Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 31, 2011

Dr Asri mahu hidup cara Elton John ka

SETELAH saya tulis tidak bersetuju dengan Dr Asri sering mengulas sesuatu perkara mengaitkan Taliban. Melabel pihak lain dengan Taliban. Benci sangat Asri dengan Taliban.

Kali ini saya mahu komen antara dua pendapat Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz dengan Dr Asri. Mana pihak yang meletakkan Islam sebagai universal dan mana pihak yang meletakkan Islam terkatup pada orang Islam sahaja.

Saya rasa Dr Asri tidak faham apa yang dibantah oleh Shahril dan pemuda Pas. Pada asasnya pemuda Pas membantah budaya seseorang penyanyi terutama penyanyi luar negeri.

Pas pernah bantah konsert Inul kerana gaya lengoknya keterlaluan. Maknanya di sini bukan penyanyi Barat sahaja.

Pas juga pernah bantah konsert Gwen Stefani.

Kenapa? Ini kerana Gwen Stefani pembawa symbol seks Amerika.

Elton John pula seorang pengamal seks sejenis. Kahwin dengan kaum sejenis.

Budaya yang tidak boleh diterima Islam dan fitrah suci manusia sejagat serta mereka yang beragama.

Penentangan bukan atas konsert atau hiburan yang didahagai oleh bukan Islam tetapi amalan kehidupan mereka bertentangan dengan naluri manusia sejagat.

Jika kita merestui kedatangan mereka ke sini, ini bermakna kita mengiktiraf kehidupan mereka.

Saya rasa pemuda Pas boleh bertolak ansur sekiranya konsert untuk bukan Islam tidak dibawa oleh mereka yang bercanggah dengan nilai mulia sejagat.

Mereka tahu hak orang bukan Islam untuk mendapat hiburan. Sudah tentu hiburan orang bukan Islam berlainan daripada hiburan orang Islam.

Berhiburlah hingga runtuh pentas sekalipun tetapi selagi ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat, pemuda Pas tak halang.

Sebaliknya kita harus tentang dan tentangan kita sebagai orang Islam ialah menyatakan kemarahan kita kepada kerajaan yang boleh meluluskan kemasukkan golongan seperti Elton John ke nagara ini.

Tentangan dan teguran kita ini menunjukkan kita universal. Ini kerana agama kita yang syumul merangkumi semua ummah bukan kepada umat Islam sahaja.

Jadi pandangan Dr Asri supaya pemuda Pas tidak bantah kerana itu hiburan untuk bukan Islam dan pemuda Pas kena larang orang Islam daripada menghadiri konsert itu pada asasnya boleh diterima tetapi Asri kena tahu Elton John dan kehidupannya?

Konsert itu pada asasnya boleh diterima untuk hak orang-orang bukan Islam menikmatinya tetapi budaya dan cara hidup Elton John sebenarnya tidak boleh diterima oleh kehidupan nilai murni sejagat.

Umat Islam adalah penyelamat dunia daripada manusia yang membuat kerosakan di muka bumi. Kahwin sejenis adalah manusia perosak muka bumi sejak nabi Lut lagi.

Nabi Lut diutuskan untuk menyelamatkan dunia daripada makhluk jenis perosak itu. Allah menjadikan lelaki dan wanita untuk berpasangan tetapi mereka melawan sunnah Allah. Maka Allah SWT utuskan Lut.

Dan perjuangan pemuda Pas Pahang adalah perjuangan Nabi Lut. Apa barang wahai Dr Asri.

Berita berikutnya:

Asri: Saya tak kata PAS Taliban, tapi ‘jangan tiru Taliban’

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai “keterlaluan” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan.

“Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri (gambar) sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu.

“Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka,” kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford.

Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.

“Ada pilihan yang lebih baik,” kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP