Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 1, 2010

Internasional campaign siapkan armada baru ke Gaza

Ketua pusat hak kembali Palestin di London, Majid Zer mengungkapkan, pihaknya sedang mempersiapkan armada baru untuk menghapuskan blockade Gaza.

Armada ini akan berangkat ke Gaza, kira-kira enam minggu dari sekarang, mengingat sokongan dunia antarabangsa sangat besar terhadap Gaza dan dalam menentang kejahatan Zionis.

Kenyataan Zer ini diungkapkanya ditengah aksi rakyat secara besar-besaran bersama beribu-ribu warga Palestin dan minoriti kaum muslimin di Inggeris di depan pejabat kerajaan Inggeris di London, Senin (31 Mei).

Para peserta aksi di depan pejabat perdana menteri Inggeris ini ingin menunjukan pada dunia bahawa apa yang dilakukan Zionis, seperti ditayangkan sejumlah stesen televisyen antarabangsa yang turut serta dalam armada kapal, tidak sebanding dengan apa yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Oleh kerana itu, pihaknya akan menghantar kembali armada kapal terkini menuju Gaza, dalam enam minggu ke depan. Gerakan rakyat damai untuk solidaritas Palestin akan terus berlanjutan.

Kami terus membina hubungan dengan sejumlah kerajaan di Eropah yang berkaitan dengan warganya yang ikut dalam armada tersebut. Beliau berkata, kami adalah sebahagian daripada himpunan dunia antarabangsa yang menentang blockade. Kami akan terus membuka kepungan Zionis selama ini. (Asy)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP