Walaupun kemarahan masyarakat antarabangsa atas serangan armada kebebasan bantuan ke Gaza, Amerika Syarikat tetap menolak untuk mengutuk serangan Israel tersebut.
Ketika ditanya apakah Presiden Barack Obama mengutuk Israel atas serangan itu, Rumah Putih hanya mengutip kata-kata dari kenyataan Majlis Keselamatan PBB atas serangan Israel.
Rumah Putih, sekutu terkuat Israel, hanya menyuarakan kata "menyesal" atas korban jiwa dan kecederaan akibat penggunaan kekuatan tentera, tetapi sama sekali tidak mahu mengutuk Israel.
Aksi brutal tentera Israel terhadap armada laut aktivis kemanusiaan antarabangsa telah mencetuskan kritikan keras di seluruh dunia dan memusnahkan hubungan Israel yang sudah compang-camping dengan sekutu dekatnya Turki.
Israel selalu melalui kemarahan dunia atas polisinya terhadap Palestin, terutama kerana mereka boleh bergantung kepada Washington untuk Menveto resolusi yang dijatuhkan kepada mereka pada Majlis Keselamatan PBB yang melindungi Israel dari tindakan hukuman sekalipun.
Sebelumnya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu secara tegas menyokong tindakan ketenteraan terhadap armada kebebasan.
Konvoi bantuan kemanusiaan itu membawa beribu-ribu tan bekalan dan beratus-ratus ahli politik, aktivis dan wartawan ketika pasukan Israel menyerang armada kapal itu.
Tentera Laut Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di atas kapal Mavi Marmara, sebahagian besar warga Turki. (Fq / prtv)
Bijak dan berhati- hati mengundi di KKB
-
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu sedang rancak menjelang seminggu saja lagi
hari mengundi. Sedang saya mahu membuat ulasan ada rakan kirim video ini.
Sdr Pa...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment