Pejabat daripada dua pasukan bola sepak Turki dan Sweden membatalkan perlawanan bla sepak persahabatan mereka dengan pasukan bola sepak kebangsaan Israel, merupakan tindakan susulan aksi pembunuhan keji Israel terhadap para aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan ke Gaza.
Persekutuan bola sepak Turki dalam sebuah kenyataan di laman web mereka menyatakan bahawa mereka memutuskan untuk membatalkan perlawanan bola sepak persahabatan yang dijadualkan hari ini, Rabu (2 Jun) di Tel Aviv dan meminta pasukan kebangsaan Turki untuk pulang segera ke Turki atas perintah keputusan langsung Perdana Menteri, Tayyib Erdogan.
Sementara itu, persekutuan bola sepak Israel menyesali keputusan untuk membatalkan perlawanan itu dan menyatakan bahawa mereka telah menerima surat dari delegasi Turki yang membatalkan perlawanan dan akan segera kembali ke negeri mereka.
Keputusan membatalkan dan menarik pasukan bola sepak kebangsaan Turki dari Israel dikeluarkan langsung oleh presiden Perdana Menteri Turki dan bukan berasal dari persatuan bola sepak tempatan.
Perkara sama juga dilakukan oleh Persekutuan Bola Sepak Sweden, yang menyatakan bahawa mereka membatalkan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Israel pada Jumaat depan dan mengatakan bahawa Kesatuan Eropah secara rasmi telah memprotes tindakan keji Israel yang menargetkan serangan keatas armada kebebasan. (Fq / imo)
'Seketul Jorjet Myla' Anak Peneroka Felda Jengka 7 'Kedua' Yang Telah
Ditahan Bawah Akta Hasutan 1948 Selepas Saya
-
'Hak bersuara di Malaysia dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan
Persekutuan, yang memberi hak kepada setiap warganegara untuk bercakap dan
menge...
13 hours ago

0 comments:
Post a Comment