Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 19, 2011

Himpunan lebih kurang agenda penjajah

PERJUANGAN menyelamat akidah umat Islam bukan baru dan ini telah diperjuangkan oleh Pas lebih 60 tahun.

Pas menyelamatkan akidah umat Islam daripada perbuatan dan percakapan yang boleh membawa kepada murtad iaitu dengan berkata politik suku agama suku, politik tidak bercampur dengan agama.

Malah setengah pemimpin negara mempersenda hukum hudud. Jatuh penghinaan terhadap Islam agama yang dianutinya. Silap haribulan merosakkan akidah, murtad atau riddah.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang membawa masalah ini dalam buku mukaddimah akidah muslim. Sebaliknya teguran beliau itu di spin kononnya Abdul Hadi kata orang Umno kafir.

Setengahnya pula mengamalkan budaya politik suku agama suku. Amalan yang memperlekehkan ilmu tuhan seolah Allah tidak tahu apa itu politik.

Sedangkan bila kita sembahyang kita baca sesungguhnya sembahyangku, hidupku, matiku kerana Allah Taala.

Kita kena faham penjajah gagal menukar agama orang Islam kepada Kristian kerana kepercayaan kuat orang Islam terhadap Islam.

Tetapi orang Islam tidak sedar bahawa penjajah berjaya menyucuk jarum halus dalam kehidupan orang Islam iaitu tidak mencampuri urusan dunia dalam kehidupan mereka.

Islam disempit hanya membincangkan soal ibadah. Tidak langsung membincangkan soal politik, soal kehidupan, soal berniaga, soal siapa yang memerintah dan lain-lain.

Sedangkan Nabi Muhammad saw diutuskan memerintah negara. Muhammad saw mengambil tahu hal yang berlaku atas dunia. Hal yang berkaitan kehidupan, hal makan, minum, bekerja, berniaga, kahwin dan lain-lain.

Kita bimbang kerja penjajah ini diteruskan oleh setengah pemimpin dan orang Umno. Mereka bukan mahu menukarkan agama orang Islam tetapi menjalankan kegiatan seperti penjajah apabila gagal menarik orang Pas supaya tukar kepada Umno.

Apa yang mereka perjuangkan hanya bimbang orang Islam tukar kepada Kristian sedangkan ramai umat Islam rosak akidah dalam soal lain kerana tidak mengambil berat hal Islam dan umat Islam mereka tidak hirau.

Kita masih ingat dalam era 80an, bagaimana Pas keseorangan memperjuangkan prebet bill rang undang-undang jenayah Islam. Tiada sokongan gerakan Islam lain dan NGO. Pas keseorangan.

Sebelum itu, Pas bawa kepada perdana menteri mnasa itu Dr Mahathir untuk melaksanakan enekmen jenayah Islam tetapi ditolak oleh Mahathir malah mengunggut Kelantan jika teruskan hasrat laksanakan enekmen itu. Sekali lagi Pas tidak mendapat sokongan mereka.

Kenapa? Apakah Pas tiada duit untuk tabur kepada mereka. Apakah jujur dan ikhlas perjuangan mereka. Kena tabor duit baru boleh bergerak.

Dan sekarang mereka rasa mereka senang maka mereka boleh bergerak atas konon perjuangan akidah.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP