Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 5, 2010

Apakah kapal "Rachel Corrie" senasib namanya?

(Gambar: Relawan kemanusiaan Amerika Syarikat Rachel Corrie ketika digilig buldoser Israel, buldoser buatan negerinya sendiri)

Setelah aksi serangan berdarah Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara yang bergabung dalam Freedom Flotilla menyebabkan puluhan mangsa terbunuh dan cedera, kini atmosfera Semenanjung Gaza dan dunia masih menanti tindakan Israel terhadap kapal kemanusiaan Rachel Corrie dari Ireland ke wilayah Palestin yang terkepung itu.

Rachel Corrie adalah nama aktivis kemanusiaan dari Amerika yang mati digilis tank Israel di selatan Semenanjung Gaza pada 2003.

Tulang dan darahnya remuk bercampur tanah. Kini namanya melekat sebagai tanda kemanusiaan yang diusung Ireland untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan menembusi kepungan terhadap Gaza.

Kapal Rachel Corrie yang sebenarnya adalah sebahagian daripada Armada Kebebasan "Freedom Flotilla" sendiri telah membulatkan tekadnya akan menembusi sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Negara yang mengutus kapal itu ialah Ireland telah meminta kepada Israel agar mempermudah pelayaran kapal itu ke Semenanjung Gaza.

Hal itu disampaikan sendiri oleh Presiden Ireland, Briyan Cohen kepada Israel. Bahkan Menteri Luarnya, Michael Martin juga meminta kepada Israel untuk memastikan kapal itu tiba dengan selamat di Semenanjung Gaza.

Beliau sendiri melepaskan enam relawan kemanusiaannya yang ada di kapal Rachel Corrie itu.

Namun elit Israel sudah bulat pula hendak menghalang kapal itu di Laut Tengah.

Kapal itu terlambat bergabung dengan kumpulan Freedom Flotilla kerana masalah teknikal.

Dalam kapal itu ada 15 aktivis kemanusiaan di antaranya peraih novel perdamaian tahun 1976 Mairead Corrigan, Dennis Haliyadi yang pernah memimpin program kemanusiaan PBB ke Iraq pada 1997 dan 1998.

Dianggarkan kapal ini akan tiba di pantai Gaza terakhir penghujung hari Sabtu ini meskipun sebelum ini Israel menggagalkan perancangan kapal Mavi Marmara dan gabungannya.

Hal yang sama disampaikan Direc Garham salah satu pasukan dalam kapal ini menyatakan kepada radio Ireland bahawa kapalnya mengandungi 15 relawan di antaranya dari Ireland Utara peraih Novel Perdamaian dan akan tiba pada Sabtu ini.

Ia menegaskan bahawa dirinya sudah membahas masalah serangan Israel ke kapal freedom flotilla namun pihaknya sudah membulatkan tekadnya ke Gaza yang diblokade sejak empat tahun lalu.

Ia menegaskan, kapalnya mengandungi alat perubatan, bantuan sekolah dan simen.

Sementara itu Kempen Eropah Anti kepungan Gaza mengingatkan Israel agar tidak mengganggu kapal Ireland "Rachel Corrie" itu.

Ketua kempen itu Arafat Madli menegakan bahawa keresahannya atas senario permusuhan Israel yang menjadi mangsa puluhan orang. (Bn-bsyr)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP