Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 30, 2010

KPK: Nunun Masih Tetap Kita Kejar

Wakil Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Bibit Samad Rianto menyatakan bahwa pihaknya akan tetap mengejar Nunun Nurbaeti dalam persidangan kasus dugaan suap pemilihan Dewan Gubernur Senior Bank Indonesia, Miranda Goeltom.

Hal itu disampaikan Bibit dalam Rapat Dengar Pendapat antara Komisi III DPR RI dengan KPK. Sebelumnya, beberapa anggota DPR Komisi III mengajukan pertanyaan soal kelanjutan upaya KPK untuk menghadirkan Nunun Adang Daradjatun dalam persidangan kasus suap itu.

Pieter Zulkifli misalnya, mempertanyakan soal siapa pemberi cek yang hingga saat ini belum terungkap. “Ada pandangan, dalam kasus ini KPK tebang pilih. Bagaimana dengan pemberi cek?" ujar Pieter kepada pimpinan KPK.

Begitu pun dengan anggota DPR yang lain. Ahmad Kurdi Mukri juga mempertanyakan hal yang sama kepada pimpinan KPK. "Kalau yang diberi suap sudah jadi tersangka, sudah disidangkan. Kenapa yang menyuap belum? Memangnya setan yang menyuap? Kami minta KPK tidak tebang pilih!" tegas anggota fraksi PPP ini.

Bibit Samad Rianto pun menjelaskan bahwa pihaknya memang baru menetapkan empat orang tersangka. Namun, pihaknya masih terus melakukan analisis terhadap pihak-pihak yang diindikasi terkait. Termasuk, siapa yang memberi cek itu. “Korlapnya dulu yang kami ambil. The next step kami akan kesana, " jelas Bibit.

Seperti diketahui publik bahwa sejak Maret KPK belum berhasil menghadirkan Nunun Nurbaeti dalam persidangan dugaan suap itu. Berkali-kali, pihak Nunun menyatakan bahwa isteri anggota Fraksi PKS, Adang Daradjatun ini masih menjalani pengobatan di Singapura. Nunun dikabarkan pihak keluarga, dalam hal ini suami, tidak bisa mengikuti persidangan karena sakit lupa berat.

Menariknya, salah seorang anggota Komisi III DPR adalah juga sang suami yang bersangkutan. Yaitu, Adang Daradjatun. Dalam kesempatan Rapat Dengar Pendapat antara Komisi III dengan KPK itu, mantan Wakapolri ini belum hadir. mnh

Read More...

'IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo'

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan. - Malaysiakini

Read More...

Laporan saksi cetus tanda tanya remaja ditembak, kata MP Khalid

Shah Alam; Jumaat, 30 April: Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.

“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.

“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.

Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.

“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.

“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.

Dalam laporannya dia mendakwa “saya mendapati kereta tersebut sudah terbabas dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T dan seluar pendek dalam keadaan muka tersembam di tempat duduk pemandu.”

Selain itu menurut Zafrullah Ahmad, dia melihat polis menggeledah kenderaan itu dengan menyuluh bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh tetapi tidak melihat sebarang objek dalam kereta itu dialihkan atau dibawa masuk.

“Semasa polis menggeledah saya tidak nampak sebarang objek dalam kereta itu dialihkan ataupun dibawa masuk.

“Kemudian polis menyuruh kami (penduduk) berundur kira-kira lima meter dari tempat kejadian dan mereka memasang pita kuning di kawasan kejadian.

“Saya juga lihat dua anggota polis menyuluh dan menanda kesan tembakan di sepanjang kawasan kejadian. Kira-kira pukul 3.30 pagi seorang anggota polis mengarahkan orang awam untuk beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam laporan polis yang dibuat.

Aminulrasyid, 15, mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Khalid berkata, bagaimana polis boleh membuat siasatan dan kesimpulan tanpa mendapatkan keterangan daripada saksi.

“Polis buat siasatan tetapi tanpa saksi. Jadi bagaimana siasatan itu dibuat tanpa mendapat pengakuan daripada saksi terlebih dahulu?

“Saksi cerita lain tetapi dalam media dilaporkan lain, saya sendiri yang bawa saksi ke balai polis untuk membuat laoran dan dia telah menceritakan perkara sebenar kepada saya.

“Jadi, saya harap polis boleh membetulkan kembali segala kenyataan yang memberikan gambaran buruk kepada Allahyarham Aminulrasyid,” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya ahli politik tidak masuk campur dalam kejadian tersebut.

“Ahli politik ada tanggungjawab untuk ambil berat akan kes ini lagipun saya sebagai Ahli Parlimen tidak boleh buat tidak tahu sahaja.

“Ini kawasan saya, jadi saya mesti ambil tahu dan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya sambil menambah, beliau bukan mahu mempolitikkan perkara itu.

“Saya mahu kebenaran didedahkan dan mangsa yang terkorban mendapat pembelaan yang sepatutnya,” katanya.

Khalid juga merayu orang ramai yang melihat kejadian itu supaya memberikan keterangan kepada polis supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan dengan baik.

“Saya mahu orang ramai yang melihat kejadian supaya menjadi saksi dalam kes ini dan sekiranya takut untuk pergi seorang diri mereka boleh berjumpa dengan saya.

“Ini kerana saya yakin ramai yang melihat kejadian itu, dan saya amat berharap mereka tampil ke hadapan dan memberikan keterangan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak mangsa dan keluarga,” katanya.

Tambahnya, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yang bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat adalah tidak profesional.

“Kalau itu kenyataan yang dikeluarkan, saya rasa lebih baik beliau meletakkan jawatan.

“Rakyat tegur kerana mahu penjelasan dan beliau perlu memberikan respons wajar dan profesional,” katanya lagi.

Sementara itu, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat guaman kerana memerlukan masa untuk berbincang bersama ahli keluarga.

“Saya belum buat keputusan untuk mengambil peguam dari mana kerana kena berbincang dahulu dengan ahli keluarga,” katanya. - The Malaysian Insider

Read More...

Thursday, April 29, 2010

Keluarga Amirul mengharapkan kejujuran polis

Dalam soal reka laporan kita sudah tidak asing. Malah dalam soal nak tuntut insuran kereta kemalangan pun repot boleh direka supaya dapat tuntutan.

Sebab itu saya tengok keluarga Amirulrasyid Amzah tidak terlintas difikiran mereka mahu saman polis tetapi mereka mengharap satu kejujuran supaya anaknya mati dalam keadaan namanya bersih daripada fitnah sebagai penjenayah.

Kali ini nampak kenyataan polis sudah kendur tiada lagi tuduhan penjenayah keatas Amirul.

Anggota polis yang tembak Amirul dikatakan ditukar serta merta kebahagian lain. Kalau betul dia tembak penjenayah kenapa perlu ditukar? Naikkan pangkat dia.

Kalau polis berterus terang secara jujur ia tidak jadi kes politik.

Bicarakan polis yang bertindak sedemikian. Sebaliknya polis seolah mahu selindung sesuatu. Sebab itu kes ini akan berlarutan.

Kalau inilah caranya baik keluarga Amirul saman sahaja polis.

Tetapi emak Amirul ni orang Umno. AJK wanita Umno Bahagian Shah Alam sebab itu bila Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng melawat beliau di rumahnya syeksyen 11, siap beri ingatan supaya kes anaknya tidak dipolitik.

Itulah rendahnya pemikiran dan maruah orang Umno.

Berikut laporan Malaysiakini:

KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29, 10

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini.

Read More...

Wednesday, April 28, 2010

Tembakan tepat memang kerja polis pakar

Melihat kereta proton Iswara berlubang dicermin bahagian belakang dan mengena tepat bahagian kepala Amirulrasyid Amzah yang memandu kereta tersebut memang bukan kerja calang-calang penembak.

Polis tersebut mesti pakar dan berpengalaman. Kalau berpengalaman kenapa boleh tembak remaja? Mungkin dia tidak tahu remaja yang bawa kereta tetapi yang peliknya rakan Amirulrasyid Amzah yang ditembak mati itu juga remaja.

Kenapa dipukul remaja itu dan cuba ditembak? Patutnya polis bertindak profesional. Bukan semua yang lari daripada polis itu penjenayah. Contohnya remaja tersebut pasal dia tidak ada lesen. Jadi cabut je la. Tetapi Amirul malang.

Bagaimanapun nak salahkan polis itu pun mungkin dia dapat arahan suruh tembak. Tetapi kalau dia rasa tak sedap hati patut juga lawan arahan bos.

Namun kalau rasa tak sedap hati beliau itu salah macam mana pula ya. Tak naya kena maki hamun ketua dia.

Walaupun begitu beliau dikira berpengalaman, takkan tak kenal orang tua dengan remaja.

Mungkin terlalu marah hilang bertimbangan jadi timbul perbuatan terburu-buru. Kesannya siapa rugi.

Kalau tengok dalam kereta proton itu penuh dengan anak patung, maklumlah kereta keluarga. Beza kereta keluarga dengan kereta penjenayah.

Kita tidak boleh nak salahkan polis kerana ilmu dia tidaklah sampai boleh jadi peguam.

Jadi kat mana nak dituduh penjenayah tetapi polis ni tak habis-habis pertahan yang ditembak itu penjenayah.

Read More...

Polis pukul anak polis diacu tembak

Rakan Amirulrasyid Amzah, 14, yang ditembak mati polis merupakan seorang anak kepada sarjan polis yang bertugas di pejabat polis Shah Alam.

Beliau juga tinggal dalam kawasan tersebut bersama keluarganya. Semasa kejadian 1.45 pagi, Isnin, 26 April, rakan Amirul itu duduk disebelah Amirul yang membawa kereta proton Iswara.

Sebaik Amirul ditembak dikepala kereta proton tersebut terbabas manakala rakan Amirul yang menjadi saksi utama dibelasan polis sampai lembek.

Muka dan tubuhnya masih remaja kenapa geram sangat polis belasan rakan Amirul itu.

Beliau cuba melarikan diri ke surau tetapi terjatuh. Ada polis cuba mengacukan pistol untuk menembak kaki kawan Amirul itu.

Orang kata mungkin nyawa budak itu panjang maka ada asbab berlaku iaitu lalu sebuah MPV yang menghalang polis tersebut menembak. Rakan Amirul itu mengambil peluang menghilangkan diri.

Berikut beliau membuat repot polis dilaporkan Malaysiakini:

Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama
Jimadie Shah Othman Apr 28, 10

Polis akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.

Saksi tersebut yan
g dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.

Peguam Gobind Singh Deo (kanan) yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Gobind Singh tiba di IPK Selangor pada kira-kira 3.15 petang. Sebelum itu, kira-kira jam 3 seorang pelajar - dipercayai saksi - tiba bersama ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam sebuah kereta.

Go
bind kemudiannya memberitahu media bahawa proses anak guamnya memberi keterangan bermula jam 3 petang dan dijangka selesai dalam tempoh sejam setengah hingga dua jam.

"Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan," katanya.

Saksi ditemani anggota keluarga dan ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.

Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

Ditanya keadaan anak guamnya, Gobind berkata pelajar terbabit masih trauma, tertekan dan terkejut.

Sementara itu, Gobind juga berkata, DAP akan menghantar memorandum kepada ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam tempoh terdekat supaya polis membuat kajian terhadap garis panduan penggunaan senjata api.

Katanya, beliau faham bahawa polis perlu menggunakan senjata api bagi melindungi diri, tetapi "isunya bila perlu guna".

"Harap esok (boleh hantar), tetapi kita akan bincang bersama PAS dan PKR dahulu," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman pihak polis yang mengeluarkan kenyataan awal tentang kes itu, Gobind berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.

"Yang penting sekarang satu siasatan yang adil, bebas dan telus dijalankan sekarang," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang peguam keluarga Aminulrasyid memberitahu Malaysiakini, Norsiah Mohamad - ibu Aminulrasyid - dan menantunya Muzaffar Mahali, turut dirakamkan kenyataannya di IPK yang sama petang ini.

Puspawati Rosman berkata, dua anak guamnya sedang disoalsiasat mulai jam 6 petang.

Seorang lagi peguam mereka Latheefa Koya juga hadir menemani keluarga mangsa.

Read More...

Berbaloi ke tembak sampai mati kerana tak ada lesen

Remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis masih berusia 14 tahun dakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

(Gambar: Encik Rahim menceritakan tragedi ditempat kejadian, 20 meter dari rumah beliau)

Kata ibu remaja tersebut, Norsiah Mohamad, 60, anaknya mahu jadi ahli sukan yang berilmu.

Kalau tengok gambar yang ditunjuk oleh ibunya kepada wartawan memang anak beliau suka main bola.

Remaja bila suka main bola tentulah suka tengok bola. Sebab itu kedai yang ada screen besar tayang bola jadi tempat mereka berkumpul.

Jadi Amirul ini memang `kaki bola' bukan `kaki botol' atau `tangan panjang' tetapi memang anak periang ini suka bola dan suka tengok bola di kedai sampai larut malam.

Malam kejadian itu pun saya diberitahu ada perlawanan hebat melibatkan Chelsea. Betul ke Chelsea ada lawan atau pasukan lain saya tak pasti tapi boleh dikatakan ada perlawanan hingga boleh tarik Amirul ke kedai. Mungkin itulah agaknya.

Pada malam itu beritahu sahabat saya Haji Ismail, beliau memang ada terdengar tembakan dalam pukul 1.45 pagi, Isnin kalau tengok jam beliau ketika itu.

"Dalam enam das bunyi tembakan. Ini kawasan kejiranan Syeksyen 11. Bila saya keluar dan lihat orang pun ada keluar tetapi polis memberitahu ada kes jenayah dan meminta orang ramai tidak menghampiri tempat tersebt," katanya.

Melihat tempat tragedi disimpang masuk ke rumah Amirul lebih kurang 100 meter, mungkin membayang Amirul mahu pecut ke rumah.

Amirul dikatakan lari daripada polis kemungkinan beliau tidak memiliki lesen memandu. Usia belum mencecah 18 tahun mana ada lesen. Kereta yang dipandu itu pula kepunyaan kakaknya.

Kata Norsiah, kereta kaka amirul itu penuh dengan kasut anaknya; "Mana ada senjata."

Kata Guan Eng; "Kita hairan bagaimana kasut boleh tukar jadi parang."

Polis sebelum ini memaklumkan parang ditemui dalam kereta tersebut.

Berbalik cerita tadi, belum sempat Amirul membelot keretanya ke rumah beliau ditembak dibelakang kepala dan kereta meluncur terus ke tembok pagar sebuah rumah.

Selepas itu rakan kepada Amirul dan saksi utama juga seorang remaja sebaya dengan Amirul dipukul teruk oleh anggota polis tersebut.

Hairan takkan polis tidak kenal remaja dengan orang tua. Kata orang jiran sekitar Syeksyen 11 itu, namanya Rahim, kawasan ini ada lampu jalan, terang.

Barangkali hati polis itu sudah gelap.

Saksi utama itu merupakan anak kepada seorang polis berpangkat sarjan dan tinggal di rumah anggota polis dalam kawasan ibu pejabat polis Shah Alam.

Sekian. Insya Allah maklumat seterusnya akan disampaikan.

Read More...

Tuesday, April 27, 2010

LDII, Ahmadiyah, dan Syi'ah Tak Diundang Kongres Umat Islam

Tuesday, 27 April 2010: Majelis Ulama Indonesia (MUI) mengadakan Kongres Umat Islam. Tapi Syiah, LDII dan Ahmadiyah tak diikutserakan.

Majelis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan tidak mengundang sejumlah ormas bermasalah pada acara Kongres Umat Islam yang akan berlangsung 7 – 9 Mei 2010 di Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta, nanti.

Ketua MUI, KH. Cholil Ridwan mengatakan, ormas yang tidak diundang adalah Lembaga Dakwah Islamiyah Indonesia (LDII), Ahmadiyah (JAI ataupun GAI), dan kalangan Syi'ah yang tergabung dalam IJABI atau organisasi serupa lainnya. Cholil Ridwan mengatakan, hal tersebut diputuskan dalam rapat pimpinan MUI yang berlangsung pada Selasa, (20/4) pekan kemarin.

Cholil menjelaskan, pada mulanya rapat steering committee Kongres Umat Islam-MUI juga tidak akan mengundang Hizbut Tahrir Indonesia, Majelis Mujahidin Indonesia, Front Pembela Islam, dan Jama'ah Ansharut Tauhid. Namun rapat pimpinan MUI memutuskan ormas-ormas tersebut jadi diundang dengan syarat mematuhi tata tertib kongres.

Majelis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan tidak mengundang sejumlah ormas bermasalah pada acara Kongres Umat Islam "Tapi itu tidak berarti kita menyamakan ormas-ormas itu dengan LDII. (Awalnya) mereka sama-sama tidak diundang, tapi masalahnya beda,” kata Cholil Ridwan kepada hidayatullah.com, Selasa, (27/4), pagi tadi.

Cholil mengatakan, alasan tidak diundangnya ormas-ormas tersebut bermacam-macam. Ada yang punya masalah tersendiri dengan MUI, ada yang karena dinilai terlalu keras, kepengurusan ganda, kontroversi, sampai pada masalah ajaran ormas tertentu yang menyimpang.

Menurut Cholil, ketiga ormas yang tak diundang yang tersebut di atas lebih karena adanya ajaran menyimpang dalam organisasi mereka. - Hidayatullah.com

Read More...

Pemerintah Aceh Luncurkan Jaminan Kesehatan Masyarakat Miskin

Banda Aceh; Selasa, 27 April 2010: Pemerintah Aceh akan meluncurkan Jaminan Kesehatan Aceh (JKA) yang diperuntukkan bagi masyarakat miskin pada Juni 2010. Program ini sendiri sebenarnya telah dirancang tahun sebelumnya, namun belum dilaksanakan karena tidak disepakati oleh anggota dewan periode sebelumnya.

"Insya Allah pada pertengahan 2010, Program Jaminan Kesehatan Aceh (JKA) yang merupakan salah satu upaya pemerintah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dalam bidang kesehatan akan kita mulai," kata Gubernur Aceh Irwandi Yusuf di Banda Aceh, Selasa (27/04).

Pada 2010 ini, program tersebut disetujui oleh legislatif, sehingga gagasan yang memberikan kemudahan berobat gratis dapat dilaksanakan. JKA merupakan sebuah pelayanan jaminan kesehatan atau berobat gratis bagi setiap warga Aceh khususnya keluarga miskin yang tidak ditampung pada jaminan kesehatan masyarakat (Jamkesmas).

Selain itu juga, pihaknya terus berupaya untuk meningkatkan pelayanan di sektor kesehatan mulai dari RSUD sampai ke Puskesmas, sebagai upaya memberikan pelayanan yang terbaik.

"Kita terus berupaya untuk meningkatkan kesejahteraan di bidang kesehatan dan lainnya, demi mewujudkan kesejahteraan rakyat," jelasnya.

Irwandi optimis program tersebut dapat berjalan maksimal, setelah diluncurkan, sehingga keinginan pemerintah untuk memberikan kesejahteran dalam bidang kesehatan dapat terlaksana. - The Globe Journal

Read More...

Panel khas ditubuh siasat kes polis tembak mati remaja

Kajang; Selasa, 27 April: Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

“Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.

“Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.

“Masih terlalu awal untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul, biarkan kami membuat siasatan dahulu, siasatan bersandarkan prinsip kebenaran bagi mengelakkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama yang membabitkan kes tindakan polis,” katanya.

Justeru beliau meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu hingga mengeruhkan lagi keadaan.

Beliau turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak dan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian itu termasuk dengan menjadikannya sebagai isu politik sehingga mengelirukan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata setiap saksi dalam inkues kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock diberi jaminan keselamatan sepanjang prosiding itu berlangsung.

