Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 28, 2010

Polis pukul anak polis diacu tembak

Rakan Amirulrasyid Amzah, 14, yang ditembak mati polis merupakan seorang anak kepada sarjan polis yang bertugas di pejabat polis Shah Alam.

Beliau juga tinggal dalam kawasan tersebut bersama keluarganya. Semasa kejadian 1.45 pagi, Isnin, 26 April, rakan Amirul itu duduk disebelah Amirul yang membawa kereta proton Iswara.

Sebaik Amirul ditembak dikepala kereta proton tersebut terbabas manakala rakan Amirul yang menjadi saksi utama dibelasan polis sampai lembek.

Muka dan tubuhnya masih remaja kenapa geram sangat polis belasan rakan Amirul itu.

Beliau cuba melarikan diri ke surau tetapi terjatuh. Ada polis cuba mengacukan pistol untuk menembak kaki kawan Amirul itu.

Orang kata mungkin nyawa budak itu panjang maka ada asbab berlaku iaitu lalu sebuah MPV yang menghalang polis tersebut menembak. Rakan Amirul itu mengambil peluang menghilangkan diri.

Berikut beliau membuat repot polis dilaporkan Malaysiakini:

Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama
Jimadie Shah Othman Apr 28, 10

Polis akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.

Saksi tersebut yan
g dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.

Peguam Gobind Singh Deo (kanan) yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Gobind Singh tiba di IPK Selangor pada kira-kira 3.15 petang. Sebelum itu, kira-kira jam 3 seorang pelajar - dipercayai saksi - tiba bersama ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam sebuah kereta.

Go
bind kemudiannya memberitahu media bahawa proses anak guamnya memberi keterangan bermula jam 3 petang dan dijangka selesai dalam tempoh sejam setengah hingga dua jam.

"Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan," katanya.

Saksi ditemani anggota keluarga dan ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.

Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

Ditanya keadaan anak guamnya, Gobind berkata pelajar terbabit masih trauma, tertekan dan terkejut.

Sementara itu, Gobind juga berkata, DAP akan menghantar memorandum kepada ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam tempoh terdekat supaya polis membuat kajian terhadap garis panduan penggunaan senjata api.

Katanya, beliau faham bahawa polis perlu menggunakan senjata api bagi melindungi diri, tetapi "isunya bila perlu guna".

"Harap esok (boleh hantar), tetapi kita akan bincang bersama PAS dan PKR dahulu," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman pihak polis yang mengeluarkan kenyataan awal tentang kes itu, Gobind berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.

"Yang penting sekarang satu siasatan yang adil, bebas dan telus dijalankan sekarang," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang peguam keluarga Aminulrasyid memberitahu Malaysiakini, Norsiah Mohamad - ibu Aminulrasyid - dan menantunya Muzaffar Mahali, turut dirakamkan kenyataannya di IPK yang sama petang ini.

Puspawati Rosman berkata, dua anak guamnya sedang disoalsiasat mulai jam 6 petang.

Seorang lagi peguam mereka Latheefa Koya juga hadir menemani keluarga mangsa.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP