Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 6, 2010

Israel anugerah "Pingat" kepada tentera pembunuh 6 aktivis antarabangsa

Seorang tentera Zionis mengakui, beliau sahaja membunuh enam orang aktivis perpaduan antarabangsa daripada 19 relawan dibunuh oleh tentera Zionis yang tidak berhati perut.

Tentera Zionis menyerang kapal armada kebebasan ketika fajar pada Isnin (31 Jun), semasa konvoi kapal itu menuju Gaza untuk menghantar bantuan kepada mereka yang memerlukan di Gaza yang sedang dikepung Israel.

Akhbar Inggeris memberitakan penuturan daripada tentera Zionis tersebut tentang kejadian yang dilakukannya seperti dilapor The Jerusalem Post ketika keputusan bedah siasat terhadap 9 korban aktivis yang gugur menunjukkan bahawa mereka tertembak di kepala oleh peluru yang ditembak daripada jarak dekat.

Akhbar The Times mengatakan bahawa laporan media Zionis membicarakan tentang kemungkinan pemberian "pingat keberanian" kepada tentera Zionis tersebut.

Bagaimana akhbar itu meramalkan bahawa pemberian pingat kepada tentera tersebut, jika ia berlaku, akan meningkatkan konflik antara Israel dan Turki akibat serangan pasukan Israel terhadap konvoi kemanusiaan sebelum mereka sampai pantai laut Gaza.

Akhbar itu mengambil daripada Mustafa Akyol, iaitu seorang penulis senior Turki, mengatakan bahawa anugerah pingat kepada tentera Israel yang terlibat pembunuhan adalah "penghinaan dan provokasi terhadap Turki".

Tentera Zionis, yang namanya disebut dengan inisial (S), mendakwa bahawa dirinya adalah tentera terakhir daripada 15 tentera yang turun dengan tali dari helikopter "Black Hawk" di atas kapal Marmara Turki.

Akhbar berita Inggeris The Independent melapor sendiri dari tentera Zionis tersebut yang mengatakan bahawa selepas mendarat dia diserang oleh beberapa aktivis perpaduan.

Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak menganggarkan termasuk di hadapannya "arena pertempuran".

Tentera Israel mendakwa bahawa penumpang kapal armada kebebasan yang memulakan menembak dengan senjata yang mereka rampas dari para askar Israel yang mendarat pertama kali di atas kapal.

Tuduhan ini dinafikan para penumpang kapal dengan tegas.

Akhbar itu mengatakan, "Para aktivis Inggeris dan Amerika yang ada di antara penumpang kapal tersebut menuturkan cerita yang berbeza. Mereka menuduh para askar Israel melepaskan tembakkan dari kapal yang mengepung armada, dari atas permukaan kapal dan dari helikopter yang terbang di atas kapal."

Keputusan otopsi juga menunjukkan bahawa tentera Israel menembak 30 kali kepada sembilan aktivis Turki.

Lima diantaranya mati ditembak di kepala. Demikian menurut timbalan ketua Dewan Perubatan Forensik Turki, yang mengendalikan pembedahan mayat para aktivis. (ASW)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP