Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 3, 2011

Ahmad Said! kenapa jambatan tak siap

JAMBATAN menghubungkan Pengkalan Binjai dengan seberang Banggol telah siap. Rasanya tak ramai sangat guna jambatan ni. Tetapi kira ok la! sebab Terengganu kaya apa.

Tetapi kenapa jambatan Sungai Pinang belum siap-siap. Terengganu kaya apa! Kalau banjir lagi naya putus terus hubungan.

Boleh lagi lalu ikut jalan Mardi tapi pusing jauh.

Rasanya pendek je jambatan tu berbading dengan jambatan Pengkalan Binjai, Banggol.

Balik raya baru ni, saya terperasan jambatan tu siap bila melalui jalan pengkalan nak pi rumah member lama tak jumpa.

Saya ada nostalgia dengan jambatan tu. Buat story Harakah kerana terbengkalai. Bengkalai lagi.... Masa tu saya interbiu orang kuat Pas Binjai, Mohd Nor Jusoh.

Apakah respon itu jambatan itu siap?

Bawah jambatan tu, sungai tempat mandi masa kecik. Masa tu udang boleh tangguk pakai tangan. Pakai telan mentah... sedap, manis.

Masa tu jambatan itu jadi isu sentimen puak Felda dengan puak Binjai. Kalau orang Felda dan Seberang tayor boleh dapat dua jambatan baru, dekat pulak tu. Ya kenapa orang Binjai dinafikan hak. Terengganu tengah kaya. Duit minyak melimpah.

Sekarang sudah siap. Alhamdulillah... kerja keras kontraktor tapi sebelum berlaku kerja tu kena ada orang cungkil. Kalau tak tak jalan. Tapi apakah penduduk sedar perjuangan kita?

Sekarang jambatan Sungai Pinang pulak terbengakali lama. Saya tak ikuti perkembangan kerana sahabat kampung pun tak cerita.

Bila terbaca online, terkejut juga. jambatan tu berapa kaki je tapi tidak siap-siap. Sekarang pengguna lalu jalan lencong tapi bila banjir kes naya!

Sekarang penduduk Binjai suka benar jambatan pengkalan binjai, banggol. Boleh jengok kebun di seberang. Malah ia juga menghubungkan Binjai dengan Mak Lagam.

Dari Binjai nak pi Cheneh pun mudah sekarang. Arwah Abang Din tentu suka. Pasal dia minat ke Nerang dalam masa perjuang Islam lain lebih mengeloh sukar ke sana.

Sebenarnya bukan sukar tapi banyak masa dan wang habis. Maklum jauh.

Berita berikut:

Kerajaan Bina Semula Jambatan Sg Pinang

KEMAMAN: Kerajaan Terengganu akan membina semula projek jambatan Sungai Pinang dekat sini yang pembinaannya tergendala sejak lebih 10 tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM8.5 juta bagi menyiapkan jambatan yang menghubungkan lebih 20,000 penduduk dari beberapa kampung dengan Bandar Cukai.

Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan pembinaannya yang dijangka bermula awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun, katanya selepas melawat beberapa buah rumah penduduk yang terbabit dengan banjir kilat baru-baru ini.

Beliau berkata jambatan berkenaan penting kerana ia adalah laluan utama penduduk Air Putih ke Bandar Cukai.

Katanya, jambatan berkenaan yang dibina terlaluendah sebelum ini sering tenggelam setiap kali banjir berlaku di kawasan itu. Ahmad berkata kerajaan juga bercadang untuk meninggi dan menaik taraf jalan antara Kampung Paya Pamam yang menghubungkan jambatan berkenaan yang sering kali ditenggelami air setiap kali banjir melanda.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal berkata, apabila jalan itu ditinggikan nanti, ia akan menjadi laluan alternatif penduduk dari Kampung Air Putih dengan menggunakan jalan Mardi Pasir Gajah ke Ibok untuk ke bandar Cukai.

Jalan ini dapat digunakan penduduk sekitar Kampung Air Putih, Pasir Gajah, Seberang Tayur dan Dadong sementara menunggu pembinaan jambatan Sungai Pinang siap dalam tempoh dua tahun lagi, katanya

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP