Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 7, 2011

PAS kena ambil perhatian

Ini enekmen yang dipertikai SIS: “Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qisas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti,”

Bahagian ini mungkin memerlukan kajian teliti. Mungkin ia jatuh kes aniaya wanita. Bagaimana sekiranya wanita itu remaja dan kekurangan ilmu. Bagaimana pula sekiranya ia miskin.

Maksud SIS beban kepada wanita itu untuk menyediakan bukti. Sepatutnya wanita yang mengadu di rogol atau di zina secara paksa ia mesti mendapat kedudukan istimewa. Kerana ini dlaam kes paksa.

Allah memaafkan hingga dalam soal akidah dalam kes paksa.

Jadi kerajaan patut menyediakan penguatkuasaan kepada wanita terbabit yang menjadi mangsa dipaksa. Perlu diberi keistimewaan supaya mereka mendapat keadilan.

Malah sekiranya wanita itu mendapat kecedaraan ia boleh mendapat hak qisas kepada orang yang memaksanya.

Ini kelebihan undang-undang Islam, wanita itu bukan sahaja mendapat pembelaan kerana dirogol malah jika tubuh badannya cedera wanita itu juga mendapat pembelaan qisas. Luka dibalas luka.

Tetapi dalam undang-undang sivil hanya bicara kes rogol sahaja dan hukuman pun atas kes rogol sahaja tetapi dalam Islam kalau ia mendatangkan kecederaan lain wanita itu juga boleh menuntut.

Cuma persoalannya apakah wanita itu benar-benar di rogol atau memang suka sama suka. Untuk mengelak daripada hukuman dituduh lelaki rogol dia….

Mungkin ini juga memerlukan satu kajian teliti. Islam berbeza dengan sivil. Dalam sivil berzina dengan gadis bawah umur dipanggil rogol. Ini yang membezakan.

Sedangkan dalam Islam mereka yang sampai baligh bila bersama secara suka sama suka sebelum kahwin dikira berzina. Had baligh itu boleh tengok dalam kitab fikh.

Berita berkakitan:

Boleh personal enakmen tapi bukan hudud - Asri

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingat tidak mempertikai hukum hudud dinyatakan al-Quran kerana dibimbangi merosakkan akidah sebaliknya mereka boleh mmepersoalkan enakmen digubal manusia, iika tidak berpuas hati.

Sehubungan itu Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal laporan media sejak kebelakangan ini mempertikai hudud.

“Mereka tidak boleh mempertikai asas hukum hudud yang ada, dibawa oleh al-Quran.

“Namun mereka boleh mempertikaikan enakmen yang digubal oleh manusia, yang membabitkan hukum hudud, misalnya yang digubal oleh Kelantan, Terengganu atau Arab Saudi, mana-mana negara lain,” katanya sebagaimana di laporkan The Malaysian Insider.

Tambah beliau, ini kerana enakmen hudud digubal manusia terdedah kepada kesilapan dan kekurangan.

Asri berkata enakmen digubal bersandarkan pada prinsip al-Quran sebenarnya merupakan perincian oleh para sarjana dan ulama.

“Misalnya isu potong tangan... dalam al-Quran disebutkan secara umum hukuman potong tangan dan aspek itu diperincikan sarjana mengikut kesesuaian dan peruntukan yang berkaitan,” kata beliau.

Jelas beliau, pelaksanaan hukum hudud perlu dilihat secara komprehensif dengan menyediakan keadilan dan taraf hidup yang baik oleh pihak kerajaan untuk rakyatnya, yang boleh mengurangkan kes kecurian.

“Mengapa orang mencuri. Ada sebabnya, melainkan seseorang itu memang tabiat asyik mahu mencuri. Kalau ada pekerjaan, dia tidak akan mencuri... ini yang dikatakan keadilan di pihak kerajaan,” kata Asri.

Bulan lalu membentangkan kertas kerja berkaitan hudud di Kelantan, sekali gus mencetuskan semula kontroversi ini.

Katanya; “kalau hendak mempertikaian enakmen, kita boleh mempertikaikan... misalnya prosedur, tidak lengkap, tidak mengapa.”

“Tetapi seseorang Muslim, tidak boleh kata hukum hudud al-Quran tidak adil,” kata beliau dengan merujuk kepada laporan media pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) baru-baru ini, yang menegaskan mereka kekal dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita.

Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian diputuskan sejak 1993, iaitu pada tahun itu kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu.

Terengganu membawa enakmen yang sama satu dekad kemudian. Bagaimanapun pelaksanaan terbantut ekoran sekatan pusat atas alasan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Ratna berkata, SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan.

“SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras,” kata Ratna.

Jelas beliau, hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktian, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.

“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qisas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti.

“Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan,” katanya sambil menambah, “sebagai contoh, pihak mana yang perlu menyediakan bukti iaitu polis atau mangsa?”

“Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil,” kata beliau.

Asri berkata beliau kini bimbang kerana seolah-olah berlaku kekeliruan dengan banyak pihak “mempertikaikan hukum hudud al-Quran” kerana pendirian sedemikian boleh merosakkan iman.

“Saya bimbang kerana mereka tidak dapat membezakan antara hukum hudud al-Quran dan enakmen hukum hudud yang digubal manusia,” katanya lagi, yang mengulangi bahawa “al-Quran hanya menyediakan prinsip asas mengenai hukum hudud tetapi diperincikan oleh sarjana dan ulama” untuk dilaksanakan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP