Rakaman video baru yang diposting di internet baru-baru ini menunjukkan lebih banyak kekerasan yang berlaku oleh pasukan komando tentera laut Israel selama serangan brutal membunuh aktivis konvoi bantuan kemanusiaan yang menuju Gaza pada bulan Mei lalu.
Video ini menunjukkan tentera Israel sengaja membunuh seorang aktivis bantuan selama serangan mereka terhadap armada Kebebasan, di mana jumlah keseluruhan 20 orang awam yang ada di kapal Mavi Marmara dipercayai telah mati dibantai oleh tentera Israel.
Rakaman terkini tersebut menunjukkan tentera Israel memukul dan menendang warga Amerika Syarikat berketurunan Turki, Furkan Dogan, yang tercedera.
Aktivis kemanusiaan yang masih berumur 19 tahun ini akhirnya meninggal dunia di atas kapal Mavi Marmara selepas ditembak oleh pasukan Israel.
Tidak lama selepas serangan pembunuhan itu, kerajaan Israel mengembalikan sembilan mayat. Lapan mayat warga Turki dan satu warga negara Amerika.
Sementara itu, beberapa laporan mengatakan aktivis Armada Kebebasan Gaza telah dirompak sebanyak 3.5 juta dolar dalam bentuk wang tunai dan peralatannya juga dirampas oleh tentera Israel.
Penyerbuan dan pembunuhan tentera Israel pada tarikh 31 Mei lalu telah menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa, di mana seluruh dunia melakukan demontrasi mengutuk serangan itu. (Fq / prtv)
PAKATAN koyak topeng Raja -Presiden PAS. Bongkar!
-
*1. PAKATAN koyak topeng Raja -Presiden PAS*
PERISTIWA kehakiman terkini yang memangsakan mantan Perdana Menteri, Dato’
Seri Mohamad Najib Tun Abdul Ra...
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment