Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 10, 2011

Bagus MP Pakatan, tak mahu naik elaun

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Cadangan mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli parlimen dibatalkan kerana mendapat tentangan daripada pembakang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini, Nazri berkata beliau telah menarik balik cadangan berkenaan.

Sebelum ini, portal melaporkan elaun ahli parlimen dijangka naik dua kali ganda.
Pada pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berkata menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli parlimen semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik, kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan mereka.

Bagaimana pun menurut Mohd Najib cadangan itu dengan syarat, kedua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mesti seiya sekata bersetuju dan termasuk ahli parlimen Bebas.

The Malaysian Insider berkata ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.

Difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.

Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.

Wan Junaidi mengesahkan jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.

Bagaimanapun Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong tidak mahu mendedahkan butiran mengenai kadar baru yang disyorkan.

Saraan ahli Parlimen dikaji semula lima kali, 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005 sejak Akta Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal.

Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP