Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 15, 2010

Afghanistan, perang terlama dalam sejarah Amerika

Afghanistan telah menjadi konflik terpanjang dalam sejarah Amerika, bahkan melebihi perang Vietnam. Terakhir perang Afghanistan memasuki bulan ke 104, dengan 30.000 tentera Amerika yang dihantar pada enam bulan pertama tahun ini sahaja. Para askar AS pulang kembali dari Vietnam setelah 103 bulan pertempuran.

Sokongan awam terhadap perang ini turun drastis seiring jumlah mangsa mati yang terus meningkat, seperti juga terjadi di Vietnam. Lebih daripada setengah orang Amerika sekarang percaya bahawa pertempuran di Afghanistan sangat tidak sepadan dengan kos yang sudah dikeluarkan.

Pada tahun 1961, Presiden AS yang baru dipilih, John F. Kennedy, menghantar 100 penasihat tenteranya yang pertama bersama-sama dengan satu unit khas dengan 400 tentera ke Vietnam. Pada tahun berikutnya, AS menambah jumlah pasukannya di Vietnam menjadi 11.000 tentera. Pada tarikh 2 Ogos 1964, dua kapal pesiaran Amerika di tembak oleh kapal peronda Vietnam Utara di Teluk Tonkin.

Amerika berkeras bahawa kapal pesiaran itu berada di perairan antarabangsa. Dan menjadikan peristiwa itu sebagai alasan untuk mengebom Vietnam Utara untuk pertama kalinya. Hanya dimaklumkan pada tahun 1971, diketahui bahawa dua kapal perang Amerika telah melanggar daerah perairan Vietnam Utara.

Pada bulan Mac 1965, pesawat pejuang AS memulakan Operation Rolling Thunder, pengeboman besar-besaran terhadap Vietnam Utara. Sekitar tiga setengah tahun kemudian, bom dijatuhkan di sekitar Vietnam Utara yang jumlahnya dua kali lebih banyak dari jumlah bom yang dijatuhkan pada Perang Dunia II. Untuk mengurangkan pembangunan industri dan penduduk negara, Vietnam Utara mengenakan desentralisasi total ekonomi dan pengosongan beberapa orang daripada bandar.

Puncak Perang Vietnam pada tahun 1968, iaitu semasa AS menghantar hampir setengah juta tenteranya ke Vietnam. Pasukan Australia, New Zealand, Korea Selatan, Filipina dan Thailand semuanya berjumlah 90.000 orang. Dan ketika itu tentera Vietnam Selatan berjumlah 1.5 juta orang.

Barisan Pembebasan Kebangsaan di bawah kepimpinan komunis, yang diberi nama Vietkong oleh AS, memiliki kekuatan 400.000 pasukan. Pada tarikh 1 Februari 1968, kekuatan Tentera Pembebasan Nasional memulakan serangan Tet ke 105 bandar di Vietnam Selatan. Walaupun Vietkong berjaya dipukul mundur dan mengalami kekalahan (kecuali di Hue), serangan Tet ini merupakan masa yang menentukan dalam Perang Vietnam. Serangan Tet mengakibatkan perubahan sikap AS.

Setelah serangan Tet, kerajaan AS tidak tertarik lagi ingin memenangi perang. Tapi mereka hanya tidak ingin kehilangan reputasinya sebagai kekuatan tentera terhebat.

Melalui operasi ketenteraan AS, angkatan udara AS melakukan pengeboman ke wilayah Vietnam Utara, dan berakhir pada Oktober 1968. AS mula menarik kembali pasukannya dari Vietnam. Tahun 1969 di Paris, AS, Vietnam Selatan, Vietnam Utara dan Vietkong melakukan perundingan untuk menarik seluruh pasukan AS dari Vietnam. Pada tahun 1972, sebelum perundingan Paris membawa hasil, AS telah mengurangkan pasukannya sebanyak 100,000 orang dari Vietnam.

Dalam perang ini, dianggarkan Amerika menghabiskan dana tidak kurang daripada AS $5 juta setiap bulan. Menurut perkiraan anggaran perang Vietnam total mencapai sebanyak 686 bilion dolar AS.

Dan menurut National Priorities Project, per awal Jun 2010, perang Afghanistan telah menelan kos sekitar AS $276 juta. (Sa / qmh / answr / npp)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP