Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 7, 2011

Khalid Samad baik ikut perangai Guan Eng

LIM Guan Eng dengan begitu mudah menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada Sultan Johor walaupun dia tahu dia tidak bersalah.

Kenapa tingkah laku ini tidak boleh diikuti Khalid Samad. Kenapa perlu timbul masalah dengan Sultan Selangor.

Orang pun tidak kata Khalid Samad yang bersalah tetapi kita tidak mahu berkonfrantasi dengan Sultan… kita rugi.

Guan Eng cukup masak berpolitik. Beliau mengambil langkah selamat mohon maaf kepada Sultan Johor sedangkan isu itu sengaja dimainkan oleh Umno untuk memburukkan beliau.

Sehingga tiba-tiba Sultan Johor ikut melenting dibuat oleh Umno. Dalam soal ini Guan Eng mengalah dengan Sultan tetapi tetap mengambil langkah menyaman media pro Umno yang hebat melakukan fitnah.

Berita berkaitan:

Isu tauliah: Hasan Ali mahu menghadap Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali berhasrat mengadap Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemberian tauliah kepada ahli politik untuk menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor.

Dalam kontroversi terbaru negeri itu sebelum ini, beberapa pihak mendakwa larangan itu menghadkan kebebasan wakil rakyat yang berlatarbelangkan agama menyampaikan kuliah di masjid Selangor.

Awal bulan lalu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa menjelaskan tauliah sudah tidak lagi dikeluarkan selaras dengan perkenan Sultan Selangor yang tidak memberi kebenaran mengajar atau berceramah mengenai agama kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau negeri itu.

Sehubungan itu pengurusan surau dan masjid di negeri tersebut dilarang menjemput mana-mana ahli politik bagi menyampaikan kuliah dan ceramah agama.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor memberitahu, pertemuan dengan baginda adalah untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut berikutan titah baginda melarang ahli politik yang tidak mempunyai tauliah mengadakan ceramah agama di masjid dan surau.

“Perkara ini telah menimbulkan sedikit keraguan, kecelaruan dan tidak puas hati di kalangan pengamal dakwah yang kebetulan ahli politik.

“Sebagai Exco, saya akan besama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Mais berunding dan kalau ada peluang, kami akan menghadap Tuanku untuk bincang lanjut perkara ini,” katanya lagi.

Hasan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, dalam hal pemberian tauliah kepada ahli politik, terdapat dua kategori iaitu ahli politik yang diberikan tauliah dan telah tamat tauliah memberikan ceramah.

“Di peringkat awal ini dan perintah dari istana, ahli politik yang diberikan tauliah tidak boleh perbaharui tauliah.

“Kepada ahli politik yang tauliah masih beroperasi, tunggulah sehingga tamat tauliah iaitu sampai lima tahun kerana tauliah yang diberikan sah selama lima tahun,” katanya lagi.

Hasan berkata, sama ada ahli politik aktif atau tidak aktif mereka kebetulan adalah orang agama, rakyat mahu mereka diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dan mengajar agama.

“Ada orang yang talaqi, kelas berkitab dan mereka jadi pengajar. Apa yang akan jadi kepada masyarakat kerana mereka (pengajar agama) adalah sumber universiti dan ilmu kepada rakyat untuk belajar agama,” katanya lagi.

Hasan seterusnya berkata, “saya akur dengan perintah istana.”

“Saya tunggu kelapangan istana, jika ada masa dan ruang untuk bertemu Tuanku (Sultan) bersama dengan Jais dan Mais, saya yakin dengan apa yang saya bawa,” katanya.

Laporan media 28 September lalu menyebut, Jais tegas dengan keputusannya untuk tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang mahu berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di Selangor.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak akan berkompromi walaupun ada pihak yang meminta supaya perkara itu diteliti semula.

Awal minggu lalu, Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abdul Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah menemui Marzuki dan meminta Jais menimbang semula perkara tersebut, namun seperti yang dimaklumkan sebelum ini jabatan berkenaan tetap dengan keputusannya.

Khalid telah didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, Klang pada 16 Ogos lalu dan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Enakmen Jenayah Syariah 1995 bulan lalu. Kes Khalid akan didengar akhir tahun ini.

Selain isu membabitkan kedudukan Khalid, Jais juga membatalkan tauliah yang diberikan kepada Dr Rani, yang menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Rani juga merupakan Adun Meru.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP