Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 4, 2010

Turki mungkin ambil langkah ketenteraan keatas Israel

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu malam (2 Jun) mengadakan pertemuan kecil dengan dewan kebangsaan Turki, yang juga dihadiri oleh ketua pegawai angkatan bersenjata, panglima tentera perang dan beberapa menteri dalam kabinet kerajaan Turki untuk membincangkan langkah taktikal yang mungkin diambil terhadap rejim zionis Israel, menyusul selepas aksi brutal tentera itu membunuh aktivis kemanusiaan armada kebebasan di kapal Mavi Marmara.

Akhbar pro parti kebangkitan dan pembangunan, Yeni Safak edisi Rabu (2 Jun), menyatakan bahawa pertemuan tersebut selain dihadiri PM Erdogan, juga dihadiri ketua kakitangan dan para pemimpin angkatan bersenjata Turki, menteri kehakiman, menteri dalam negeri, ketua perisikan dan pengarah keselamatan awam.

Akhbar tersebut juga melaporkan bahawa dalam pertemuan itu, mereka membincangkan langkah apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan Turki untuk menyahut peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kapal Mavi Marmara.

Langkah ketenteraan dan perdagangan mungkin akan diambil oleh kerajaan Turki. Dinyatakan bahawa pilihan tentera sebagai respon terhadap aksi keganasan entiti Zionis pada armada kebebasan dicadangkan selama pertemuan ini.

Langkah yang akan diambil kerajaan Turki ini merupakan semacam road map, yang rencananya diumumkan PM Turki Erdogan pada pertemuan fraksi Parti Keadilan dan Pembangunan di parlimen.

Namun pengumuman ditunda selepas diketahui keputusan komunikasi telefon antara Erdogan dan Presiden Amerika Barack Obama.

Sebelum ini Turki akan memastikan Israel dibawa kemuka pengadilan. Celik Hossein jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan Turki menyatakan bahawa negaranya berniat akan mengambil semua tindakan yang diperlukan untuk menghukum Zionos Israel atas serangan brutal mereka terhadap armada kebebasan.

Menurut agensi berita rasmi Turki RIA Novosti Hossein mengisyaratkan bahawa tindakan boleh diambil oleh Ankara termasuk kemungkinan untuk membawa Israel ke mahkamah kejahatan antarabangsa di Den Haag.

Erdogan telah mengesahkan hari Selasa (1 Jun) bahawa Israel harus dan akan menghentikan kepungan terhadap Gaza. Dan ia menyatakan bahawa yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel menyerang armada kebebasan adalah tindakan tercela dan Israel akan menerima konsekuensinya.

Israel harus "dihukum" untuk pembunuhan berdarah yang mereka lakukan pada kapal bantuan yang menuju Gaza, kata Erdogan Selasa lalu, ketika ia memperingatkan negara Yahudi untuk tidak menguji kesabaran Turki.

"Pembunuhan berdarah Israel yang dilakukan terhadap kapal membawa bantuan ke Gaza layak mendapat hukuman," kata Erdogan di hadapan ahli parlimen dari Parti Keadilan dan Pembangunan.

"Serangan yang tidak bertanggung jawab dan tindakan kurang ajar dilakukan oleh Israel, yang melanggar undang-undang dan menginjak kehormatan manusia, dan hal ini harus dihukum," kata Erdogan disambut tepuk tangan meriah dari ahli parlimen Parti Keadilan dan Pembangunan.

"Tidak ada yang boleh menguji kesabaran Turki," tambahnya.

"Mereka sekali lagi menunjukkan kepada dunia bahawa mereka tahu seberapa baik mereka dalam membunuh orang," kata Erdogan. "Israel tidak mungkin dapat melegitimasi pembunuhan ini, dan mereka tidak akan dapat mencuci tangan dari peristiwa berdarah itu."

"Kami tidak akan pusing badan terhadap negara Palestin, rakyat Palestin dan Gaza," kata Erdogan.

Erdogan juga menyeru kepada semua negara yang mempunyai elemen warga negaranya yang terlibat dalam armada kebebasan untuk memuat reaksi keras atas jenayah yang dilakukan Israel. Erdogan juga menunjukkan bahawa dirinya telah melakukan hubungan dengan Canselor Jerman dan bekas Perdana Menteri Inggeris Tony Blair untuk membincangkan kesan dari situasi ini. (Fq / imo / aby)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP