Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 30, 2010

Demi Gaza, warga AS rela lepas kewarganegaraan

Orang Islam dan masyarakat dunia lain begitu teruja mahu jadi warganegara Amerika Syarikat kerana mahu keuntungan harta dunia dan sebuah keegoaan negara itu.

Sebaliknya lain bagi Ken O'Keefe, orang Amerika. Demi Gaza seorang warga Amerika itu yang turut serta dalam konvoi kapal bantuan ke Jalur Gaza, melepaskan kewarganegaraannya dalam rangka memprotes politik imperialisme Amerika Syarikat dan penjajahan Rejim Zionis Isarel.

Akhbar Turki Yeni Safak melaporkan, Ken O'Keefe seorang warga Amerika yang bergabung dalam konvoi kapal bantuan untuk Gaza yang bergerak dari Ireland, telah menyatakan melepaskan kewarganegarannya sebagai protes terhadap Amerika dan Israel.

Dalam menjelaskan aksinya ini, O'Keefe berpendapat bahawa Amerika Syarikat merupakan punca daripada semua perang dan pendudukan di seluruh dunia. Oleh kerana itu ia melakukan aksi protes menentang dasar Amerika dengan melepaskan status kewarganegarannya.

Sementara itu pada bahagian yang lain pula, Matteus seorang warga Eropah dengan suka rela menyewa sebuah kapal dari Sweden dan bergabung dengan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ia menyebut Eropah munafik dan kerana itu dirinya merasa malu menyandang status sebagai warga Eropah. (Fq / IRIB)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP