Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 4, 2010

MAPIM AKAN KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA

kispa.org: Penderitaan umat di GAZA khasnya amat memprihatinkan setelah lebih 1000 hari mereka dikepung, diserang, disekat bekalan makanan dan minuman, dinafikan hak mereka sebagai manusia dalam pendidikan, kesihatan dan segalanya.

Kondisi kesengsaraan ini tidak dapat dibayangkan boleh berlaku di zaman moden dan canggih ini tanpa ada usaha jelas dari negara berkuasa besar seperti Amerika untuk menyelesaikannya. OIC hanya mampu melihat dan jauh sekali untuk membuat suatu tindakan tegas terhadap Israel.

Lebih malang lagi negara jiran yang paling hampir dengan GAZA Palestin memberi kerjasama pula dengan Israel dan sanggup menjadi hamba Amerika dengan menutup laluan di Rafah serta berusaha juga menutup lubang-lubang hayat di bawah tembuk maut Israel di sekitar Rafah.

Umat seluruh dunia mengutuk perbuatan Mesir tetapi seperti biasa oleh kerana di belakangnya ada sokongan dari Amerika dan Zionis Antarabangsa maka perancangan mereka diteruskan.

Menyedari kondisi ini maka Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan program ”KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA” pada 08 hb Mei 2010 yang melibatkan 500 ke 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia menuju ke Shah Alam.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan padu kepada saudara kita yang berada di GAZA Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa. Kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di GAZA wajib dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia.

Harapan kita hanya satu, iaitu "BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL AQSA". Mesej ini adalah mesej kemanusiaan yang ingin didengungkan ke telinga umat khasnya di Malaysia dan insyaallah usaha berterusan akan dilakukan oleh semua badan gabungan dalam MAPIM di seluruh Malaysia.

Kita tidak akan berhenti berkempen kerana kewajipan membebaskan GAZA dan AL AQSA adalah fardhu ain kepada seluruh umat Islam sedunia. Selagi tembuk maut belum diruntuh oleh Israel di GAZA dan masjid AL AQSA diselamatkan maka kempen akan terus dilakukan.

Di peringkat antarabangsa MAPIM telah bergabung perancangan dengan beberapa NGO antarabangsa khasnya di Turki bagi menghantar bantuan konvoi 20 kapal yang akan bergerak dari Turki ke pantai Gaza. Ini adalah sejarah komitmen umat manusia untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

MAPIM sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan bantuan dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut.

Oleh itu sekali lagi MAPIM menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dapat bersama menyertai "KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA' pada 8 Mei 2010 dan di waktu yang sama memberi bantuan apa sahaja agar misi bantuan dapat dilaksanakan dengan jaya pada pertengahan Mei 2010 ini.

Sokongan dan kerjasama dari semua pihak khasnya dari ngo-ngo Islam, artis, media, jabatan-jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu yang sejak awal memberi sokongan, kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Semoga Allah memberkati dan menerima amal kita ini sehingga kita terselamat dari azabNya di akhirat nanti.!! Amin (fn)

2 comments:

pemuda Mersey May 6, 2010 at 9:43 AM  

http://www.facebook.com/?ref=home#!/event.php?eid=115013281859287&ref=mf

pemuda Mersey May 6, 2010 at 9:45 AM  

Perhimpunan Perdana PALESTIN 8 Mei 2010 [By Sekreteriat LifeLine 4 GAZA]
Date:
Saturday, 08 May 2010
Time:
19:00 - 23:30
Location:
Stadium Melawati, Shah Alam
Description
Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air
- Kumpulan Nasyid Shoutul Harokah

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.


Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care
* Yayasan Amal Malaysia

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace.com
* ShouHAR Management (Malaysia)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, ayuh! Sebarkan usaha ini kepada kenalan-kenalan yang anda kenali tanpa mengira batasan bangsa, agama & politik!

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke


Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP