Ketua Persatuan Ulama Dunia, Dr. Yusuf al Qardhawi meminta dihentikan hubungan dan inisiatif damai dengan entiti penjajah Zionis selepas serangan berdarah terhadap armada kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Beliau menyeru diadakannya pertemuan para ulama di Istanbul untuk menyampaikan mesej "kontrak" kepada umat Islam.
Qardhawi kembali menegaskan seruannya kepada kerajaan Arab, kumpulan Arab dan kuasa Ramallah agar berhenti melakukan perbincangan dan memberikan inisiatif dalam dengan geng-geng penjahat Zionis yang tidak mahu kepada perdamaian dan tidak meyakini kecuali undang-undang rimba.
Ketua Persatuan Ulama Dunia ini menyeru pengeluaran inisiatif damai Arab yang dibunuh oleh Zionis dan dipenuhi dengan mayat melalui aksi kejahatan yang terus dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Qardhawi menegaskan di akhir kenyataannya, Selasa (1 Jun), seruannya untuk melakukan pemboikotan terhadap barang Zionis dan Amerika. (ASW)
'Seketul Jorjet Myla' Anak Peneroka Felda Jengka 7 'Kedua' Yang Telah
Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 Selepas Saya
-
'Hak bersuara di Malaysia dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan
Persekutuan, yang memberi hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan
menge...
11 hours ago

0 comments:
Post a Comment