Beliau mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima oleh pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap keterangannya kelmarin.

“Kalau cakap fasal ugutan, saya pun pernah terima ugutan malah Ketua Polis Negara pun dua hari lalu dapat ugutan juga. Setiap ugutan yang diterima, kita siasat dan dalam kes Dr Venezis ini kita juga sedang membuat siasatan. Dr Venezis tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa memberikan perlindungan kepadanya selagi beliau berada di negara ini,” katanya.

Hishammuddin juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang menjadi saksi penting keluarga mendiang tetapi sehingga ke hari ini tidak muncul memberi keterangan sehingga mengganggu prosiding.

“Dia minta kita beri jaminan keselamatan tetapi bila kita sudah beri, dia pula buat hal dan tidak juga datang. Apa masalah dia yang sebenarnya,” katanya. — Bernama

Read More...

MP: Kes Aminulrasyid patut diselesai segera

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkara polis patut menyelesaikan dengan cepat kes seorang remaja berusia 15 tahun - Aminulrasyid Amzah - yang ditembak mati oleh polis awal pagi semalam.

Gobind bertindak sebagai peguam pihak saksi – rakan Aminulrasyid – yang berjaya melarikan diri dalam insiden tersebut.

“Kes ini boleh diselesaikan dengan cepat. Kes ini cukup jelas, kita ada saksi kejadian,” katanya ketika menziarahi keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 Shah Alam pagi ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana menurutnya kes tersebut masih disiasat.

“Saya minta Bukit Aman mengendalik kes ini. Kita tidak mahu ia berlaku lagi di masa depan.” katanya.

Ahli parlimen Puchong itu juga berhasrat menemui Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berhubung kes tersebut.

Sementara itu, PKR menyelar tindakan pihak polis yang didakwa menyifatkan remaja 15 tahun yang ditembak mati sebagai mungkin terlibat dalam kes jenayah.

Ketua penerangannya Latheefa Koya berkata tindakan itu adalah "kenyataan sebelum siasatan".

"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi," katanya yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga Aminulrasyid.

Bercakap dalam sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam petang ini, Latheefa berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewarnya diambil.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah exco Selangor Yaakub Sapari, setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya, aktivis peguam N Surendran dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Sementara itu, seorang lagi aktivis peguam, N Surendran turut menawarkan diri membantu kes tersebut.

Katanya, beliau tidak dapat menerima alasan yang diberikan yang membolehkan pihak polis menembak remaja berkenaan.

Read More...

'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid

Jimadie Shah Othman Apr 27, 10

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.

Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Laporan polis

Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri.

“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani beberapa pemimpin PKR dan aktivis peguam ketika membuat laporan tersebut. Turut hadir ialah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Aktivis peguam pula yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga terbabit N Surendran dan Puspawati Romah, turut hadir.

Norsiah bagaimanapun enggan bercakap panjang kepada media kerana sudah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di sebelah pagi.

“Saya mahukan pembelaan (arwah) untuk anak saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, dalam laporan polisnya petang ini, yang salinannya ditunjukkan oleh Latheefa, Norsiah mempersoalkan kenapa kereta yang dipandu anaknya tidak ditahan atau dihalang sahaja kerana “Tiada ada apa-apa sebab munasabah kenapa pihak polis perlu menembak”.

"Saya ingin menegaskan anak saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dalam apa jua kes jenayah termasuk rompakan,” dakwanya dalam aduannya itu.

Ibu tunggal kepada lapan anak itu mendakwa, berdasarkan tembakan yang dilepaskan dari belakang, anaknya bukan satu ancaman kepada keselamatan pihak polis.

Read More...

Baru dapat undi muda sudah tembak remaja

Keputusan undi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor didakwa orang muda mengundi BN sebaliknya orang muda dibalas dengan remaja ditembak mati oleh polis.

Rakyat di negara ini sudah tidak terjamin keselamatan mereka bukan sahaja daripada penjenayah malah pihak polis sendiri yang menyalahgunakuasa.

Berikut laporan The Malaysian Insider:

Khairy: Undi golongan muda mula beralih kepada BN


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 27 April — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, golongan muda yang didapati memihak Pakatan Rakyat dua tahun lalu mula mengalihkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

“Berdasarkan data pengundian mengikut pecahan saluran, terdapat satu perkembangan di mana undi golongan muda secara keseluruhannya mula berpindah kepada BN.

“Selaku Pengerusi Pemuda BN, saya cukup gembira dengan perkembangan ini, apatah lagi peningkatan undi muda kepada BN menjadi KPI kepada Pemuda,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata, pihaknya mendapati satu perkembangan yang positif ekoran peralihan bersih pengundi muda menyokong BN di Hulu Selangor kelmarin.

Kata beliau, BN hanya mampu menang di 11 saluran pengundi muda dua tahun lalu tetapi ia meningkat kepada 34 pada pilihan raya kecil ini.

Daripada 64,500 pengundi di Hulu Selangor kira-kira 40 peratus merupakan golongan muda.

“Tetapi pada pilihan raya kecil kali ini, BN menang di 30 saluran pengundi muda dan PKR, 23,” kata beliau.

“Apapun, yang menarik — dan barangkali juga merisaukan — mengenai pola pengundian di kalangan golongan muda Hulu Selangor adalah ia banyak mencerminkan corak pengundian umum tanpa mengira faktor umur, di mana wujud trend pengundian berlandaskan kaum,” katanya.

Jamaluddin juga menambah, BN berjaya memperoleh kejayaan di saluran muda di kawasan majoriti Melayu dan India.

“Tetapi di kawasan majoriti Cina, kita melihat undi golongan muda tidak berpihak kepada BN, malah lebih merosot.

“Contohnya, di Kampung Baharu Kalumpang perbezaan undi saluran muda untuk PKR dan BN bertambah sebanyak 130 undi berpihak kepada PKR berbanding PRU-12, manakala di Kampung Baru Rasa pula sebanyak 241 undi,” katanya.

Jelas beliau ia menggambarkan satu kemerosotan dalam tahap sokongan golongan muda kaum Cina terhadap BN — mungkin lebih ketara dari pengundi Cina yang lebih berumur.

“Sebagai seorang yang meletakkan Pemuda BN serta pendekatan progresif sebagai keutamaan, perkembangan ini menjadi peringatan betapa kita masih perlu berusaha keras bagi menghadapi isu segmen khusus pengundi ini,” kata beliau.

Read More...

Zaid rekod kelebihan undi 6 ganda di DUN KKB

Oleh G. Manimaran

Kuala Lumpur; 27 April:
Pakatan Rakyat, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor kelmarin, telah mencatatkan peningkatan kelebihan undi membabitkan kawasan Dewan Undangan (DUN) Kuala Kubu Baru, yang majoriti pengundi merupakan masyarakat Cina.

Peningkatan ketara undi itu dikatakan telah menghalang Barisan Nasional (BN) daripada memperoleh majoriti lebih besar.

BN mengharapkan majoriti lebih 6,000 undi.

Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperoleh lebih 2,030 undi berbanding calon BN P. Kamalanathan.

Zaid dan Kamalanathan masing-masing menerima 7,194 dan 5,164 undi daripada pengundi bahagian DUN Kuala Kubu Baru.

Dua tahun lalu calon Pakatan Rakyat, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad hanya mencatatkan lebih 344 undi dari bahagian itu.

Pada 8 Mac 2008 Allahyarham Zainal memperoleh 6,146 undi untuk menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menerima 5,802 undi.

Kuala Kubu Baru merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN yang terdapat dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan pilihan raya kecil ekoran kematian Zainal bulan lalu.

Di DUN Kuala Kubu Baru, 45.1 peratus daripada 18,040 pengundi adalah kaum Cina dan diikuti oleh Melayu 30 peratus, India (22 peratus) dan Orang Asli pula 1.7 peratus.

Antara daerah mengundi yang memihak kepada Pakatan Rakyat ialah Kampung Baru Cina, bandar Kuala Kubu Baru sendiri, Kampung Baru Rasa, pekan Rasa, Kampung Baru Batang Kali, Ladang Kerling dan Hulu Yam Lama.

Analisis awal menunjukkan Pakatan Rakyat menerima peningkatan undi daripada masyarakat Cina sehingga menimbulkan persoalan mengapa pengundi kaum ini tidak memberi sokongan kuat kepada BN.

Ekoran situasi itu Perkasa meminta kerajaan pusat BN menangguhkan bantuan dan peruntukan kepada masyarakat Cina.

Peratusan undi kaum Cina di Hulu Selangor kepada BN dikatakan kurang daripada 30 peratus, lebih kecil berbanding prestasi tahun 2008.

Bagaimanapun BN memenangi bahagian Batang Kali, yang menawarkan 29,026 pengundi, daripada “penguasaan” Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

Kali ini calon BN menerima 11,820 undi berbanding Zaid 10,519 yang bersamaan dengan perbezaan 1,301 undi di Batang Kali.

Dua tahun lalu Zainal menguasai undi kawasan DUN Batang Kali dengan menerima 11,407 berbanding Palanivel 9,618 undi. Kelebihan undi Zainal dari kawasan itu ketika itu ialah 1,789 undi.

Seramai 59 peratus pengundi di Batang Kali merupakan orang Melayu, India pula 20 peratus, Cina (19.7 peratus) dan Orang Asli 1.1 peratus).

Bahagian DUN Hulu Bernam yang lazimnya dianggap sebagai kubu sokongan bagi Umno terus memperlihatkan arah aliran undi kepada calon BN.

Hulu Bernam menyumbangkan undi dari kawasan Felda, antaranya membabitkan daerah mengundi Kampung Sungai Dusun dan Kampung Sungai Tengi Selatan.

Zaid pula memperoleh sokongan daripada pengundi di daerah mengundi Kampung Baharu Kalumpang dan Kampung Hulu Bernam.

Dalam pilihan raya kecil kelmarin, calon BN menerima 7,246 undi di Hulu Bernam berbanding 6,855 undi diterima Palanivel dua tahun lalu, meningkat 391 undi.

Bagaimanapun undi diterima calon Pakatan Rakyat kali menurun 31 undi berbanding 5,470 pada Mac 2008.

Hulu Bernama terdiri daripada 17,434 pengundi dengan 66.4 peratus merupakan pengundi Melayu, Cina (17 peratus), India (15 peratus) dan Orang Asli pula 0.5 peratus).

Read More...

Saturday, April 24, 2010

Belum berakhir, itu janji BN masuk kali ke lima

Kisah penduduk Sungai Buaya diwar-warkan `penantian 15 tahun berakhir' tetapi peneroka sedar mereka kali ini dijanjikan masuk yang ke lima dalam sejarah pilihan raya umum dan kini pilihan raya kecil.

Tidak jelas siapa pemaju, tidak jelas bagaimana bentuk pembangunan yang mahu dirancang semula membangunkan tanah Sungai Buaya.

Apa yang jelasnya tanah tersebut tidak bayar cukai pun dan blla-bila masa boleh ditarik oleh kerajaan negeri.

Janji duit RM1 ribu, kemudian RM10 ribu dan tambah lagi RM50 r1bu. Lepas itu Najib janji lagi akaun Tabung Haji RM40 ribu.

Ini semua janji pilihan raya. Ingat penduduk Sungai Buaya jangan sampai dibodohkan PM kita.

Anda mahu tahu kerana duit janji politik itu kain pemidang gambar diatas yang menunjukkan maruah penduduk Sungai Buaya sudah tanggal bila Najib mahu masuk ke kampung tersebut sembahyang Jumaat semalam. Fikir sendiri penangan wang.

Read More...

Anwar, Najib berdebat di Stadium Kuala Kubu Baharu

Berani ke Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun kalau tengok berita TV memang jelas Najib tidak berani tetapi kita tunggu malam ini di stadium tersebut.

Jangan tidak jadi Najib, pengundi sedang tunggu mahu buat penilaian kali terakhir sama ada mahu pilih Datuk Zaid Ibrahim atau Kamalanathan.

Read More...

Friday, April 23, 2010

Khalid: 147 projek kerajaan BN Selangor terbengkalai

Hulu Selangor; 23 April: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan sebanyak 147 projek terbengkalai semasa Selangor dibawah pemerintahan BN dan kini menjadi beban kerajaan Pakatan Rakyat.

"Umno tidak senaraikan dan tidak bagi tahu kita... saya ingat antara 10 hingga 20 tapi rupanya 147 projek terbengkalai," ujarnya dalam sidang akhbar di Dewan Orang Ramai di kampung Sungai Buaya, pagi Jumaat tadi.

Pendedahan Khalid tersebut menjawab billboard BN `Kata dikota, janji dilaksana' yang dipasang di tepi jalan raya sekitar kawasan Hulu Selangor.

Inilah sikap BN kata beliau akan membuat janji pada setiap kali pilihan raya tetapi selepas pilihan raya tidak ada apa-apa yang dilakukan, janji hanya tinggal janji.

Menurut beliau, pimpinan BN bukan berusaha mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi mereka hanya mahu mengurangkan masalah rakyat dengan memberi gula-gula politik.

"Apabila rakyat merenggek mereka bagi gula-gula, bila merenggek lagi mereka bagi lagi gula-gula," katanya.

Beliau menjelaskan ketika kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor, kerajaan terpaksa menyelesaikan banyak masalah projek terbengkalai antaranya penduduk di Bukit Botak dan Bukit Cherakah.

Read More...

Wednesday, April 21, 2010

Datin Suliana di kampung Sungai Masin.

Isteri kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana turut turun padang menemui penduduk di Hulu Selangor.

Selasa, semalam beliau turun di program Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Ghazali yang membuat demontrasi masakan, periksa kesihatan dan syifa' dengan Ustaz Mohamad Ali.

Read More...

Konvoi ke estet Kerling

Empat batu masuk ke estet Kerling dari pekan Kerling. Dianggarkan 500 pengundi di situ menyambut mesra kedatangan Datuk Zaid Ibrahim pada petang Isnin lalu.

Kehidupan terpencil ke dalam dari pekan menyebabkan banyak masalah kepada mereka dan jauh yang anda sangka selama ini kerana sering dimomokkan oleh Umno bahawa mereka sudah atasi kemiskinan.

Read More...

Umno, Utusan hina rakyat Kelantan peminat kuda

Kenapa gila sangat utusan cuba pesong minda dengan kuda dibayangkan sebagai judi sedangkan orang Kelantan biasa dengan kuda. Membangkitkan ada kuda bermakna kaki judi merupakan satu penghinaan kepada rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan ramai yang minat kuda sehingga rakyat bawahan pun memiliki kuda. Paling koman pun kuda padi. Jadi sesuai bagi Datuk Zaid Ibrahim memiliki kuda hebat kerana budaya rakyat negeri itu minat kuda.

Kuda juga dikaitkan dengan riadah sihat yang boleh hilangkan `penyakit uluran' tetapi Umno dan Utusan selewengkan budaya orang Kelantan yang meminati kuda dengan berjudi kuda.

Kalau Umno itu memang rakyat tahu kaki judi kuda sebab itu siap lengkap buat gelanggang lumba judi kuda. Siapa yang lulus lesen judi kuda kalau tidak kerajaan diperintah Umno.

Kita masih ingat masa dahulu kelendar judi lumba kuda dalam rumah kita. Inilah kerajaan Umno membiarkan budaya judi pada rakyat.

Jadi blog ampu Umno tu sedar diri sikit. Siapa yang memiliki saham judi dan arak paling besar? Cuba tanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Read More...

Friday, April 16, 2010

Muhyiddin pembohong, Samy Vellu pembelit

MIC Bahagian Hulu Selangor kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pembohong.

Muhyiddin sebelum mengumumkan calon rasmi BN dilaporkan berkata anak tempatan akan mewakili BN. Kalau anak tempatan sudah tentu V Mugilan, Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor lahir di Ladang Kerling, Hulu Selangor.

Tiba-tiba semalam, Muhyiddin umum Ketua Penerangan MIC, Kamalanathan sebagai calon BN yang bertanding di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kamalanathan orang Rawang, tidak ada kena mengena dengan Hulu Selangor. Sebab itu orang MIC Hulu Selangor kata Muhyiddin pembohong.

Presiden MIC, S Samy Vellu sebelum ini pula dilaporkan amat marah dan akan memecat V Mugilan kerana melobi untuk jadi calon. Kata Samy calon Mugilan itu dari `pintu belakang' sebab bukan MIC yang hantar penama itu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Samy tahu sangat siapa yang layak bertanding di Hulu Selangor sebab beliau yang hantar tiga nama kepada Najib. Nama pertama, Datuk G Palanivel, nama kedua, Datuk G Palanivel dan nama ketiga, Datuk G Palanivel.

Jadi tidak ada nama Mugilan malah Kamalanathan sekalipun tetapi dari mana nama itu timbul, itulah yang membuat Samy melenting.

Mugilan dicadangkan Umno Hulu Selangor dan Kamalanathan sebagai penama alternatif daripada Umno bila MIC tidak dapat terima Mugilan.

Kalau Samy boleh keras kepala dengan Palanivel, Muhyiddin pun tidak kurang dengan Kamalanathan apabila nama Mugilan tersepit dengan ugutan akan dipecat daripada MIC oleh Presidennya, jika menjadi calon BN di situ.

Muhyiddin mesti mengelak nama Palanivel kerana orang Umno sudah tidak suka. Nama Mugilan pula MIC tidak suka. Jalan tengah Muhyiddin ambil Kamalanathan.

Sekurangnya dapat lembut orang Umno yang tidak suka Palanivel. Walaupun tak dapat ayam dapat kerak pun jadi.

Namun Muhyiddin yang mahukan Kamalanathan terpaksa buat gadaian jawatan senator dan timbalan menteri kepada Palanivel, baru dapat dilembut tokoh veteran India, Samy Vellu.

Apakah Samy Vellu tidak sedar calon MIC itu juga dari `pintu belakang'. Kemana taring Samy bila penama calon dipilih bukan daripada cadangan MIC. Sedangkan parlimen Hulu Selangor kerusi MIC.

Tidak malu ke Samy bila calon yang dipilih bukan daripada cadangan beliau. Kamu itu Presiden MIC. Tidak ada orang berani cabar kamu. Kenapa dengan Muhyiddin kamu boleh hilang kuku.

Apakah mudah sangat kamu hilang prinsip bila digula-gula jawatan timbalan menteri dan senator kepada timbalan kamu? Sebab itu Palanivel cukup geram dengan kamu hingga tidak muncul pada hari diumumkan calon semalam.

Kamu tahu Samy, Palanivel itu amat penat mempopularitikan dirinya di Hulu Selangor selama berpuluh tahun tiba-tiba dengan mudah kamu bagi kerusi tersebut kepada orang lain.

Kalau Kamalanathan menang, itu pun diatas keringat Palanivel yang telah berusaha bertahun-tahun kawasan itu ditandingi MIC.

Kemudian Samy mahu pujuk Palanivel dijanjikan kawasan baru bila bertanding nanti. Malah Samy gosok Palanivel lagi katanya beliau pengantinya.

Sedarkah Samy? Dengan kerusi yang sudah lama dipertahankan amat susah untuk Palanivel dipertahankan bagaimana mahu diberi kawasan baru.

Palanivel orang Pulau Pinang dan telah tertumpu di Hulu Selangor apabila beliau bertanding di situ dan memenanginya sejak empat penggal.

Apakah Samy sudah mahu bunuh politik Palanivel dengan memberi kawasan baru untuk beliau bertanding pilihan raya umum nanti. Kawasan tumpuan beliau pun sudah goyang macam beliau mahu naik dengan kawasan baru?

Read More...

Umno `joli' dengan wang peneroka Sungai Buaya

Nasib malang bekas peneroka Felda Sungai Buaya sampai sekarang tidak terbela. Penderitaan mereka sejak penghujung tahun 1997 sehingga kini belum menampakkan tanda bahawa penduduk memperolehi wang baki mereka sebanyak RM360 juta.

Kebanyakan mereka ahli dan penyokong kuat Umno. Sebaliknya kesetiaan kepada Umno itu dibalas dengan empat kali janji palsu pemimpin Umno terutama di negeri Selangor setiap kali menjelang pilihan raya umum kononnya mahu menyelesaikan pembayaran baki wang tersebut.

Felda tersebut yang sudah bertukar Kampung Sungai Buaya apabila ladang mereka diarah jual kepada syarikat pemaju yang ditandatangani pada 23 Disember 1994 dengan janji menjadi jutawan kerana ditawarkan hampir RM1.2 juta seorang.

Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dikatakan mahu memajukan utara dan kawasan pedalaman Selangor menjadi tonggak utama memujuk rakyat supaya menjual ladang mereka kepada pemaju.

Syarikat tersebut mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin Umno negeri. Sebab itu secara tidak langsung kerajaan negeri Umno ketika itu memberi jaminan dan keyakinan kepada penduduk secara janji mulut membesarkan ucapan kononnya mahu tolong peneroka yang hidup susah dijadikan jutawan.

"Siapa tidak mahu jadi jutawan," soal penduduk yang tidak mahu dedahkan nama beliau kerana kes kampung itu masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.

"Kami orang Umno amat percaya dengan janji manis kerajaan negeri, malah semasa menandatangani perjanjian pun kami tidak diberi peluang baca sebabnya perjanjian tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.

Oleh kerana mempercayai pemimpin Umno... masakan mereka mahu tipu kita. Maka kami yang disuruh sign pun kami ikut. Bila kes sudah jadi macam ni (pemaju tidak bayar baki) kami tunjuk perjanjian kepada peguam... peguam soal balik kita kenapa kamu sign?

"Barulah kami sedar rupanya ada yang tidak jujur dalam perjanjian. Jadi kita amat kesal kerana Umno dan menteri bersubahat sama memperdayakan penduduk kerana tamak mahu kaut keuntungan. Kalau betul pemimpin Umno jujur, dia perlu jelaskan kandungan dalam perjanjian tersebut kepada peneroka ketika itu," ujarnya.

Beliau amat kesal kerana pemimpin Umno terlalu haloba mengaut komisen daripada penjualan tersebut sehingga lupa tanggungjawab yang sebenar membela rakyat.

"Sekarang ada pilihan raya kecil... kalau mereka mahu undi kita selesaikan masalah kami," tambah beliau. Sungai Buaya termasuk dalam Parlimen Hulu Selangor.

Sementara itu, penduduk Kampung Sungai Buaya memasang kain rentang berbunyi demikian dipintu masuk kampung tersebut.

Seminggu sebelum ini dilaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah berkunjung ke kampung itu disamping pertemuannya dengan wanita Umno di situ.

Dalam komen facebook Shahrizat pada 4 April terdapat komen Aminah Hussin, berbunyi; "Orang mandi berselam, kami mandi bertimba."

Kemungkinan komen itu dibuat susulan Shahrizat ke kampung tersebut.

Tambah Aminah, nasib 363 peneroka tanah rancangan Felda Sungai Buaya seperti `melukut di tepi gantang.'

Beliau juga mendedahkan satu perjanjian antara peneroka Felda tersebut dengan syarikat pemaju untuk membangunkan Sungai Buaya, dengan tawaran bernilai RM121 ribu seekar.

Pendahuluan dibayar RM10,000.00 semasa dokumen perjanjian ditandatangani, selanjutnya dibayar oleh pihak syarikat secara berperingkat sehingga lunas dalam masa 48 bulan daripada tarikh perjanjian ditandatangani.

"Malangnya, sampai saat ini pihak syarikat baru membayar 35 peratus. Berbagai usaha dibuat dan merayu kepada beberapa pihak, namun hasilnya tak kunjung tiba," tulis beliau.

Aminah turut menyebut, sebaliknya lain yang berlaku di Felda Sendayan, Negeri Sembilan selepas 12 tahun lebih 500 peneroka di situ menerima pembayaran RM1.2 juta selepas pemaju bersetuju membayar RM500 ribu secara tunai pada 2007.

"Satu unit rumah banglow bernilai RM240 ribu dan tanah untuk dusun seluas dua ekar untuk satu orang, maka mereka sekarang menjalani kehidupan elit dan selesa," tambah Aminah.

Sehubungan itu, penduduk Kampung Sungai Buaya meminta kerajaan negeri turun membantu dan campurtangan dalam soal tanah tersebut.

Kata mereka, kalau kerajaan negeri boleh bertegas dalam soal tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana tidak bayar premium sejak 2001, kenapa ia tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama keatas pemaju terbabit.

Jelas mereka, ini kerana terdapat laporan mengatakan pihak pemaju gagal membayar premium tanah seluas 1,335.46 hektar tersebut.

Bagaimanapun sumber kerajaan negeri memberitahu tanah itu telah tergadai kepada bank kerana pemaju gagal membuat pembayaran balik pinjaman mereka.

Dimaklumkan pinjaman bank oleh pihak pemaju sebenarnya sudah mampu untuk melunaskan hutang mereka kepada penduduk sekalipun semuanya berjumlah RM403,965,766.

Oleh kerana itu timbul persoalan kemana pergi wang hak peneroka terbabit?

Pemaju dan orang politik Umno yang terlibat bersenang lenang dan bermewah dengan wang tersebut sedangkan peneroka yang dijanjikan jutawan sebaliknya bekerja mengutip barang lusuh.

Ada juga yang bekerja pengawal keselamatan di kilang kerana hilang mata pencarian. Setengahnya pula menoreh pada pokok getah tumbah di ladang yang mereka telah jual itu, untuk sara kehidupan.

Sebaliknya dalam keadaan hidup terdesak itu masih ada pihak yang memusnahkan periuk nasi mereka dengan menebang pokok getah tersebut.

Berbanding dengan pemimpin Umno berjoli dengan wang ke luar negara seperti Muhammad Taib yang juga bekas Ketua Penerangan Umno dihebohkan dengan dua beg wang tunai ditangkap di Australia.

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke negara tersebut. Bagaimana beliau mengumpul wang sebanyak itu?

Bukan itu sahaja, tanah di New Zealand itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Asnan yang dibeli pada 1996 dengan harga US$3 juta. Dokumen juga menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga US$550,000; dan empat keping tanah di Mataitai seluas 144 hektar dibeli pada 29 November 1996 dan 11 Mac 1997.

Kes dengan bekas isteri beliau kerabat Sultan Selangor turut membabitkan wang sebanyak RM16 juta. Kekayaan bekas orang kuat Umno itu berlaku selepas perjanjian jual beli tanah di Felda Sungai Buaya pada 1994 walaupun ada yang mengatakan ia kebetulan.

Kenyataan bersumpah Muhammad Taib mengisytiharkan hartanya sebanyak RM30.8 juta. Harta pegangan beliau melebihi RM74.5 juta tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.

Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta daripada perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau sebagai pemimpin Umno di Selangor.

Sementara itu, Nazir Masjid ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, Wan Hairul Anwar Abdullah memaklumkan seramai 245 orang penerima zakat bagi asnaf fakir dan miskin di kampung tersebut.

Menurut beliau itu belum termasuk bacian dan permohonan baru boleh mencapai 30 orang dalam tempoh tiga bulan.

Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka daripada ladang getah.

Melalui mesyuarat exco pada Mac 1994 kerajaan negeri ketika itu telah meluluskan penukaran syarat Akta GSA 1960 bagi membolehkan pemaju membangunkan Felda berkenaan.

Read More...

Thursday, April 15, 2010

Samy Vellu arah Muhyiddin jangan pandang belakang

Barisan Nasional (BN) menghadapi tekanan MIC peringkat Bahagian dan Cawangan jika Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat mengambil calon `pintu belakang'.

Difahamkan Ketua Pemuda MIC Hulu selangor, V Mugilan yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC Malaysia tidak pernah dikemukakan oleh Presiden MIC, S Samy Vellu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebab itu dipanggil calon `pintu belakang'.

Penama Mugilan tersenari dikatakan Umno Hulu Selongor yang memandai-mandai mengemukakan nama tersebut kerana tidak setuju Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel bertanding pada pilihan raya kecil Hulu selangor.

Memang Najib meminta Samy Vellu mengemukakan tiga senarai calon. Permintaan itu difahamkan dipenuhi Samy Vellu. Senarainya seperti berikut, pertama, Datuk G Palanivel, kedua, Datuk G Palanivel dan ketiga, Datuk G Palanivel.

Belit dia ada sikit lain dengan kes pilihan raya kecil Bagan Pinang, yang berterus terang tolak calon selain tan Sri Isa Samad.

Nampaknya BN sudah tidak menunjukkan kesepakatan apabila MIC tuduh Umno campurtangan dalam soal calon mereka di kerusi Hulu Selangor. Malah Umno dituduh tidak belakang kerana mahu letak calon pintu belakang.

Umno Hulu Selangor sudah hilang kepercayaan kepada MIC yang tetap berkeras mahukan Palanivel.

Apakah kali ini akhirnya Umno akan mengalah? Apakah tidak wujud langsung win-win situation kedua pihak, iaitu Umno kecewa kerana gagal dapatkan balik kerusi tersebut jadi mahu MIC meletakkan calon selain daripada Palanivel.

MIC menang kerana dapat hak terus bertanding di situ tetapi apakah bersedia beri satu kemenangan kepada Umno dengan beralah memberi laluan calon pilihan Umno?

Berikut berita berkaitan:

Muhyiddin Minta Semua Komponen BN Bersatu

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Dengan tempoh tinggal kurang dari 24 jam sebelum Barisan Nasional (BN) mengumumkan nama calonnya untuk pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya semua anggota komponen dan petugas parti untuk bersatu menyokong parti bagi memastikan kemenangan.

Muhyiddin, pengarah operasi BN bagi pilihan raya kecil itu berkata BN boleh merampas kembali kerusi parlimen yang jatuh ke tangan PKR pada pilihan raya umum 2008 itu dengan syarat semua pihak bekerja keras dan melakukan segala yang termampu untuk meraih kemenangan.

"Esok BN akan menamakan calonnya. Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menetapkan bahawa calonnya perlu daripada parti MIC. BN akan mengumumkan nama calonnya esok," kata Timbalan Perdana Menteri itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam ini.

"Oleh itu mari tunjukkan kepada pengerusi BN bahawa semua akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan. Semua pihak bekerja keras di peringkat akar umbi dan parti komponen setia menyokong BN," tambahnya.

"BN komited kepada prinsip utama perkongsian kuasa yang berjalan dengan lancar selama ini. Saya ingin ingatkan kepada orang ramai supaya kekal dengan rancangan asal. Marilah sama-sama bekerjasama demi kepentingan rakyat," katanya.

Hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi pada 25 April.

Read More...

Nelayan Tangkap Pukat Trawl

Langsa; Khamis, 15 April 2010: Puluhan nelayan dari tiga desa masing-masing dari Gampong Seuriget, Gampong Birem Puntong, Gampong Alur Dua, Kecamatan Langsa Barat, Rabu (14/4) sekitar pukul 02.00 WIB dini hari, menangkap satu boat pukat trawl (pukat harimau) KM Masyitah, yang selama ini beroperasi di kawasan tangkapan nelayan tradisional, di perairan pantaiAlue Buya, Kota Langsa. Kini Pukat Trawl bersama awaknya telah diamankan untuk proses hukum lebih lanjut di Mapolres Langsa.

Data yang diperoleh Serambi, menyebutkan, puluhan nelayan dari tiga desa itu pada Rabu (14/4) malam, secara kompak melancarkan sweeping di sekitar perairan tempat biasanya mereka menangkap ikan. Sweeping laut tersebut digelar karena sebelumnya ada salah satu boat katrol KM Masyitah yang terus membandel, melakukan penangkapan di kawasan yang dilarang beroperasi bagi pukat trawl.

“Boat KM Masyitah ini tidak mau mengindahkan peraturan hukum laut dan terus mengusik tempat kami melakukan penangkapan ikan. Padahal berdasarkan hukum laut, pukat trawl tersebut dilarang keras melakukan operasi pencarian ikan dan udang di kawasan perairan pantai. Namun mereka tetap saja membandel, maka malam itu kami sepakat untuk menangkapanya dan membawa pukat trawl tersebut ke temnpat sandaran nelayan tradisional di Gampong Seuriget,” kata salah seorang nelayan.

Setelah pukat trawl KM Masyitah diamankan oleh nelayan tradisional, pada Rabu (14/4) sekitar pukul 03.00 WIB dini hari, nelayan tradisional melaporan penangkapan tersebut kepada pihak Kepolisian dari Polsek Langsa Barat. Polisi mendapati laporan itu langsung mengamankan alat tangkap Pukat Trawl KM Maisytah dan beberapa awak boatnya.

Kapolres Langsa, AKBP Drs Yosi Muhamartha, melalui KBO Reskrim, Ipda Budi WN SH, saat dikonfirmasi Serambi, Rabu (14/4), membenarkan pihaknya telah menerima laporan dan telah mengamankan satu unit Pukat Trawl KM Masyitah beserta alat tangkap dan beberapa orang awak boat yang berada di KM Masyitah dimaksud, di Mapolres Langsa.

“Kita sudah menerima langsung berkas serta sejumlah bukti alat tangkap pukat langge (pukat harimau) milik KM Masyitah termasuk beberapa orang tersangkanya dari Kapolsek Langsa Barat, AKP Kasnap SH. Saat ini kita sedang melakukan penyidikan terhadap pihak pukat trawl tersebut, yang diduga telah melanggar daerah kewenangan untuk melakukan pencarian hasil tangkapan lautnya,” kata Ipda Budi. - Serambinews

Read More...

Sjahril Djohan Dijebloskan ke Penjara

Thursday, 15 April 2010: Mantan Satgas Suslu Laksus Kopkamtib Bidang Luar Negeri tahun 1971-1973 ini juga mantan agen BIN.

Mabes Polri akhirnya menetapkan Sjahril Djohan sebagai tersangka dan langsung dijebloskan ke penjara. Mantan diplomat yang pernah menjadi staf khusus Jaksa Agung itu dituduh melakukan tindak pidana korupsi (tipikor), pencucian uang, dan rekayasa dalam kasus mafia pajak yang melibatkan Gayus Halomoan Tambunan.

"Kami sudah mempunyai alat bukti yang cukup untuk menahan tersangka," kata Kadiv Humas Mabes Polri Irjen Pol Edward Aritonang di Jakarta, Rabu (14/4).

Aritonang menjelaskan, Sjahril dijerat UU Nomor 15 Tahun 2002 tentang Pencucian Uang dan UU No 31 Tahun 1999 tentang Tipikor. Namun, Aritonang belum bersedia menjelaskan peran Sjahril dalam perkara Gayus karena penyidikan masih berjalan.

Sebelumnya, Sjahril diperiksa secara maraton oleh tim independen Polri setiba dari Bandara Soekarno-Hatta seusai penerbangan Singapura-Jakarta, Selasa sore. Pemeriksaan Sjahril berakhir Rabu pukul 02.00 WIB dini hari dan yang bersangkutan diperbolehkan pulang.

Pemeriksaan kemudian dilanjutkan lagi Rabu (14/4) siang hingga akhirnya status Sjahril dinaikkan menjadi tersangka. Dalam pemeriksaan kemarin, Sjahril telah dikonfrontasi dengan Haposan Hutagalung (bekas pengacara Gayus yang ditahan).

Pengacara Sjahril, Hotma Sitompul mengatakan, penyidik mengonfrontasi dugaan rekayasa pencucian uang Rp 25 miliar.

Menurut Hotma, ada beberapa keterangan berbeda antara Sjahril dan Haposan, namun beberapa keterangan lainnya sama.

Pelaksana tugas Kabid Penerangan Umum Divisi Humas Mabes Polri Kombes Zulkarnain menjelaskan, penyidik akan mengonfrontasi Sjahril dengan Susno Duadji, Gayus, dan Andi Kosasih.

Di hadapan penyidik, Sjahril mengaku menjanjikan uang kepada oknum petinggi polisi, termasuk Susno.

Susno sendiri membantah menerima suap dari Sjahril. Dia menilai ada rekayasa dalam pengusutan dugaan makelar kasus ini.

Menurut Susno, dia justru yang mencoba membongkar dugaan markus di Polri. Susno juga mengaku siap dikonfrontasi dengan Sjahril.

Sementara itu, Satgas Pemberantasan Mafia Hukum, menyambangi Kejagung untuk berkoordinasi masalah Sjahril Djohan dengan Wakil Jaksa Agung, Darmono, yang juga menjabat sebagai anggota Satgas.

Tim Satgas yang mendatangi Kejagung adalah Denny Indrayana dan Mas Achmad Santosa. Darmono mengaku, belum ada keterkaitan antara Sjahril Djohan dan orang-orang di lingkungan Kejagung. Sedangkan soal rencana pemeriksaan Sjahril, Darmono menyatakan pihaknya masih menunggu perkembangan.

Sekretaris Satgas Denny Indrayana mengatakan, kedatangan Satgas ke Kejagung hanya untuk koordinasi saja. Denny menolak berkomentar lebih jauh dan langsung masuk ke mobilnya.

Agen BIN

Sebagaimana diketahui, Sjahril Djohan bukanlah orang sembarangan. Setelah diketahui pernah menjadi staf ahli Jaksa Agung Marzuki Darusman, Sjahril ternyata juga agen Badan Intelijen Negara (BIN).

"Sekarang tidak lagi. Kalau tidak salah, tahun ini terakhir," tutur penasihat hukum Sjahril Djohan, Hotma Sitompul, saat ditanya keanggotaan kliennya dalam BIN, di Mabes Polri, Jakarta, Rabu (14/4).

Dikatakan Hotma, mantan Satgas Suslu Laksus Kopkamtib Bidang Luar Negeri tahun 1971-1973 ini mempunyai banyak pengalaman di bidang intelijen.

"Sudah banyak jasanya buat negeri ini. Dalam mencari orang misalnya, mencari harta-harta orang," katanya. - Hidayatullah.com

Read More...

Kispa Berangkat Ke Gaza Bersama Viva Palestina Ke-4

KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina), dengan izin Allah Ta'ala, akan mengirimkan tim relawan kemanusiaan untuk ikut serta bersama kafilah Viva Palestina ke-4 (Garis Kehidupan Menuju Gaza) yang akan berangkat dari Istanbul, Turki pertengahan bulan Mei 2010 mendatang.

Kafilah ini terdiri dari organisasi-organisasi kemasyarakatan dari berbagai negara di bawah IHH (Insani Yardim Vakfi), organisasi bantuan kemanusiaan terbesar di Turki.

Misi kafilah ini untuk menembus blokade militer-politik-ekonomi Israel yang mengepung Gaza dan sudah berjalan selama 4 tahun terakhir ini serta memakan korban ribuan jiwa, serta menyampaikan bantuan internasional secara langsung, terutama barang-barang yang selama ini dilarang masuk ke Gaza oleh Israel, seperti obat-obatan, peralatan rumah sakit dan bahan-bahan bangunan seperti semen dan besi-besi.

Minggu lalu, tim KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina), Sahabat Al-Aqsa, dan MER-C (Medical Emergency Rescue Committee) dari Indonesia melakukan pertemuan khusus dengan Presiden IHH Fahmi Bulent Yildirim di markasnya di Istanbul, Turki.

Pada kesempatan yang sama, tim dari ketiga organisasi Indonesia juga mengunjungi kapal Marvi Marmara yang dibeli oleh IHH untuk kepentingan kafilah ini.

Dalam misinya kali ini, KISPA akan menyalurkan sumbangan masyarakat Indonesia untuk program tahfizh bagi anak-anak Palestina, bantuan paket alat-alat sekolah bagi ratusan anak yatim, pengadaan laptop bagi para guru, pembangunan sumur-sumur air minum, dan pembangunan pembangkit listrik tenaga biogas, bekerja sama dengan IHH dan yayasan-yayasan di Gaza.

Masyarakat Indonesia diserukan untuk ikut menyalurkan bantuan langsung ke Gaza ini lewat Rekening KISPA: Bank Muamalat Indonesia (BMI) Cab. Slipi no. rek. 311.01856.22 a.n. Nurdin QQ KISPA, agar delegasi KISPA dengan izin Allah bisa menyerahkan bantuan itu langsung ke pemerintah Palestina di bawah Perdana Menteri Ismail Haniyah dan rakyat Gaza.

Sejak berdirinya tahun 2002, KISPA telah menyalurkan langsung dana dari masyarakat Indonesia untuk rakyat Palestina dan perjuangan membebaskan Masjidil Aqsha, kepada berbagai pihak yang dapat dipercaya di Palestina, diantaranya Al-Quds International Foundation pimpinan Syekh. Dr. Yusuf Al Qaradhawi dan Rabitah Ulama Palestina.

Setelah Gaza diserang Israel, relawan kemanusiaan KISPA dapat masuk dan berada di Gaza selama lima hari untuk menyampaikan bantuan rakyat Indonesia secara langsung kepada korban yang menderita, serta anak-anak yang mengikuti program menghafal Al Qur’an selama dua bulan. (Ferry Nur, Ketua KISPA). - kispa.org

Read More...

Tuesday, April 13, 2010

Nasib Politisi PKS, Misbakhun

Selasa, 13/04/2010: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengeluarkan izin pemeriksaan terhadap Muhammad Misbakhun, anggota legislatif dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Pengeluaran izin Presiden itu, menjawab permintaan Markas Besar Kepolisian RI setelah menetapkan Misbakhun sebagai tersangka kasus letter of credit (L/C) Bank Century oleh Mabes Polri.

Sementara itu, Menteri Sekretaris Kabinet Dipo Alam, mengatakan Presiden telah menyetujui permintaan Mabes Polri untuk mengambil langkah-langkah hukum dalam kasus itu. “Surat tersebut berisi izin pemeriksaan dan penahanan terhadap saksi dan tersangka Misbakhun”, ucap Dipo dalam keterangan di kantor Presiden, kemarin. “Surat izin pemeriksaan dan penahanan tersebut langsung dikirim malam ini ke kepolisian”, tambahnya.

Kasus L/C yang di duga bermasalah ini terungkap dalam hasil audit investigasi Badan Pemeriksa Keuangan (BPK), yang menjadi dasar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) membentuk Panitia Khusus Angket Bank Century. Menurut BPK, PT Selalang – perusahaan milik Misbakhun – adalah satu dari sepuluh perusahaan penerima L/C impor dari Century, yang totalnya mencapai 177,8 juta dolar Amerika atau Rp 1,88 triliun. (Tempo,13/4)

Dibagian lain, mantan Presiden PKS Tifatul Sembiring menegaskan, partainya bakal memberi sanksi berat jika ada kader bermasalah, seperti kasus Misbakhun. “Diproses saja secara hukum. Sanksi dimungkinkan sampai tingkat pemecatan”, tegas Tifatul.
Menanggapi kasus yang terjadi atas diri Misbakhun itu, Ketua Fraksi PKS, Mustafa Kamal, menegaskan, “Masalah yang terkait pribadi diselesaikan secara pribadi. Kami tidak ada pemikiran lepas tangan, tetapi harus proporsional”, kata Kamal.

Kasus ini pertama kali dilaporkan oleh Staf Khusus Presiden Bidang Bantuan Sosial dan Bencana Andi Arief kepada polisi. Andi melaporkan kasus itu saat DPR menggelar rapat Panitia Khusus DPR tentang Hak Angket Century. Misbakhun termasuk diantara ‘sembilan orang’ pengusul Hak Angket terkait dengan pennggelontoran bail out kepada Bank Century yang nilai mencapai Rp 6,7 triliun.

Ironinya, Misbakhun yang menjadi salah satu dari inisiator Hak Angket Century, menerima L/C dari Bank Centruy, yang jumlahnya cukup lumayan. Inilah dilema partai yang mengusung jargon bersih, peduli dan profesional, sekarang kadernya tersandung kasus Century. Eramuslim

Read More...

Pasang Listrik Prabayar Masih Gratis

Jakarta; Selasa, 13 April 2010: PLN Distribusi Jakarta Raya dan Tangerang masih menggratiskan biaya migrasi (pindah) dari listrik paskabayar ke listrik prabayar, kata General Manager PLN Distribusi Jakarta Raya dan Tangerang Purnomo Willy BS.

Menurut Willy sebagai usaha perbaikan pelayanan PLN, diharapkan prabayar menjadi pilihan utama pelanggan, baik untuk pasang baru maupun migrasi. Untuk itu PLN memberikan pelayanan yang seluas-luasnya dengan tidak membatasi daya tersambung, mulai dari 450 volt ampere (VA) sampai 5500 VA.

Dalam siaran pers disebutkan, untuk pembelian isi ulang (STROOM) listrik prabayar, ada beberapa menu pilihan yaitu Rp 20.000,- Rp 50.000,- Rp 100.000,- Rp 250.000,- Rp 500.000,- dan Rp 1.000.000,-.

Isi ulang dapat diperoleh di loket atau kantor pelayanan PLN, Bank Bukopin, Mandiri, OCBC NISP, BPRKS, Artha Graha, BRI, BNI, dan kantor pos.

Sementara itu, mengenai jumlah pelanggan listrik prabayar, sampai saat ini sudah mencapai 36.000 pelanggan.

Willy menambahkan tidak ada persyaratan khusus untuk menjadi pelanggan listrik prabayar. Calon pelanggan cukup datang ke kantor pelayanan dengan membawa kartu identitas (jika diwakilkan harus ada surat kuasa dengan materai Rp 6.000), membawa sket lokasi menuju rumah, penerbitan surat persetujuan, membeli isi ulang perdana Rp 20.000,- menandatangani surat perjanjian, dan petugas akan melaksanakan penyambungan.

Dengan prabayar, diharapkan pelanggan dapat menikmati berbagai kemudahan yaitu dapat mengendalikan pemakaian listrik, bebas pencatatan meter, membeli STROOM sesuai kemampuan, tidak ada biaya keterlambatan, bebas biaya abodemen, privasi lebih terjaga dan jaringan isi ulang mudah di dapat.

Integritas Pelayanan

Tidak hanya bicara prabayar, Willy juga mengimbau untuk berpartisipasi dalam meningkatkan integritas pelayanan PLN.

Dalam hal ini PLN tidak melakukan transaksi di luar kantor PLN. Segala bentuk pembayaran harus dilakukan di kantor pelayanan tanpa melalui perantara atau calo. Jika pelanggan atau masyarakat luas menemukan praktik calo yang meminta imbalan, segera disampaikan melalui SMS ke 8123 atau ke 0812 810 22000.

Untuk mengenali petugas resmi PLN, petugas akan dibekali dengan surat tugas resmi, memakai tanda pengenal, tidak pernah menawarkan transaksi pembayaran di lapangan, akan meminta tanda tangan pelanggan jika pekerjaan sudah selesai.

Untuk meningkatkan kehati-hatian, pelanggan diharapkan mendampingi petugas saat melakukan pekerjaan, sehingga tidak terjadi hal-hal yang tidak diinginkan. - The Globe Journal

Read More...

Waka BIN Jadi Wakil Ketua Umum PBNU

Tuesday, 13 April 2010: Pengamat menilai, masuknya orang BIN sebagai Wakil Ketua Umum PBNU sangat rawan bagi organisasi tersebut.

Sidang komisi organisasasi Muktamar ke-32 akhirnya menyepakati kepengurusan PBNU periode 2010–2015. Beberapa nama baru masuk dalam jajaran Ketua Tanfidziyah, antara lain Hasyim Wahid (Gus Im), Maidir Harun, Prof Maksum Mahfud, Hanif Saha Ghofur, Imam Azis, Hilmi Muhammadiyah, Arvin Hakim, Marsudi Syuhud, dan Kacung Marijan. Hanya Abbas Mu’in, ketua lama yang masih menjabat pada periode ini.

Sementara dua calon Ketua Umum PBNU dalam Muktamar di Makassar lalu KH Salahuddin Wahid (Gus Sholah) dan H Ahmad Bagja berada di jajaran a’wan PBNU. Calon lainnya KH Masdar Farid Mas’udi berada di jajaran rais syuriyah.

Untuk Sekjen PBNU periode kali ini dipercayakan pada H Iqbal Sulam, didampingi beberapa wakil yakni Enceng Shobirin, Hilmy Ali Yafie, Abdul Mun'im DZ, Aji Hermawan, Affandi Muchtar, Syahrizal Syarif, dan Hamid Bula.

Di jajaran bendahara ada Bina Suhendra sebagai bendahara umum didampingi beberapa bendahara lainnya Zainal Abidin, Mustolihin Majid, Raja Sapta Ervian, dan Hamid Wahid Zaini.

BIN

Yang menarik, dalam susunan kepengurusan baru PBNU periode 2010–2015 ini , muncul nama Wakil Kepala Badan Intelijen Negara (Waka BIN) As’ad Said Ali sebagai Wakil Ketua Umum (Waketum) PBNU. Wakil Ketua Umum lain yang mendampingi KH Said Aqil Siradj adalah Slamet Effendi Yusuf. Demikian hasil rapat tim formatur yang diadakan di kediaman Rais Am KH Sahal Mahfud, Pondok Pesantren Maslakul Huda, Kajen Pati, Senin (12/4).

Pengamat politik NU, Imdadun Rahmat dikutip Koran Sindo menilai, masuknya As’ad Said sebagai Wakil Ketua Umum PBNU sangat rawan bagi PBNU.

Sebab, menurut dia, bukan tidak mungkin, dengan jabatannya sebagai Wakil Kepala BIN,As’ad akan dapat melakukan intervensi terhadap PBNU ke depannya.

”Apa pun itu, As’ad Said Ali adalah Wakil Kepala BIN yang juga representasi pemerintah. Jadi, idealnya,Pak As’ad harus mundur dari Waka BIN jika ingin aktif di NU,” kata Imdad.

Menurut Imdan, jika nantinya As’ad memilih aktif di NU, mau tidak mau harus lebih mementingkan urusan NU ketimbang menjadi kepanjangan tangan pemerintah untuk melakukan intervensi.

”Ini memang serba susah. Yang kita kenal Pak As’ad itu dibesarkan dari keluarga pesantren. Jadi ke-NU-annya tidak perlu diragukan lagi.

Tapi, juga tidak dibenarkan jika nantinya Pak As’ad lebih mengutamakan kepentingan pemerintah,” ujarnya. Mantan tim sukses yang juga salah satu orang kepercayaan Ketua Umum PBNU KH Said Aqil Siradj, Sulthan Fatoni, mengatakan, penunjukan As’ad Said Ali sebagai Wakil Ketua Umum PBNU diharapkan bisa memperkuat politik kebangsaaan di NU, yakni dengan menitikberatkan membuka jaringan ekonomi dan pendidikan NU, khususnya di pondok pesantren. Selain itu, memperkuat jaringan internasional yang selama ini dinilai sudah membaik.

”Pak As’ad dinilai memiliki kemampuan untuk itu, yaitu bisa memperkuat politik kebangsaan dan jaringan internasional,” kata Sulthan.

As’ad Said kelahiran Kudus, Jawa Tengah, 19 Desember 1949, pernah 'nyantri' di Pondok Pesantren (Ponpes) Krapyak asuhan KH Ali Ma`shum. Mengabdi di dunia intelijen selama 35 tahun.

Selain pernah bertugas secara singkat di berbagai negara di Eropa, Amerika, Afrika, dan Asia, juga pernah bertugas di berbagai negara Timur Tengah. Bahkan dikenal intel yang fasih berbahasa Arab dan sempat bertemu dengan keluarga bin Laden di Timur Tengah. Sejak tahun 2001, ia dipercaya sebagai Wakil Kepala Badan Intelijen Negara (BIN). Bahkan termasuk sipil pertama yang pernah menjadi Wakil Kepala BIN. Hidayatullah.com

Read More...

Monday, April 12, 2010

Calon BN: Umno terpaksa berdepan `keras kepala' Samy

Artikal ramalan ini telah disiar Harakah edisi Jumaat, 5 April lalu. Bagaimanapun bahagian hujungnya telah dipotong kemungkinan ruang pagenya terlalu padat.

Akibat potongan tersebut nama calon yang disukai Umno Hulu Selangor hilang dan maksudnya tidak tercapai.

Oleh itu sesiapa yang mahu membaca artikal penuhnya adalah seperti berikut:

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sudah masak dengan gertak Umno sebab itu beliau yakin MIC dan calon kesayangannya Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebagai bakal calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tindakan MIC mengutarakan hanya satu nama bakal calon sama seperti tekanan yang dialami Bahagian Teluk Kemang bila menghantar satu nama calon iaitu ketua bahagiannya, Tan Sri Isa Samad kepada Umno Pusat semasa pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu.

Sedangkan Umno Pusat ketika itu `bertegang leher' mahukan Bahagian dan Perhubungan Umno Negeri Sembilan menghantar senarai calon lebih daripada seorang. Apakah Samy Vellu selepas ini akan menggunakan taktik sama yang dipakai Isa Samad?

Umno Hulu Selangor dan Umno Selangor dikatakan tidak senang dengan calon Palanivel yang disifatkan mereka sebagai kalah teruk pada pilihan raya umum ke 12, Mac 2008 lalu kepada calon PKR, Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia Khamis lalu.

“Akar umbi dan Umno mahu calon Umno,” kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus sebagaimana dilaporkan akhbar.

Mereka mempersoal kenapa Palanivel hilang begitu banyak sehingga 5,981 undi walaupun beliau kalah tipis dengan majoriti 198 undi. Ini kerana jumlah majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali ialah 6,179 undi.

Umno bertanding dua kerusi Dun iaitu Hulu Bernam menewaskan calon PAS dengan majoriti 3,549. Calonnya, Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar memperolehi 7,985 undi. Pengundi berdaftar seramai 17,549 dan Shukor hanya memperolehi 4,436 undi.

Manakala Dun Batang Kali ditandingi Mohd Isa Abu Kasim mendapat 11,724 dengan menewakan calon PKR, Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi. Nasaruddin hanya dapat 9,545 undi daripada pengundi seramai 27,832 orang.

Sementara Dun Kuala Kubu Bharu mempunyai 18,212 pengundi memberikan kemenangan kepada calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.

Bagaimanapun Umno dikatakan sukar meletakkan calon yang berwibawa di Hulu Selangor selain nama yang tidak asing di situ iaitu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib anak kelahiran Kalumpang. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dan bekas Ketua Umno Bahagian tersebut.

Sekiranya Umno menamakan Muhammad bermakna Umno bersedia menanggung risiko serangan politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Muhammad juga bukan orang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kalah teruk kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Umno dengan majoriti 659 undi pada pemilihan Mac 2009. Muhyiddin mendapat 1,575 undi manakala Muhammad hanya 916 undi.

Umno menamakan Muhammad kerana mengambil kira kemenangan Isa Samad dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang tetapi Isa masih menguasai Teluk Kemang sedangkan Muhammad sudah dikira orang yang telah bersara dalam politik tetapi disebabkan Umno ketandusan calon maka Umno di Selangor dan Bahagian terpaksa menamakan Muhammad yang juga digelar `Mike Tyson'.

Mohamed Idris juga antara nama yang disebut kerana populariti beliau menawan Dun Hulu Bernam dengan bergaya tetapi beliau dikatakan banyak terpalit dengan isu tidak berdisiplin kerana lebih sibuk dan mengutamakan projek serta golf.

Begitu juga dengan jawatankuasa Umno di situ yang dinilai lebih kurang berperangai sama sementara harapan kepada Ketua Penerangan Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom yang juga bekas Exco Selangor tidak mampu menjanjikan peluang yang baik kepada Umno.

Kalangan pemuda Umno pula tidak ada ketokohan jika mahu dibanding pemuda PKR, PAS dan DAP. Dalam banyak segi mereka jauh ketinggalan berbanding pimpinan pemuda Umno di bahagian lain.

Semua lapisan masyarakat kenal siapa ketua dan naibnya yang mementing wang berbanding pemuda parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan kesemuanya dipimpin golongan berkelulusan dan berpendidikan.

Menurut sumber juga barisan jawatankuasa pemuda Umno itu juga mempunyai rekod yang tidak baik di mata masyarakat kerana terdapat khabar dikalangan exconya terlibat dalam masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, `kaki perempuan' dan `kaki botol'.

Tambah sumber berkenaan, kepimpinan peringkat bahagian beria-ia mahukan mereka dan begitu juga wakil rakyat kerana ia mudah dikawal disebab pemuda ini bergantung hidup dengan mereka.

Begitu juga dengan kepimpinan wanita yang masih ditakuk lama. Jadi apakah pemimpin Umno Pusat menganggap relevan untuk mereka betanding atau akhirnya terpaksa mengambil calon import?

Melihat kepada senario tersebut maka Samy Vellu akan berkeras mempertahankan kerusi milik MIC walaupun terdapat ura-ura parti baru Makkal Sakti akan diberi ruang jika berbanding calon India.

Ini kerana terdapat pihak Umno yang membuat `poll' melalui web menunjukkan sokongan kepada calon daripada Makkal Sakti mendapat 8 peratus berbanding MIC hanya 6 peratus. Bagaimanapun sokongan kepada calon Umno bertanding di situ lebih tinggi iaitu 82 peratus.

Namun begitu Makkal Sakti tidak termasuk perjanjian asal parti dalam BN maka mudah bagi Samy Vellu mengenepikan cabaran tersebut tetapi bagaimana beliau mahu menyakinkan Umno bahawa partinya mampu menawan kembali Hulu Selangor.

Apakah Samy Vellu perlu sedikit kudrat seperti Isa Samad namun belau tidak berpengaruh di Hulu Selangor tidak seperti Isa di Teluk Kemang. Cuma yang ada pada Samy Vellu sehingga menguntung MIC sampai sekarang ialah keras kepala. Sebab itu beliau payah mahu turun daripada tahta Presiden MIC.

Mungkin keras kepala beliau boleh melemahkan Najib tetapi harus diingat sekiranya Najib boleh luntur maka Mahathir akan masuk campur sebagaimana kritikan keras Mahathir terhadap Samy dalam pemilihan MIC tahun lalu.

Apakah mudah bagi Najib tunduk kepada Samy Vellu? Ini kerana difahamkan Najib mungkin boleh mengalah dan Umno sedia memberi ruang MIC bertanding disitu tetapi calon kesukaan Samy mungkin tercabar.

Umno Hulu Selangor juga dikatakan bosan dengan calon Samy Vellu dan kemungkinan mendesak MIC meletakkan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor sebagai calon sekiranya Umno ditolak bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor nanti.

Keadaan itu menyebabkan Samy dalam keadaan amat tertekan dan dikatakan juga Mahathir sedang bersiap menyusun serangan keatas Samy Vellu kerana Mahathir cukup tidak berpuas hati dengan Samy yang mengatasi beliau dalam soal usia kepimpinan.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP