Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 15, 2010

Samy Vellu arah Muhyiddin jangan pandang belakang

Barisan Nasional (BN) menghadapi tekanan MIC peringkat Bahagian dan Cawangan jika Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhasrat mengambil calon `pintu belakang'.

Difahamkan Ketua Pemuda MIC Hulu selangor, V Mugilan yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC Malaysia tidak pernah dikemukakan oleh Presiden MIC, S Samy Vellu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebab itu dipanggil calon `pintu belakang'.

Penama Mugilan tersenari dikatakan Umno Hulu Selongor yang memandai-mandai mengemukakan nama tersebut kerana tidak setuju Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel bertanding pada pilihan raya kecil Hulu selangor.

Memang Najib meminta Samy Vellu mengemukakan tiga senarai calon. Permintaan itu difahamkan dipenuhi Samy Vellu. Senarainya seperti berikut, pertama, Datuk G Palanivel, kedua, Datuk G Palanivel dan ketiga, Datuk G Palanivel.

Belit dia ada sikit lain dengan kes pilihan raya kecil Bagan Pinang, yang berterus terang tolak calon selain tan Sri Isa Samad.

Nampaknya BN sudah tidak menunjukkan kesepakatan apabila MIC tuduh Umno campurtangan dalam soal calon mereka di kerusi Hulu Selangor. Malah Umno dituduh tidak belakang kerana mahu letak calon pintu belakang.

Umno Hulu Selangor sudah hilang kepercayaan kepada MIC yang tetap berkeras mahukan Palanivel.

Apakah kali ini akhirnya Umno akan mengalah? Apakah tidak wujud langsung win-win situation kedua pihak, iaitu Umno kecewa kerana gagal dapatkan balik kerusi tersebut jadi mahu MIC meletakkan calon selain daripada Palanivel.

MIC menang kerana dapat hak terus bertanding di situ tetapi apakah bersedia beri satu kemenangan kepada Umno dengan beralah memberi laluan calon pilihan Umno?

Berikut berita berkaitan:

Muhyiddin Minta Semua Komponen BN Bersatu

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Dengan tempoh tinggal kurang dari 24 jam sebelum Barisan Nasional (BN) mengumumkan nama calonnya untuk pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya semua anggota komponen dan petugas parti untuk bersatu menyokong parti bagi memastikan kemenangan.

Muhyiddin, pengarah operasi BN bagi pilihan raya kecil itu berkata BN boleh merampas kembali kerusi parlimen yang jatuh ke tangan PKR pada pilihan raya umum 2008 itu dengan syarat semua pihak bekerja keras dan melakukan segala yang termampu untuk meraih kemenangan.

"Esok BN akan menamakan calonnya. Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menetapkan bahawa calonnya perlu daripada parti MIC. BN akan mengumumkan nama calonnya esok," kata Timbalan Perdana Menteri itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam ini.

"Oleh itu mari tunjukkan kepada pengerusi BN bahawa semua akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan. Semua pihak bekerja keras di peringkat akar umbi dan parti komponen setia menyokong BN," tambahnya.

"BN komited kepada prinsip utama perkongsian kuasa yang berjalan dengan lancar selama ini. Saya ingin ingatkan kepada orang ramai supaya kekal dengan rancangan asal. Marilah sama-sama bekerjasama demi kepentingan rakyat," katanya.

Hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi pada 25 April.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP