Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 6, 2011

Isu cincin USD 24 juta dikait Rosmah wujud

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengenai cincin bernilai RM77 juta di pos kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dikembalikan semula kepada syarikat penghantar bukti isu itu wujud.

Persoalan kembali timbul ialah apakah cincin itu benar-benar dipulangkan? Mungkin MP boleh mempersoalkan?

Ogos lalu, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dalam interbiu dengan akhbar Kompas menafikan isterinya ada membeli cincin berlian bernilai USD24 juta.

Rosmah juga menafikan manakala blogger pro Umno menghentam Pengerusi Solidariti Anak
Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin kononnya mereka fitnah.

Nazri dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), berkata

Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat berkenaan.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Soalan Lim Lip Eng meminta perdana menteri menyatakan status siasatan PDRM, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai USD24 juta.

Isu pembelian cincin sebelum ini didedahkan Badrul Hisham yang mendakwa Rosmah membeli cincin berlian dari saudagar permata Jacob and Co di Amerika Syarikat yang berharga RM24.45 juta.

Beliau juga mendakwa terdapat bukti jelas kemasukan berlian berkenaan yang didapati menerusi rekod Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.

Beliau dikenali Cikgu Bard turut membuat laporan kepada SPRM pada 13 Julai lalu.
Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.
Sebelum ini, apabila ia didedahkan Cikgu Bard (gambar) atau nama penuhnya Badrul Hisham Shahrin, para blogger Umno menghentam balik beliau dan Rosmah pula menafikannya.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor sebelum ini bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima.

“Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,”katanya kepada Tv Selangor.

Badrul berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya.

“Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.

“Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,”katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP