Algeria: Ketua Pertubuhan al-Irsyad wal Ishlah Algeria, Nashruddin Shaqlal, mendedahkan bahawa "Persatuan Ulama Ahlu Sunnah" yang dipimpin Dr. Shfwat Hijazi telah siap untuk memberangkatkan sebuah kapal untuk membebaskan kepungan Semenanjung Gaza.
Kapal tersebut pad rancangan awalnya khusus membawa para ulama dan akan berangkat dari salah satu negara Eropah pada pertengahan bulan Julai akan datang.
Nashruddin, salah seorang yang memimpin delegasi yang memimpin konvoi bantuan kemanusiaan untuk menyokong "armada kebebasan", dalam kenyatannya, Selasa (22 Jun), menegaskan bahawa kapal khas ini akan membawa para ulama dari berbagai negara, sebagaimana ditegaskan oleh Dr. Hijazi dalam pertemuan keduanya minggu lalu. Dia meminta Dr. Hijazi dua nama dari Algeria akan ikut dalam armada ini.
Nashruddin menyatakan bahawa ketika ini sedang dilakukan persiapan untuk konvoi kedua untuk membawa bantuan kemanusiaan bagi warga Gaza, yang akan berangkat sebulan dari sekarang. (ASW)
Korban kita biarlah sempurna
-
RENUNGAN AIDIADHA
Saya tidak korban tahun ini hanya memerhati dan melihat saja kegiatan atau
upacara kebajikan itu. Itu pun lihat dari gambar dan video yan...
15 hours ago

0 comments:
Post a Comment