak asing.

Apa komen mereka:

• Mashuri Ghani kepiye keputusane seng wingi 7 bas kae
3 jam yang lalu • Suka

• Suhaizan Kayat Wes lugo seng sialan kui.
3 jam yang lalu • Suka

• Wak Kadi Parit Kadi ayooyoo, untung lah mat2 endon dpt kerayatan m'sia, hari raya tetap balik endon bawa duit banyak2 boleh raya sakan kat indon, malaysia aliran ringgit mengalir keluar, kesannya ekonomi dlm negara merundum.
3 jam yang lalu • Suka

• Shu Kur Sr. smg Allah melaknat mereka yg terlibat.............
3 jam yang lalu • Suka • Seorang

• Suhaizan Kayat Bila Wak tulis mcm tu. Naik darah aku.
3 jam yang lalu • Suka

• Suhaizan Kayat Hari ini Adram Musa, Timbalan saya akan buat kenyataan media di parlimen.
3 jam yang lalu • Suka

• Shafizal Sakhuan suhaizan, harap dapat tuan bongkar habis habisan perkara ini. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, pastikan dalang sebenar diseret ke pengadilan. Murahnya nilai kewarganegaraan negara kita ini.
3 jam yang lalu • Suka

• Mashuri Ghani bkn rkyt indon je,bnglg,nepl,mynma sume boleh ngnd,kita tgk pakistn d sabah,jal kang suhaizan telipon wong iki,manggon nang mbanting,wong indon ada mykad,bkn glgn prfnal,stakat kje kntrk je,0122434288 amid.
3 jam yang lalu • Suka

• Ustaz Nazirul Al-Juhury Orang melayu Singapura nak mohon jadi rakyat malaysia bertahun-tahun kena tunggu , ini indon , bangla senang je dah tu tipu rakyat secara logik apabila orang asing tambah jenayah mesti tambah ni ckp dengan rakyat jenayah turun lah Malaysia aman peliklah mereka ni..
3 jam yang lalu • Suka

• Wak Kadi Parit Kadi ustaz, umno nak menang dgn cara kotor, tu sebab perangai pemimpin mereka semuanya kotor2.
2 jam yang lalu • Suka

• Ustaz Nazirul Al-Juhury Tu lah , takpe lihatlah rakyat sekarang bukan bodoh
2 jam yang lalu • Suka

• Md Fadzilah Yunus sekarang kita bermati2an menyemak senarai pemilih yg mendapat IC dgn segera sedangkan mereka ini warga asing, kenapa SPRM tidak bertindak terhadap Imigresen, kenapa seorg bekas pekerja Imigeresen mati dikatakan terjun kondo/jatuh kondo ... Kenapa kerajaan BN sanggup khianat terhadap negara semata2 nak menang PRU... yg dituduh penghianat Mat Sabu, pembangkang (PR) tapi siapa sebenarnya yg memegang jawatan di pejabat2 kerajaan sekarang ... berilah keadilan kepada semua ...
2 jam yang lalu • Suka

• Mahayuddin Ahmad ana harap pd pr13ni akan tamat lah riwayat umno dn kuncu2nya,kita heret mrka2ini ke muka pengadilan.
2 jam yang lalu • Suka

• Hisham Al-Bakry Aku bdoa siang mlm agar umgok cepat pupus krn benci aku kini smakin mluap2 dan mbara pd umgok
2 jam yang lalu • Suka

• Muzafis Mahmud berhrp pd Allah bila time election semoga Allah x gerakkan pengundi2 import UMNO/BN utk dtg mengundi...kami berharap pertolongan mu shj ya Allah setelah ape yg mampu kami usahakan utk mencegah perkara kianat ini...AMINNNN !!!!!!
lebih kurang sejam yang lalu • Suka

• Fazarudin Sujairi Permainan politik kotor akan terus dimainkan, jika BERSIH sudah lama UMNO Be End berkubur
lebih kurang sejam yang lalu • Suka

• Hisham Al-Bakry Kita kerah mana2 yg rupa mcm endon,nepal,bangla kt tgk ic mrk.tgk ic lau baru dan mcurigakan
lebih kurang sejam yang lalu • Suka

• Ustaz Nazirul Al-Juhury Dekat Setia Tropika terang-terang saya nampak rileks je Mat Indon pakai Passport Indon , tengok dia pegang Mykad muka dia slumber jer macam tak bersalah
lebih kurang sejam yang lalu • Suka

• Hisham Al-Bakry Bkn dia yg bsalah alsyeikh aljohori tp pmimpin dan baruah umgok
lebih kurang sejam yang lalu • Suka • Seorang

• Ustaz Nazirul Al-Juhury Betul gadaikan negara kita atas periuk nasi , periuk kera , serta kera dan kuncu-kuncu sendiri
lebih kurang sejam yang lalu • Suka

• Hisham Al-Bakry Mcm kera dpt balacan
lebih kurang sejam yang lalu • Suka • Seorang

• Md Shah Kosim Simpan pengakuannya, kalau dlm bentuk vidoe mmg bagus. xperlu tnjk muka sbnr dia ;a. gunakn sbg ahan penerangan pd semua masyarakat
40 minit yang lalu • Suka

• Amri Mamat Sedarlah semua siapa pengkhianat sebenar...demi kuasa..( 3..ta..)

Read More...

Kisah penuh Umno jual negara

SEMALAM blog ini mendapat maklumat berhubungan sindikit beri Maykad atau IC kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Kalau sebelum ini Umno bukan main lagi mencanang Anwar agen asing dan kononnya Pakatan mahu jual negara kepada pihak asing.

Tetapi mereka tidak bagi buktikan. Kalau setekat berkawan dengan pemimpin luar negara di dedah nak jual negara kepada pihak asing.

Bila Pakatan timbul isu Apco dan sekarang makin nyata jelas guna pendatang asing bagi maykad dan jadikan mereka pengundi untuk undi Umno. Apa kerja ni? Bukankah ini tidak jual negara?

Inilah perbuatan mahu jual negara. Menyerahkan mandate yang sepatutnya hak warga negara tetapi orang asing yang tidak ada kena mengena urusan negara tiba-tiba diberi hak mengundi secara mudah.

Apa perasaan anda sebagai pengundi dan warge negara?

Berikutan itu Malaysakini turut melaporkan berita tersebut:

Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung

Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.

Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.

Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.
Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang didakwanya tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Read More...

Wednesday, October 12, 2011

YB Pakatan makan gaji buta

MASANYA telah tiba untuk kita memastikan
siapa yang perlu kita sokong dalam piliharaya ini
kes kampong baru telah membogelkan
ramai ahli parlimen pakatan rakyat tidak hadir
bukan pula mereka minta maaf kerana tidak hadir
mereka memutar belitkan fakta kenapa tidak hadir

kita nak tahu KENAPA TAK HADIR?
kita nak tahu KENAPA HANYA 28 SAHAJA YANG HADIR?

selama ini kita tidak sedar bahawa ramai yb kita ponteng
selama ini kita anggap semua berjalan lancar
nasib baik ada kes kampong baru
tanah orang melayu ini tergadai
kita tak boleh buat apa apa
tetapi ada pengajaran dari trajedi ini
kita diberi maklumat saheh
bahawa hanya 28 orang sahaja yb pakatan yang hadir ketika mengundi
inilah hikmah trajedi kampung baru


untuk pemngetahuan pembaca
sila beri tahu orang kampong bahawa:

yb ini dibayar
mereka ada elaun tetap
mereka dapat pencen
mereka boleh klim duit perjalanan
mereka dapat AP untuk beli kereta
ketika parlimen bersidang mereka dapat lagi elaun

bagaimana mereka dapat kerja ini?

orang ramai yang menaikkan mereka
orang ramai yang mengundi mereka

mereka berkempen minta diundi
mereka membuat janji
mereka bermulut manis
tetapi lepas diundi mereka tak pergi buat kerja
lepas menjadi yb mereka ponteng bila parlimen bersidang
buktinya hanya 28 orang saja yang datang
ketika rang undang undang kampong baru diluluskan
yang lain mana pergi?
yang lain buat apa?

cuba fikirkan
kalau kita bekerja di pejabat
kalau hendak cuti kita minta pada majikan
kalau di sekolah
kita minta cuti dari guru besar
tetapi
nampaknya YB ini ikut suka hati mereka sahaja
datang tak datang mereka tak peduli
yang penting mereka dah jadi YB

pilihanraya akan sampai
kita jadikan kes kampong bari ini
sebagai batu tanda untuk siapa yang patut kita sokong
semua pembaca tukar tiub wajib meneliti
sama ada yb diwilayah mereka patut disokong atau ditendang
ini tugas suci kita sebagai warga yang bertanggung jawab

sila hantar senarai siapa yang patut kita sokong
dan siapa yang patut kita tendang
tak guna cakap berjuang untuk rakyat
tak guna berbuih buih mulut cakap hal islam
tak guna bertempek: lawan tetap lawan

tapi:

ketika mengundi di kampong baru tak hadir!

SEBAGAI KAJIAN SEJARAH:

NAMA NAMA YB YANG HADIR KETIKA MENGUNDI PADA 4HB OKTOBER 2011

PAS :

Mahfuz
Salahuddin
Firdaus
Hayati
Che Uda
Dr Mariah
Dr Hatta
Khalid samad
Siti Zailah
Wan Rahim
Muhd Husin
Dr Rosli
Nasir Zakaria

PKR :

Tian Chua
Zuraida
Yusmadi
Azmin Ali
Gwo Burne
Ahmad Kassim
Azan


DAP :

Kula
Lim Lip Eng
Charles Santiago
Sim Tong Him
Manogaran
Er Teck Hua
Fong Po Kuan
Fong Kui lun



p.s. Ooooi JINGGA 13, pi la kondem Hishamuddin Rais. Jangan makan gaji buta. Warghkahkahkah!

Read More...

Umno jual Negara: Umno tidak bosan daftar mengundi pendatang asing

SEKALI lagi PAS berjaya mengesan 200 warga asing yang dikenal pasti dari Indonesia dan Kampucha berada di Astana Dugang Resort.

"Saya berada di tempat kejadian jam 2 petang, sebuah kereta hitam PAT 2470 keluar dari resort dan terpaksa berpatah semula kerana Pemuda PAS mengepong jalan hadapan untuk keluar ke jalan utama," lapor Saidah Hairan.

Lebih musykil kenapa pagar resort di mangga selepas exco Pemuda PAS Pusat keluar dari resort berkenaan.

Begitu juga dengan talian talipon bimbit yang tertera di pagar resort, apabila dihubungi ada suara mengatakan; "salah nombor…'

Jika mereka tidak melakukan kesalahan, kenapa kereta hitam berpatah balik dan kakitangan resort mengatakan, “salah nombor...”

Mari kita fikir bersama...

Read More...

Janggut Karpal lebih panjang daripada Abdul Hadi

PAGI ni tertengok akhbar Harakah muka belakang. Ada dua gambar yang menarik perhatian saya. Pertama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang tampil janggut dipotong pendek.

Lebih panjang janggut Karpal Singh di gambar sebelah dengan berita Saman sivil Altantuya terus tertangguh.

Tuan Guru Abdul Hadi pula di program penyerahan resolusi Kerabat 8 Perkara kepada beliau oleh Pengerusi Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Walaupun Karpal berjanggut panjang daripada Abdul Hadi memperlihatkan ilmunya tetapi beliau tetap tentang hudud.

Itu yang peliknya dalam semua orang dok cakap hudud baik dan tidak ada hujah untuk mereka memperkatakan hudud tidak bagus tetapi ada yang masih tidak boleh terima kenyataan hudud itu baik.

Namun ada hujah mereka kononnya hudud tidak sesuai zaman moden. Apakah perangai dan kelakuan orang dahulu dengan moden berbeza?

Apakah ada perbezaan mencuri dahulu dengan mencuri moden darisegi sifat.Mungkin pendekatan mencuri berbeza tapi sifat mencuri itulah kerjanya.

Sebaiknya fikir biar matang daripada janggut ketika anda berfikir mengurut janggut.

Ada setengah pandangan melihat panjang janggut menunjukkan kehebatan dan ketinggian ilmu mereka. Masyarakat Cina juga tidak terlepas daripada sudut ini.

Mereka yang bergelar sifu mempunyai kelainan dan ukuran janggut menjadi kehebatan masing-masing.

A Samad Said antara tokoh menyimpan janggut yang sangat unik. Itu menunjukkan kehebatannya yang tidak ada pada tokoh sasterawan lain.

Dalam Islam jumhur ulama menyifatkan menyimpan janggut dikira sunnah kerana ia lakukan oleh Nabi SAW.

Malah setengah pendapat mewajibkan simpan janggut.

Kenapa perlu simpan janggut?

Ramai berpendapat ia memperlihatkan kematangan.

Memperlihatkan keilmuan. Janggut adalah pandangan kedua selepas anda tidak memakai jubah atau kopiah apabila disuruh menjadi imam.
… Bersambuang

Read More...

Tuesday, October 11, 2011

Hartanah Balok jatuh merundum

PASARAN hartanah di kawasan sekitar Gebeng terutama di Balok jatuh merundum berikutan pembinaan kilang Lynas di Gebeng.

Pembinaan loji nadir bumi di situ mendatangkan kekeliruan kepada penduduk tempatan serta pengguna yang mahu melabur di kawasan tersebut.

Hartanah di kawasan itu dilaporkan merundum berikutan laporan mengatakan Lynas tidak selamat dan orang ramai enggan membeli hartanah di situ.

Walaupun ada pihak mahu menyakinkan pengguna bahawa Lynas selamat tetapi ia masih mencurigakan.

Berita berikut:

Ribuan hadiri perhimpunan 109 – protes Lynas

Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceramah membuat ucapan.

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

Read More...

Nak buat baik kena tangkap - Bob Lokman

Cerita asal

BOB LOKMAN: KALAU KORANG NAK MATI MALAM NI.... DATANG SINI!!! Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut. Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!

Read More...

Pakar Ekonomi: Bajet banyak kelemahan

SHAH ALAM, 10 OKT: Terdapat berbagai kelemahan belanjawan kerajaan persekutuan terutama membabitkan pembayaran sekali (one-off payments) seperti RM3,000 kepada sesetengah pegawai, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Berhad Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.

Jelasnya, bayaran sekali bukan langkah penyelesaian yang bersifat kekal didalam menangani masalah ekonomi.

“Ia tidak diinstitusikan sebagai “safety-net mechanism” atau mekanisme jaringan keselamatan yang rakyat boleh bergantung harap,” katanya dalam rancangan “Terus Terang” di TV Selangor hari ini.

Di dalam belanjawannya kerajaan persekutuan antaranya memperuntukan bayaran khas RM3,000 kepada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang telah tamat kontrak.

Azrul berkata dari segi keseimbangan belanjawan, pembayaran sekali yang terlalu banyak akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekaligus melambatkan lagi proses mengurangkan defisit fiskal negara.

“Pemberian one-off kepada rakyat perlu mempunyai alasan dan rasional yang kukuh serta pada kadar atau jumlah yang munasabah,” katanya.

Sebagai contohnya, Azrul mempertikaikan jusifikasi memberi RM100 kepada semua 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5, kerana ia boleh berlaku ketirisan.

Antara ketirisan yang dilihat Azrul ialah, anak-anak bukan warga Malaysia juga akan mendapat bantuan ini dan yang mungkin dapat untung adalah syarikat-syarikat telekomunikasi.

Menurut Azrul peruntukan sebanyak RM530 juta itu sebaik-baiknya disalur ke tabungan biasiswa atau pinjaman pendidikan.

Rancangan “Terus Terang” akan disiarkan pada Jumaat 12pm di TV Selangor.

Read More...

Tak yah lah MTUC nak ugut kalu tak berani

MTUC akan mengambil pendirian dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang jika kerajaan tidak mengambil kira pandangan mereka.

Kata Presidennya, jika kerajaan tidak mahu mendengar suara piket, para pekerja akan mengambil pendirian semasa pilihan raya, dilihat merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang disebut akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Kalau takat datang pilihan raya ugut, datang pilihan raya ugut. Politik cara ni bila yang atas kena beli, habis senyap. Hak bawah tetap teraniaya. Tak diperjuangkan.

Dah masak dah politik cara ni MTUC oooiii! Ubah la. Pekerja mahu perjuangan yang ikhlas dan tegas supaya hak mereka diperjuangkan.

Pekerja buat perubahan kerana yang lalu tidak berjaya supaya hak mereka diperjuangkan sampai berjaya.

Kalau perubahan yang diharapkan juga tidak berjaya , akan datang mereka akan buat perubahan kembali.

Sampai bila pekerja dapat merasai perubahan. Sebaiknya kita jelas dan berani menyatakan hak dan perjuangan MTUC.

Berita berkaitan:

Akta Kerja: MTUC piket di seluruh negara

SUBANG JAYA, 11 Okt: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan piket serentak di seluruh negara pada 3 November ini membantah tindakan Putrajaya meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Keputusan mengadakan piket itu diputus sebulat suara oleh mesyuarat majlis am khas MTUC dihadiri lebih 100 kesatuan gabungan menghadiri mesyuarat petang semalam.
Keputusan itu susulan piket di kawasan Parlimen pada 3 Oktober lalu.

Kali terakhir MTUC mengadakan piket nasional adalah pada 2007 berkaitan dengan dasar gaji minimum.

“Kami memutuskan untuk mengadakan piket bagi melahirkan pendirian tidak puas hati kami dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang ini meskipun kami telah menghantar surat kepada Menteri Sumber Manusia (Datuk Dr S Subramaniam) agar ia ditangguhkan,” kata Presiden MTUC, Khalid Atan lapor The Malaysian Insider .

Surat itu dipanjangkan kepada Subramaniam ketika mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) kira-kira sejam sebelum piket 3 Oktober lalu.

Perkembangan semasa dijangka membawa kesan dari segi sokongan pekerja kepada parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13.

Sejurus selepas mesyuarat majlis am berakhir beberapa pemimpin kesatuan gabungan meluahkan perasaan kecewa mereka dengan berkata jika kerajaan tidak mahu mendengar suara piket, para pekerja akan mengambil pendirian semasa pilihan raya — dilihat merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Kami ingin menyampaikan mesej bahawa MTUC tidak gembira dengan keputusan Kementerian Sumber Manusia,” kata Khalid kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat am khas yang berlangsung lebih dua jam di sini petang semalam.
Selain piket, kata beliau, MTUC akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mendengar alasan-alasan mengapa MTUC membantah Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011.

“Surat ini akan dihantar dalam waktu terdekat,” kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor yang mengiringi Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider semalam.
Selain itu katanya, MTUC akan cuba mendapatkan sokongan ahli-ahli Dewan Negara, yang bakal membahaskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 dalam waktu terdekat ini, agar mendengar rintihan kongres.

“Jadi, kami akan meminta ahli-ahli Dewan Negara mendengar alasan kami, sebenarnya kami tidak membantah kesemua peruntukan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 tetapi beberapa peruntukan sahaja... jadi, kami berharap akan mendapat sokongan Dewan Negara dan berharap mereka akan menghantar balik kepada Dewan Rakyat,” katanya.

Halim berkata ada juga cadangan agar MTUC menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong jika Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011.

“Mereka mahu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong juga,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, piket awal bulan depan akan diadakan di setiap ibu negeri di seluruh negara antara pukul 5 hingga 6.30 petang secara serentak.

“Mekanisme dan strategi berpiket akan diuruskan kemudian... kami berharap usaha ini akan disertai oleh kesemua pekerja dan juga orang ramai... kerana ia membabitkan setiap pekerja negara ini,” kata Khalid dengan merujuk kepada MTUC yang mempunyai bahagian di setiap negeri.

Mesyuarat Jawatankuasa kerja MTUC Jumaat lalu yang kecewa dengan pendirian kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia yang enggan bertolak ansur, sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan Akta Kerja, membawa usul mengadakan piket di seluruh negara ke pertemuan petang semalam.

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 malam Khamis lalu setelah membahaskannya selama lima jam.

Perkembangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian pemimpin MTUC.
MTUC telah meminta Kementerian Sumber Manusia agar Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 ditarik balik dan ditangguhkan, serta diadakan perbincangan susulan di peringkat NLAC.

Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC.

Antara peruntukan yang dibantah MTUC ialah sistem kontraktor bagi tenaga kerja atas ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kedudukan kesatuan sekerja dalam jangka panjang.

MTUC mendakwa sistem itu membawa negara kepada persekitaran perburuhan sebelum negara merdeka.

Di samping itu MTUC mahu cuti bersalin pekerja dinaikkan daripada 60 kepada 90 hari dan peruntukan perlindungan gangguan seksual tetapi ia tidak dimasukkan ke dalam pindaan semasa.

Kementerian Sumber Manusia mendakwa pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010.

Subramaniam berkata, “kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang ‘outsourcing’ seperti yang dituduh mereka.”

Read More...

Bob Lokman ditahan Jais

PELAWAK, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini.

Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS.
Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahu Malaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada Jais pada jam 10 pagi nanti.

Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam.
Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Jais setakat ini belum berhasil.

Read More...

Monday, October 10, 2011

Bagus MP Pakatan, tak mahu naik elaun

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Cadangan mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli parlimen dibatalkan kerana mendapat tentangan daripada pembakang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini, Nazri berkata beliau telah menarik balik cadangan berkenaan.

Sebelum ini, portal melaporkan elaun ahli parlimen dijangka naik dua kali ganda.
Pada pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkata menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli parlimen semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik, kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan mereka.

Bagaimana pun menurut Mohd Najib cadangan itu dengan syarat, kedua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mesti seiya sekata bersetuju dan termasuk ahli parlimen Bebas.

The Malaysian Insider berkata ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.

Difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.

Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.

Wan Junaidi mengesahkan jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.

Bagaimanapun Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong tidak mahu mendedahkan butiran mengenai kadar baru yang disyorkan.

Saraan ahli Parlimen dikaji semula lima kali, 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005 sejak Akta Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal.

Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.

Read More...

Himpunan anti murtad 22 Oktober

SHAH ALAM 10 OKT : Gabungan pertubuhan Islam akan menganjurkan sebuah himpunan aman pada 22 Oktober ini bagi mengumpul dan menzahirkan suara umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam.

Upacara dinamakan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan diadakan di Stadium Shah Alam adalah untuk memberi satu mesej jelas bahawa akidah Islam adalah isu penting dan perlu diberikan perhatian, kata Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad.

"Sikap tegas, tidak kompromi berkaitan isu sensitif khususnya untuk memurtadkan umat Islam berterusan diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuklah kumpulan Kristian. Beberapa kes dirujuk termasuk insiden pemeriksaan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

“Panganjuran HIMPUN adalah inisiatif dari pelbagai pertubuhan dan individu Islam sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman pemurtadan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.

Sebagai rekod, pelbagai episod hitam melibatkan ancaman terhadap akidah umat Islam seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

HIMPUN akan bermula dari jam 2 hingga 5.30 petang hari itu.

Dr Yusri berkata kes DUMC membuktikan betapa pihak mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

"Kita melihat usaha Kristianisasi di kalangan orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa," jelasnya.

Tambah Yusri, HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini.

Sekretariat HIMPUN dipengerusikan secara bersama oleh Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri Mohamad mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan setiausahanya, Aminuddin Yahaya, mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Read More...

Bajet 2012: Tiada seluar dalam dan permata

BAJET kali ini memperlihatkan langsung tiada campur tangan Rosmah isteri Najib dalam urusan suaminya. Rosmah sudah jadi warak tak mahu campur urusan laki.

Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang pilihan raya umum akan dating, Najib juga tidak mengumumkan sebarang peruntukan untuk Permata yang diketuai isterinya.

“Akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU-13, peruntukan untuk Permata akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

“Namun, semua langkah ‘menelan’ ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan.

"Yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, rakyat patut menjadikan pengalaman lampau sebagai iktibar kerana pada setiap kali selesai pilihan raya umum, kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

“Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini.

"Terus gunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU-13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya lagi.

Berita berikutnya:

PAS jangka rakyat akan ditekan selepas PRU-13

PAS menjangka beberapa kaedah pencukaian baru akan dikenakan ke atas rakyat manakala subsidi yang dinikmati sekarang akan ditarik balik selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata segala apa yang diberi pada bajet yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononya atas nama ‘negara berkebajikan ala Umno BN’ hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat.

“Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU-13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU-13, kerana suka atau pun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau yakin sistem pencukaian baru akan diperkenalkan manakala subsidi yang dinikmati oleh rakyat sekarang akan ditarik selepas pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, pada pembentangan bajet Jumaat lalu, kerajaan BN, dakwanya menyembunyikan langkah drastik untuk mendapatkan dana dengan membentangkan bajet defisit 4.7 peratus bagi tahun depan.

“Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan, kemudian kemungkinan besar beban 6 peratus cukai telefon pra-bayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU-13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU-13,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata ‘bajet morfin’ BN itu bersifat kesenangan sementara, manakala kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

“Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak.

“Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet itu juga adalah sebahagian daripada kejayaan rakyat mengenakan tekanan kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum lalu.

“Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni berpuluh tahun.

“Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU-13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP