Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 1, 2010

Selcatkan kontraktor BN bina siling Dun P Pinang

Keruntuhan siling Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang adalah saki baki projek diluluskan semasa pemerintahan BN.

Jadi memang patut kalau kita Selcatkan kontraktor tersebut supaya terdedah tangan-tangan rasuah yang mencemarkan imej Pulau Pinang dan pemerintahan pakatan rakyat di situ.

Selcat ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor bagi menyiasat rasuah dan penyelewengan kerajaan BN dahulu kerana kita tidak boleh harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dakwa puak Umno.

Pada Julai 2008 ada melaporkan keadaan di bangunan Dun pagi ini kecoh apabila plaster siling sepanjang kira-kira empat meter di bahagian tengah lobi bangunan itu jatuh dan hampir menimpa orang ramai yang duduk di bahagian tersebut. (lihat gambar)

Bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kecederaan kerana ramai yang berada di lobi dewan itu sedang menyaksikan sidang DUN yang sedang berlangsung melalui skrin televisyen yang terletak di bahagian tepi lobi itu.

Bernama melaporkan, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang ditemui pemberita berkata beliau telah mengarahkan siasatan dan pemeriksaaan dilakukan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

"Ini adalah bangunan warisan, jadi kita kena sentiasa melakukan pemeriksaan dan pastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Utiliti dan Pengangkutan Lim Hock Seng berkata beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat kejadian itu.

"Saya akan minta JKR siasat kejadian itu dan membaiki siling yang rosak," katanya yang turut memberi jaminan bahawa bangunan itu selamat digunakan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku kerana kerja-kerja penyelengggaraan yang tidak sempurna.

Berikut laporan Bernama siling runtuh:

Siling Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Runtuh

PULAU PINANG; Sabtu, 1 Mei: Siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh Jumaat menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.

Abdul Halim berkata runtuhan itu tidak akan menjejaskan persidangan nanti.

"Pihak kami juga sedia dengan alternatif lain termasuk kemungkinan memindahkan lokasi persidangan ke tempat lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai," katanya.

Semasa ditinjau, pekerja JKR sudah memulakan kerja baik pulih dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob dan beberapa pegawai polis turut mengunjungi bangunan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP