Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 19, 2010

Mesir tolak permintaan Israel hentikan kapal Iran

Mesir menolak permintaan Israel untuk tidak membantu kapal Iran yang akan belayar ke Semenanjung Gaza dalam beberapa hari akan datang, lapor akhbar Kuwait al-Dar pada hari Jumaat lalu (18 Jun).

Fakta tentang armada kapal Iran yang akan menuju ke Gaza masih belum jelas dan terselubung misteri. Sampai sekarang tidak jelas apakah kapal Iran telah belayar dan berapa jumlah orang yang ada dalam kapal tidak diketahui?

Pada awal minggu radio kerajaan Iran melaporkan bahawa kapal pertama telah belayar dan kapal lain dirancang untuk meninggalkan pelabuhan Iran akhir minggu ini.

Menurut Bulan Sabit Merah Iran, kapal Iran tersebut membawa bantuan kemanusiaan termasuk hadiah untuk anak-anak Gaza, baju bayi, mainan dan boneka.

Laporan Kuwait, yang mengutip sumber Mesir mengatakan, pegawai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak memanggil ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman dan meminta Mesir untuk mengelak kapal Iran melalui Terusan Suez.

Sumber Israel menjelaskan dalam permintaan mereka, Israel mengatakan bahawa Iran menyokong Hamas, yang merupakan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Israel dan Mesir yang juga melakukan perlawanan terhadap kerajaan Mesir.

Menurut sumber akhbar tersebut, Mesir menolak permintaan Israel, dan menegaskan hal itu dalam jawapan mereka, kerana adanya perjanjian antarabangsa tentang pelayaran yang melalui Terusan Suez. Dan Mesir tidak boleh menghalang kapal belayar melewati terusan tersebut, kecuali kapal milik negara yang berperang dengan Mesir, dan hal itu tidak akan berlaku dengan Iran.

Sumber menambah bahawa Kaherah tidak mahu dianggap sebagai penghalang jalan organisasi antarabangsa dan keinginan negara Arab dan Islam untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan mematahkan serangan Israel terhadap Gaza.

Sementara itu, laporan al-Dar juga melapor sumber dari Iran di Mesir yang mengatakan bahawa Kaherah telah mengeluarkan visa masuk bagi ratusan warga Iran yang telah meminta untuk mendampingi kapal dalam konvoi menuju Gaza.

Visa izin masuk ke Pusat melalui Rafah untuk Bulan Sabit Merah Iran dan pasukan relawan bantuan kemanusiaan. (Fq / Ynet)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP