Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 27, 2010

Tentera Inggeris akan berundur dari Afghanistan

Amerika Syarikat mula akui perang di Afghanistan dijangka berlangsung lebih lambat dan sulit.

Sementara Perdana Menteri Inggeris, David Cameron ingin menarik balik tenteranya dari Afghanistan dalam tempoh lima tahun daripada sekarang.

Demikian kata Cameron Jumaat (25 Jun) di Huntsville, Canada, di mana ia menghadiri Sidang Kemuncak G8.

Cameron tidak mahu menyebut tarikh bermulanya pengunduran tersebut tetapi ia menyatakan tentera Inggeris harus 'pulang' sebelum pilihan raya parlimen akan datang.

Pilihan raya itu dijangka akan diadakan pada 2015. "Kami tidak boleh tinggal di sana lebih lima tahun lagi; kami sudah berada di sana selama sembilan tahun," katanya kepada stesen televisyen Sky News.

Setelah Amerika, Inggeris menghantar tentera teramai kepada pasukan keamanan antarabangsa ISAF.

Sekitar 10.000 tentera Inggeris dikerahkan di Afghanistan. Sejak pecahnya konflik tahun 2001, sebanyak 307 tentera Inggeris terbunuh di negeri tersebut.

Semakin Sulit

Sementara itu Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates menyatakan bahawa perang di Afghanistan dijangka berlangsung lebih lambat dan sulit.

Kenyataan Gates itu mengemuka pasca pembunuhan Jeneral Stanley McChrystal, sebagai Panglima Tentera AS di Afghanistan.

"Perang di Afghanistan akan berjalan lebih lambat dan sulit dari yang dianggarkan sebelum ini," kata Gates, sebagaimana dilapor Associated Press (25 Jun). Namun menurutnya Amerika belum lumpuh dan masih ada peluang untuk maju.

McChrystal dipecat daripada jawatannya sebagai Panglima Tentera AS dan Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (Nato) menyusul wawancara kontroversinya dengan majalah Rolling Stone. Ia mengkritik dasar Obama dan pegawai terdekatnya tentang strategi perang di Afghanitan.

Namun pihak di Afghanistan mengadar pembunuhan McChyrstal itu berkaitan rapat dengan hubungannya yang sangat dekat dengan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.

Terdedahnya pelbagai maklumat sulit termasuk hubungan "gelap" Nato dengan kumpulan pengganas, serta peningkatan angka korban di pihak tentera asing di Afghanistan. Irb / AFP / hid

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP