Nicaragua telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindakan protes terhadap serangan membunuh Tel Aviv terhadap konvoi bantuan kemanusiaan yang menuju Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.
"Nicaragua menunda mulai hari ini hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel," kata pejabat Presiden Daniel Ortega dalam sebuah kenyataan hari Selasa (1 Jun).
"Kerajaan Managua menyifatkan haram serangan Israel terhadap misi kemanusiaan yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan," lapor AFP dari kenyataan Ketua Komunikasi Nicaragua Rosario Murillo.
Negara Amerika Tengah tersebut menegaskan sokongannya terhadap rakyat Palestin dan mendesak Israel untuk menamatkan kepungan yang melumpuhkan Gaza itu.
Di Amerika Selatan, Brazil bergabung dengan komuniti antarabangsa mengecam serangan Israel terhadap armada kebebasan dan memanggil Duta Besar Israel berkaitan serangan brutal itu.
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mengatakan Israel "tidak berhak" untuk melakukan serangan seperti itu, ia juga mengingatkan bahawa armada kebebasan melakukan perjalanan di perairan antarabangsa.
Turut mengecam serangan "jenayah" Israel itu ialah Presiden Venezuela Hugo Chavez mengutuk tindakan Israel sebagai pembunuhan beramai-ramai secara brutal. (Fq / prtv)
Bijak dan berhati- hati mengundi di KKB
-
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu sedang rancak menjelang seminggu saja lagi
hari mengundi. Sedang saya mahu membuat ulasan ada rakan kirim video ini.
Sdr Pa...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment