Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 3, 2010

Al-Qassam nafikan motis pasukan elit Israel

Brigade Izzudin Al-Qassam, sayap militia Hamas, berhasil membuat kelam kabut pasukan Israel, Brigade Golani. Peristiwa yang seharusnya membuat Israel malu itu diabadikan dalam rakaman video yang disiar laman maya al-Qassam.

Rakaman video tersebut menunjukkan kepanikan tentara Israel menghadapi operasi al-Qassam di Khan Younis. Tembakan bersembunyi membuat beberapa anggota pasukan Israel tumbang, sehingga mereka memanggil bantuan dan menarik tentera yang terbunuh keluar daripada pagar sempadan.

Al-Qassam melancarkan operasi pada hari Jumaat 26 Mac lalu, untuk mematahkan mitos yang mengatakan bahawa Brigade Golani adalah pasukan elit Isrel paling berpengalaman, dilengkapi senjata canggih dan anggotanya adalah para profesor dalam bidang ilmu ketenteraan.

Dalam operasi khusus itu, al-Qassam berhasil membunuh Deputi Komandan Batalion 12 dari Brigade Golani, seorang perajurit dan mencederakan lima tentera Israel yang lain. Seorang perajurit Israel dalam keadaan kritikal.

Operasi pasukan Hamas ini membuktikan, bahawa pasukan Israel tidak sehebat yang selama ini disangka ramai, sehingga membuat banyak negara kagum sekaligus ketakutan. Pasukan paling elit Israel, berhasil dibuat panik oleh pasukan Hamas yang hanya membawa senjata sederhana. kispa.org

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP