Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 2, 2010

Israel yang serang sebaliknya Hamas dituduh pengganas

Perangai unang-undang rimba Yahudi. Mereka yang serang sehingga mati peserta konvoi armada kebebasan yang tidak bersenjata sebaliknya Hamas pula dituduh pengganas yang tidak layak diberi bantuan.

Seluruh dunia tahu mereka yang beri bantuan itu mewakili sokongan masyarakat seluruh dunia.

Siapa yang ganas dan menjadi manusia terasing atas dunia, kalau bukan Yahudi.

Rakyat Malaysia diminta turun beramai-ramai berdemontrasi di Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini bermula di Masjid Kampung Baru. Nyatakan "Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!", kerana Israel makin gerun.

Israel mendakwa bahawa salah satu hal yang membuat mereka "gelap mata" menembak armada kebebasan (Freedom Flotilla) yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza adalah kerana daripada armada tersebut terdengar nyanyian "rasis".

Nyanyian rasis? Ya, yang menurut Israel berbunyi seperti, "Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!"

Itulah yang menurut Pengarah Eksekutif AJC (American Jewish Committee) David Harris membuat Israel naik pitam.

"Tragedi di laut lepas ini seharusnya boleh dielakkan, dan kami menyesal akan matinya sebahagian orang. Fakta armada Flotilla menolak untuk bekerja sama dengan Israel untuk membongkar muatan kemanusiaan mereka di Asdod membuktikan bahawa pertengkaran ini seperti para penyokong Hamas dalam skala antarabangsa telah rancangkan."

Menurut AJC, Israel, di bawah undang-undang antarabangsa, mempunyai hak untuk menahan kapal, dan telah memberi amaran kepada armada untuk tidak rapat ke tanah di Gaza, yang dikendalikan sejak 2007 oleh pengganas Hamas, kumpulan yang secara terbuka berusaha menghancurkan Israel, dan merebut kuasa Gaza dalam rampasan kuasa kekerasan mengusir Pihak Berkuasa Palestin yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas.

"Gerakan Free Gaza itu ironisnya yang ada hanya untuk menguatkan rejim Hamas. Armada ini tidak memberikan bantuan kemanusiaan, tapi untuk mendorong sebuah dimensi antarabangsa dalam kempen tanpa henti dari Hamas terhadap eksistensi Israel," tambah Harris.

Dalam rakaman televisyen Al-Jazeera, ketika memulakan pelayaran para aktivis pro-Hamas memang tanpa henti menyanyikan kata-kata terkenal, "Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!" yang bermaksud "Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentera Muhammad akan kembali." yang tanpa diduga ternyata sangat menggentarkan Israel. (Sa / ajc)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP