Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 23, 2010

Kapal bantuan Iran berangkat ke Gaza Ahad depan

Teheran: Bulan Sabit Merah Iran bertekad menghantar sebuah kapal yang membawa 1100 tan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Kapal yang akan berangkat pada Ahad depan itu diberi nama "Kapal untuk Anak-anak Gaza".

Pihak Pejabat Bulan Sabit Merah Iran, Abdul Rauf Habib Zada, menyatakan, Selasa (22 Jun), hari Ahad depan pihaknya akan menghantar sebuah kapal yang membawa 1100 tan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, terutama ubat-ubatan, makanan dan pakaian kanak-kanak.

Pakaian tersebut diberikan kepada anak-anak Gaza hasil sumbangan daripada anak-anak Iran.

Beliau menyatakan bahawa kapal itu akan meningalkan pelabuhan Bandar Abbas di Teluk hari Ahad depan menuju laut tengah.

Beliau menambah; "Kapal ini hanya akan disertai 10 orang sahaja yang menumpang di atasnya. Sebanyak 5 orang wartawan dan 5 sukarelawan kemanusiaan. Kapal ini memerlukan masa 14 hari untuk tiba di pantai Gaza."

Bulan Sabit Merah Iran pada awal bulan Jun lalu menyatakan tekadnya untuk menghantar sebuah kapal bantuan kemanusian dan sebuah kapal lain yang mengandungi para relawan ke Semenanjung Gaza, sebagai usaha untuk membebaskan kepungan yang dikuatkuasakan Zionis Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak sekitar 4 tahun.

Kapal kedua yang akan membawa para relawan masih menunggu kelulusan kerajaan Iran kerana alasan keselamatan. Demikian menurut pihak Bulan Sabit Merah Iran (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP