Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 5, 2010

Haniyyah: Kami tak terima bantuan kecuali semua tawanan relawan dibebaskan

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah menegaskan, strategi Israel menyekat Gaza agar tunduk menyerah kepada Israel telah gagal menghadapi kesabaran warga Semenanjung Gaza, nurani dunia Arab, Islam dan dunia antarabangsa yang masih sedar.

Ia menegaskan tidak akan menerima bantuan kafilah kemanusiaan kecuali bila semua relawan yang masih ditawan Israel dibebaskan.

Haniyya juga melakukan solat ghaib kepada relawan yang dibunuh Israel.

Dalam khutbah Jumatnya pada (4 Jun) di masjid Umar di Gaza mengatakan, ada perubahan besar di kalangan umat Islam dan warga dunia dalam menyikapi Israel.

Ia menegaskan bahawa Gaza menang melawan politik Israel mengepungnya kerana berjaya membongkar keadaan sebenar kepada seluruh dunia.

Ini semua adalah berkat pertolongan Allah melalui para syuhadanya.

PM Palestin ini mengisyaratkan bahawa pemerintahannya tidak akan menerima bantuan kemanusiaan kecuali apabila para sukarelawan yang ditawan oleh Israel dibebaskan.

"Sebab kami tidak mencari makanan dan keperluan untuk mengeyangkan perut kami, tetapi kami mencari pembebasan kepungan Israel dari Semenanjung Gaza," tegasnya.

Haniyya menyampaikan terimakasih kepada relawan asing terutama Turki, kepada presidennya, rakyatnya dan para syuhada relawan yang sudah berjuang membebaskan Semenanjung Gaza dari kepungan.

Haniyya menggalakkan kepada seluruh dunia Arab dan Islam untuk menempuh jalan yang ditempuh Turki yang merupakan langkah pahlawan Turki dan membela kalimat yang benar bagi bangsa Palestin yang terblokade.

Haniyyah yakin bahawa hari penyerangan Israel terhadap relawan kemanusiaan akan menjadi awal kehancuran Israel, awal kehilangan Israel akan legalitinya, dan elit-elitnya akan diseret ke Mahkamah Antarabangsa untuk mempertanggungjawabkan kejahatannya terhadap warga Gaza dan relawan kemanusiaan. (Bn-bsyr)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP