Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 25, 2010

Perdagangan Inggeris: Israel `kurang ajar', berbohong

Organisasi kesatuan perdagangan terbesar di Inggeris, Unison mengeluarkan undi tidak percaya kepada Israel.

Dalam undi itu, Unison menyatakan memboikot Israel secara penuh dan mencadangkan pembuangan duta besar Israel.

Gerakan tidak percaya itu dibuat dalam persidangan tahunan Unison di Bournemouth, minggu lalu.

Syarikat perdagangan yang memiliki 1.4 juta ahli di Inggeris itu menyatakan Israel sudah bersikap "kurang ajar" kerana berani berbohong berkaitan serangan brutalnya keatas konvoi aktivis antarabangsa "Armada Pembebasan".

Unison mengecam kenyataan Israel yang berusaha memutarbalikkan fakta dengan mengatakan bahawa para penumpang di kapal "Freedom Flotilla" yang telah menyerang tenteranya.

"Perkara itu merupakan isyarat bahawa Israel tidak merespon kata-kata mengandungi kecaman, harus ada tindakan yang boleh menimbulkan kesan kepada Israel," demikian kenyataan Unison.

Majoriti ahli Unison menyokong usul boikot Israel itu. Beberapa ahli juga menentang undi tidak percaya itu justeru perbincangan tersebut banyak menimbulkan kritikan.

Unison menyatakan akan bergabung dengan organisasi yang berkempen "boikot, divestasi dan hukuman" terhadap Israel.

Pemboikotan akan dilakukan secara penuh dalam bidang ekonomi, budaya dan sukan. Unison juga mendesak kerajaan Inggeris untuk mengusir duta besar Israel.

"Lebih daripada 2,000 delegasi yang hadir dalam persidangan, mewakili 1.4 juta ahli Unison, menyokong usul mengutuk serangan Israel ke rombongan Freedom Flotilla.

Gerakan tidak percaya itu menegaskan bahawa kapal itu hanya membawa bantuan kemanusiaan untuk warga Gaza dan semua penumpang di atas kapal adalah orang awam," ujar jurucakap Unison.

Timbalan Setiausaha Agung Unison, Keith Sonnet, yang juga seorang aktivis pro-Palestin dan tokoh Palestine Solidarity Campaign, sebelum persidangan sudah menulis surat pada organisasi Trade Union Friends of Israel (Tufi) yang kandungannya melarang Tufi membuka stand ketika pelaksanaan persidangan dan menegaskan bahawa Unison tidak meneruskan kerjasama dengan Tufi dan tidak bergabung lagi dengan Tufi.

Kedutaan Besar Israel di London langsung bereaksi atas undi tersebut. Mereka menyifatkan undi tidak percaya itu "menyesatkan" dan "tidak jujur" serta usaha yang dilakukan para aktivis anti-Israel untuk mencetuskan kemarahan terhadap Israel.

"Para aktivis anti-Israel telah memanipulasi Unison untuk kepentingan agenda mereka," kata jurucakap Kedutaan Besar Israel. (Ln / JP)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP