Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 12, 2010

Laporan Umno berjoli wang peneroka sebabkan TPM menyembah di Sungai Buaya hari ini

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa terburu-buru ke kampung Sungai Buaya hari ini kerana laporan Harakah mendedahkan pemimpin Umno berjoli sakan di luar negara menghabiskan wang peneroka Felda Sungai Buaya.

Laporan di muka 23 akhbar itu menceritakan bagaimana keperitan hidup penduduk kampung tersebut yang dahulunya sebagai peneroka, selepas tanah ladang mereka dipujuk jual kepada pemaju sebaliknya sampai sekarang mereka tidak mendapat bayaran sepenuhnya yang dijanjikan.

Mereka hanya dapat 10 ke 30 peratus yang dijanjikan keatas jualan tersebut. Selebih sampai sekarang tidak dapat.

Mereka jatuh fakir dan miskin sehingga di kampung tersebut seramai 245 orang layak terima zakat. Jumlah itu boleh dikatakan menyamai penerima zakat bagi kedua asnaf tersebut bagi satu daerah Kuala Selangor.

Harakah terbitan edisi Isnin 12 April telah berada di pasaran petang Sabtu, 10 April. Berita itu kemudiaannya dibuat susulan oleh Malaysiakini pada 11 April dengan tajuk Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan.

Esoknya (Hari ini 12 April) dilaporkan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri sudah berada di Sungai Buaya difahamkan untuk selesaikan dan tutup keaiban yang dilakukan pemimpin Umno.

Selama ini peneroka digula-gula, ditabur manisan hingga terlindung semua tingkah buruk yang dilakukan pemimpin Umno keatas peneroka.

Berita penuh anda boleh dapatkan edisi Harakah tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP