Bekas ketua Parti Rakyat Repuklik (CHP), Deniz Baykal sayap sekular konservatif Turki, secara mengejut mengatakan sokongan terhadap kerajaan Erdogan yang berasal daripada aliran Islam moderat.
CHP merupakan parti yang diasaskan oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Dalam keterangan media yang dikeluarkan pada Rabu (16 Jun) semalam, Baykal mengatakan beliau menolak tuduhan jika Turki telah mengubah haluan politik luar negerinya kearah Arab dan berpaling daripada Barat.
Ditambah dengan suasana politik Turki itu, beliau sangat bangga melihat sikap rakyat Turki yang heroik dan patriotik membela masyarakat Gaza yang tertindas.
"Kerajaan Turki telah menggerakkan dunia untuk lebih serius mempedulikan Gaza. Saya bangga melihat sokongan Turki untuk Gaza. Mereka adalah para lelaki sejati," kata Baykal.
Baykal juga mengatakan, Turki harus lebih menguatkan lagi hubungannya dengan negara Arab dan muslim.
Inilah titik balik perjalanan kerjaya politik seorang Deniz Baykal. Satu dekad kebelakang, Baykal tampil sebagai penentang utama kerajaan Erdogan. Baykal menuduh Erdogan dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) hendak mengislamkan Turki yang sekular, walaupun pihak AKP berkali-kali mengelak tuduhan itu.
Dan kini, secara mengejutkan, Baykal secara terang-terangan menyatakan sokongannya dan ikut "menyertai" dengan barisan Erdogan. (Ags / db)
'Seketul Jorjet Myla' Anak Peneroka Felda Jengka 7 'Kedua' Yang Telah
Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 Selepas Saya
-
'Hak bersuara di Malaysia dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan
Persekutuan, yang memberi hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan
menge...
10 hours ago

0 comments:
Post a Comment