Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 16, 2010

Muhyiddin pembohong, Samy Vellu pembelit

MIC Bahagian Hulu Selangor kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pembohong.

Muhyiddin sebelum mengumumkan calon rasmi BN dilaporkan berkata anak tempatan akan mewakili BN. Kalau anak tempatan sudah tentu V Mugilan, Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor lahir di Ladang Kerling, Hulu Selangor.

Tiba-tiba semalam, Muhyiddin umum Ketua Penerangan MIC, Kamalanathan sebagai calon BN yang bertanding di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kamalanathan orang Rawang, tidak ada kena mengena dengan Hulu Selangor. Sebab itu orang MIC Hulu Selangor kata Muhyiddin pembohong.

Presiden MIC, S Samy Vellu sebelum ini pula dilaporkan amat marah dan akan memecat V Mugilan kerana melobi untuk jadi calon. Kata Samy calon Mugilan itu dari `pintu belakang' sebab bukan MIC yang hantar penama itu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Samy tahu sangat siapa yang layak bertanding di Hulu Selangor sebab beliau yang hantar tiga nama kepada Najib. Nama pertama, Datuk G Palanivel, nama kedua, Datuk G Palanivel dan nama ketiga, Datuk G Palanivel.

Jadi tidak ada nama Mugilan malah Kamalanathan sekalipun tetapi dari mana nama itu timbul, itulah yang membuat Samy melenting.

Mugilan dicadangkan Umno Hulu Selangor dan Kamalanathan sebagai penama alternatif daripada Umno bila MIC tidak dapat terima Mugilan.

Kalau Samy boleh keras kepala dengan Palanivel, Muhyiddin pun tidak kurang dengan Kamalanathan apabila nama Mugilan tersepit dengan ugutan akan dipecat daripada MIC oleh Presidennya, jika menjadi calon BN di situ.

Muhyiddin mesti mengelak nama Palanivel kerana orang Umno sudah tidak suka. Nama Mugilan pula MIC tidak suka. Jalan tengah Muhyiddin ambil Kamalanathan.

Sekurangnya dapat lembut orang Umno yang tidak suka Palanivel. Walaupun tak dapat ayam dapat kerak pun jadi.

Namun Muhyiddin yang mahukan Kamalanathan terpaksa buat gadaian jawatan senator dan timbalan menteri kepada Palanivel, baru dapat dilembut tokoh veteran India, Samy Vellu.

Apakah Samy Vellu tidak sedar calon MIC itu juga dari `pintu belakang'. Kemana taring Samy bila penama calon dipilih bukan daripada cadangan MIC. Sedangkan parlimen Hulu Selangor kerusi MIC.

Tidak malu ke Samy bila calon yang dipilih bukan daripada cadangan beliau. Kamu itu Presiden MIC. Tidak ada orang berani cabar kamu. Kenapa dengan Muhyiddin kamu boleh hilang kuku.

Apakah mudah sangat kamu hilang prinsip bila digula-gula jawatan timbalan menteri dan senator kepada timbalan kamu? Sebab itu Palanivel cukup geram dengan kamu hingga tidak muncul pada hari diumumkan calon semalam.

Kamu tahu Samy, Palanivel itu amat penat mempopularitikan dirinya di Hulu Selangor selama berpuluh tahun tiba-tiba dengan mudah kamu bagi kerusi tersebut kepada orang lain.

Kalau Kamalanathan menang, itu pun diatas keringat Palanivel yang telah berusaha bertahun-tahun kawasan itu ditandingi MIC.

Kemudian Samy mahu pujuk Palanivel dijanjikan kawasan baru bila bertanding nanti. Malah Samy gosok Palanivel lagi katanya beliau pengantinya.

Sedarkah Samy? Dengan kerusi yang sudah lama dipertahankan amat susah untuk Palanivel dipertahankan bagaimana mahu diberi kawasan baru.

Palanivel orang Pulau Pinang dan telah tertumpu di Hulu Selangor apabila beliau bertanding di situ dan memenanginya sejak empat penggal.

Apakah Samy sudah mahu bunuh politik Palanivel dengan memberi kawasan baru untuk beliau bertanding pilihan raya umum nanti. Kawasan tumpuan beliau pun sudah goyang macam beliau mahu naik dengan kawasan baru?

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP