Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 28, 2010

Berbaloi ke tembak sampai mati kerana tak ada lesen

Remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis masih berusia 14 tahun dakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

(Gambar: Encik Rahim menceritakan tragedi ditempat kejadian, 20 meter dari rumah beliau)

Kata ibu remaja tersebut, Norsiah Mohamad, 60, anaknya mahu jadi ahli sukan yang berilmu.

Kalau tengok gambar yang ditunjuk oleh ibunya kepada wartawan memang anak beliau suka main bola.

Remaja bila suka main bola tentulah suka tengok bola. Sebab itu kedai yang ada screen besar tayang bola jadi tempat mereka berkumpul.

Jadi Amirul ini memang `kaki bola' bukan `kaki botol' atau `tangan panjang' tetapi memang anak periang ini suka bola dan suka tengok bola di kedai sampai larut malam.

Malam kejadian itu pun saya diberitahu ada perlawanan hebat melibatkan Chelsea. Betul ke Chelsea ada lawan atau pasukan lain saya tak pasti tapi boleh dikatakan ada perlawanan hingga boleh tarik Amirul ke kedai. Mungkin itulah agaknya.

Pada malam itu beritahu sahabat saya Haji Ismail, beliau memang ada terdengar tembakan dalam pukul 1.45 pagi, Isnin kalau tengok jam beliau ketika itu.

"Dalam enam das bunyi tembakan. Ini kawasan kejiranan Syeksyen 11. Bila saya keluar dan lihat orang pun ada keluar tetapi polis memberitahu ada kes jenayah dan meminta orang ramai tidak menghampiri tempat tersebt," katanya.

Melihat tempat tragedi disimpang masuk ke rumah Amirul lebih kurang 100 meter, mungkin membayang Amirul mahu pecut ke rumah.

Amirul dikatakan lari daripada polis kemungkinan beliau tidak memiliki lesen memandu. Usia belum mencecah 18 tahun mana ada lesen. Kereta yang dipandu itu pula kepunyaan kakaknya.

Kata Norsiah, kereta kaka amirul itu penuh dengan kasut anaknya; "Mana ada senjata."

Kata Guan Eng; "Kita hairan bagaimana kasut boleh tukar jadi parang."

Polis sebelum ini memaklumkan parang ditemui dalam kereta tersebut.

Berbalik cerita tadi, belum sempat Amirul membelot keretanya ke rumah beliau ditembak dibelakang kepala dan kereta meluncur terus ke tembok pagar sebuah rumah.

Selepas itu rakan kepada Amirul dan saksi utama juga seorang remaja sebaya dengan Amirul dipukul teruk oleh anggota polis tersebut.

Hairan takkan polis tidak kenal remaja dengan orang tua. Kata orang jiran sekitar Syeksyen 11 itu, namanya Rahim, kawasan ini ada lampu jalan, terang.

Barangkali hati polis itu sudah gelap.

Saksi utama itu merupakan anak kepada seorang polis berpangkat sarjan dan tinggal di rumah anggota polis dalam kawasan ibu pejabat polis Shah Alam.

Sekian. Insya Allah maklumat seterusnya akan disampaikan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP